SINOPSIS - Har Dil Jo Pyar Karega - Monolog Aku Cuma Di Kiri

October 22, 2015

SINOPSIS - Har Dil Jo Pyar Karega



Dah lama tak layan hindustan so baru tadi kat TV2 tayang filem lama - Har Dil Jo Pyar Karega... elok je Is ajak keluar, cerita ni pun start.... berat montot hakakkk nak keluar tadi... hahahaha... Perangai Is sejak ada kereta ni, dia mesti nak ambik angin kat luar tetengah malam tau... so sebagai isteri yang taat lah sangat, maka ikutkan jelaaa... tinggalkan citer hindustan kesukaan ni...

Demi menyampaikan flashback cerita ni, maka aku pun nak buatlah entri sinopsis... macam biasa... aku memang suka tulis sinopsis citer lama berkurun ni... kah !



Har Dil Jo Pyar Karega | Yang bermaksud... "Setiap Hati Yang Mencintai" - Raj (Salman Khan) adalah seorang penyanyi yang sedang mencuba nasib di Mumbai.. Pada suatu malam, dia dan sahabatnya Abbha (Neera Bohra) terserempak dengan seorang wanita cantik berpakaian pengantin iaitu Pooja Oberoi(Rani Mukheerje) yang kemalangan akibat dilanggar kereta api..

Raj menyelamatkan Pooja dan membawanya ke hospital.. Pooja selamat tetapi dia koma.. Dalam pada itu, keluarga Pooja salah faham dan menganggap Raj adalah Romi, kekasih Pooja..Sesungguhnya keluarga Pooja tak pernah berjumpa atau melihat Romi..


Nak dijadikan konflik, Raj terpaksa mengaku dia adalah Romi.. Selama Pooja koma, Raj sentiasa menemaninya.. Sehinggalah muncul kehadiran Jahnvi.. Raj mula jatuh hati pada Jahnvi (Preity Zinta).

Tersedar dari koma, rupanya Pooja jugak jatuh hati pada Raj.. Jahnvi yang mengetahui keadaan itu mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Monty(Vinay Pathak).. Apabila Pooja mendapat tahu kebenaran bahawa Jahnvi dan Raj saling menyintai, dia mengalah.. Akhirnya Raj menjodohkan Pooja bersama Rahul (Shah Rukh Khan)..
.
.
.
.
.

Melaluttt sungguh pepagi buta taip pasal hindustan.... hahahha !! Sebab tengah rajin kan pepagi buta ni nak menaip... kk nak tido dah... saja bersengkang mata je ni... kbai ~

1 comment:

  1. hahaha..rajin sungguh! cite ni rasanya biasa aje, tapi lagu dia yang buat sedap

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.