Long Khong 2 - The Art Of Devil 3 | Dendam Wanita Yang Dianiaya - Tunsha Ayunie Punya Belog

October 04, 2015

Long Khong 2 - The Art Of Devil 3 | Dendam Wanita Yang Dianiaya

a

Mengisahkan seorang lelaki yang taksub dengan ilmu hitam, Dit. Dia telah menyeksa seorang bomoh demi mendapatkan kuasa Syaitan Bermata 3.. Bomoh tersebut memberitahu Dit bahawa Dit tak dapat handle ilmu hitam yang terlalu banyak diserapnya... Akibatnya, tubuh Dit mula mereput..


art of the devil 3 a


Di satu desa, tinggal keluarga Ta awalnya hidup dengan aman sehinggalah muncul Aajaan Panor, seorang guru yang cantik dalam hidup ayah Ta, Prawase.. Prawase sanggup meracuni isterinya sendiri, Duen, untuk mengahwino Panor... Kisah bermula ketika ini..

220px Artofthedevil3poster


Aajan Panor ditempatkan di wad psikatri, ketika ini Panor sedang mengandung... Kemudian Panor telah disuntik ubat pelali oleh makcik Ta sendiri, Pen, iaitu jururawat yang bertugas disitu.. Bila Panor sedar, dia telah diikat dan dibaringkan digudang garam.. Disana dia melihat datuk kepada Ta, moyang Ta, Pen, Aod (suami Pen) dan Dit..

Tujuan mereka adalah ingin membuat ritual yang tergendala 10 tahun lalu, iaitu menghidupkan kembali mayat Duen, ibu kepada Ta.. Mereka menyeksa Panor dan mengeluarkan janinnya.. Bukan itu saja, mereka memisahkan roh Panor dari jasadnya dan menarik roh Duen masuk ke jasad Panor.. mereka menggunakan darah Ta.


201403170833 art of the devil 3 4


Setelah Duen masuk kedalam jasad Panor, dia telah menyeksa dan membunuh suaminya bagi membalas dendam.. Dit yang awalnya membantu ritual itu kembali memaksa Duen untuk keluar dari jasad Panor setelah mengetahui bahawa Panor yang memiliki kuasa Syaitan Bermata Tiga tersebut..

Selepas roh Duen keluar, roh Panor telah memasuki kembali ke jasadnya tanpa disedari Dit.. Dit terbunuh oleh kuasa yang dimiliki oleh Panor...


255197 full

Kerana berasa dirinya dianiaya dan disakiti, Panor mula membalas dendam... Orang pertama yang disiksanya adalah datuk Ta sendiri... dan dibunuhnya seorang demi seorang dan orang terakhir adalah Ta.. 

-
-
-
-
-
Bukan calang2 dia siksa diorang ni.... Datuk Ta kena paling teruk... dia cucuk pin baju kat muka Ta, tabur garam kat luka & mata... Terkemut2 haaaa aku dengan Is tengok..  by the way, ini cerita prekuel dari Long Khong 1... Kisah flashback yang menyebabkan si Panor ni jadi kejam sangat2....

emm cerita ni kalau korang tengok mesti ingat si Panor ni yang jahat gila... Tapi sebenarnya hidup dia sadis, dari kecik asyik kena buli... So bapak Panor ni , juga pengamal ilmu hitam, menyihirkan Panor menjadi seorang yang disayangi... disukai.... haaa gittew.. so kalau dah bapak pengamal ilmu hitam, anak dia lah warisnya.....

Huhhh berpeluh taip sinopsis ni... tengah rajin kan Ahad2 ni... hahahha... citer ni release dah lama dalam tahun 2008 gittew cuma aku baru layan dalam channel box office astro..... Puas hati aku dapat tengok citer cenggini...

Related post :


2 comments:

  1. errr ~

    cerita siam selalu seram plus ngeri... mesti ada part2 macam tu.. huh !

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.