Menangani Masalah Kesakitan Ketika Haid - [PART 1] - Tunsha Ayunie Punya Belog

October 26, 2015

Menangani Masalah Kesakitan Ketika Haid - [PART 1]



Period pain atau sakit ketika haid ni adalah perkara biasa... ianya disebabkan oleh angin sengugut yang berkumpul di sekitar rahim.. Angin sengugut ni boleh menyebabkan korang kembung dan cramps sampai rasa malas nak bangun dari tempat tido..

As I am, aku telan paracetamol je laa sepanjang kesakitan tu... badan aku lemah setiapkali menjelangnya haid... taknak citer banyak, sebenarnya banyak perkara yang boleh kita buat untuk melegakan kesakitan ittewww.... let's start !




SELARASKAN DIET 
  • Hidrat - Minum air suam membantu korang mengelakkan perut kembung... untuk orang normal, korang bolehlah ambil lebih kurang 10 gelas air suam dalam diet korang. Boleh juga ambil makanan yang tinggi hidrat macam salad, saderi, strawberi, timun dan tembikai.

  • Kalsium Yang Cukup - Untuk aku susah sikit sebab aku tak boleh ambil kalsium banyak.. Tapi untuk korang yang normal pastikan dapatkan kalsium secukupnya.... ianya sangat penting kerana boleh mengurangkan kekejangan sepanjang tempoh haid.. Makanan tinggi kalsium adalah seperti produk tenusu (keju, yogurt), bijan, sayuran berdaun hijau, badam dan susu soya.

  • Makan Makanan Yang Penuh Nutrien - Jika korang mempunyai pemakanan yang kurang baik, ianya akan menjadikan korang bertambah teruk.. oleh itu sangat penting untuk korang mengambil makanan yang kaya dengan vitamin... antara makanan yang tinggi nutrien :-
  1. Beras perang (vitamin B6)
  2. Badam, walnut & biji labu (serat)
  3. Minyak zaitun & brokoli (vitamin E)
  4. Sayuran, ikan dan ayam (zat besi)
  5. Halia (potensi mengurangkan kesakitan ketika haid)
  6. Elakkan makan sesuatu yang bergula, amalkan gula semulajadi seperti memakan buah.
  • Elakkan Makanan Yang Menyebabkan Kembung Perut
  • Kurangkan Pengambilan Kafein - Kafein akan menyebabkan kekembungan.
  • Pastikan Mengambil Vitamin D Secukupnya - Seperti tuna, salmon, keju dan susu soya.
  • Minum Teh Chamomile - Chamomile adalah terapi yang sangat menenangkan.

Ok itu je untuk entri kali ni ye... nanti hakakkk menaip lagi.... semoga bermanfaat ya :)

1 comment:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.