10/1/15 - Monolog Aku Cuma Di Kiri

October 31, 2015

Cabaran Makan Sandwich Cili Padi !

10:49 AM 2
Cabaran Makan Sandwich Cili Padi !
7891

Apa pandangan korang tentang cabaran makan Sandwich Cili Padi?? Sanggup ke?? tahap mana kepedasan korang tu?? Adakah tahap sambal belacan je?? aku tadi makan ayam penyet pun bergelen gak air aku minum... wee.... 

aku teringat cerita Heat Seekers kat Asian Food Channel... diorang punya challenge bukan sekadar cili padi je... Cili padi tu celah gigi diorang je... ada resepi menggunakan hampir 4-5 jenis cili dalam satu menu mereka termasuk malah jalapeno, habanero dan cili hantu yang memang terkenal dengan kepedasan yang melampau...

Tapi cerita Heat Seekers ni kat Las Vegas... ni ada versi Malaysia punya challenger...!! Korang tengoklah sendiri betapa »»» Mereka DIPAKSA Makan Sandwich Cili Padi !!! ««« Bukan itu je, banyak lagi makanan berasaskan cili yang diorang makan demi menyahut cabaran... perghhhh salute !

Kalau bagi aku?? aku angkat tangan awal2 arr... memang surrender... kalau letak cili dalam makanan mungkin aku sanggup kunyah... ini kau potong cili padi taboq ataih roti, aku tak boleh pi....

Pemenang Super Spontan All Stars 2015, Tahniah Zizan !

3:25 AM 2
Pemenang Super Spontan All Stars 2015, Tahniah Zizan !
zizan2

Akhirnya Super Spontan All Starz telah berakhir... hakakkk lambat sikit hapdet sebab lepas habis citer je pakwe hakakkk sorang tu ajak keluar merenderkk pulak... haha ! Jalan keliling kampung je pun, ambik angin...

So, saja nak hapdet siapa pemenang... tak sangka tau si Zizan memang... yela... tuah manusia siapa yang tahu, ye dakkk?? berpinau tau mata hakakkkk dengan jumlah tu... kalaulah hakakkk pemenangnya... sobsss....


Pemenang Super Spontan All Stars 2015

Tempat ke-6
(Tauke)
RM 5,000

Tempat ke-5
(Rahim)
RM 10,000

Tempat ke-4
(Yus)
RM 20,000

Tempat ke-3
(Achey)
RM 50,000 + Trofi

Tempat ke-2 (Naib Juara)
(Johan)
RM 75,000 + Trofi

zizan

Tempat ke-1 (Juara)
(Zizan)
RM 150,000 + Trofi + Motorsikal Ducati Monster


Tahniah Zizan !! Mati2 laaa aku ingat Johan tu menang... tapi undian acapkali berubah kan.... 150k agak banyak untuk orang susah macam aku... kekadang rasa nak jadi retissss je.... hahahhah apsal takde pertandingan superspontan untuk warga marhaen macam aku ni?? nak gak cuba nasib... weeeee....

Tahniah juga untuk para pemenang :)

October 29, 2015

Gegar Vaganza 2 | Tema : "ADA BERAN?" 12 Senarai Lagu Yang Bakal Dinyanyikan Di Konsert Ke-3

9:53 PM 1
Gegar Vaganza 2 | Tema : "ADA BERAN?" 12 Senarai Lagu Yang Bakal Dinyanyikan Di Konsert Ke-3


Konsert ke-2 haritu membuktikan bahawa otai masih lagi berbisa.... hahahha macam salah channel je ni... tapi persembahan masing2 mantap jugak.. aku suka sangat tengok Siti Nordiana bila membawakan lagu Ziana Zain iaitu Madah Berhelah... slumber je dia tarik...

So siapa tersingkir?? Aku sangkakan Zul... tapi kesemua 12 peserta masih terus mara.. Tema minggu ini adalah "Ada Beran?" .. Para peserta akan menyanyikan lagu diluar kotak genre mereka sendiri... hah.. mampu?? Sama2 kita saksikan..

Berikut adalah lagu yang akan dinyanyikan oleh mereka :-
  • Nassier Wahab - Kau Pergi Tanpa Pesan [Datuk M Daud Kilau]
  • Ezad Lazim - Mengerti [KRU]
  • Amir Ukays - Yang Sedang-Sedang Saja [Iwan]
  • Nizam Laksamana - Tak Seindah Wajah - Dato SM Salim
  • Zul HandyBlack - Ku Menunggu [Rossa]
  • Acong Sweetchild - Pilihlah Aku [Latiff Ibrahim]
  • Sheeda - Hantu Atau Buaya [Nana Sheme]
  • Haiza - Istilah Bercinta [Ramli Sarip]
  • Siti Nordiana - Kasihnya Laila [Jinbara]
  • Ezlynn - Kuda Hitam [ Hetty Koes Endang]
  • Azian Mazwan Sapuan - Tak Ada Logika [Agnes Monica]
  • Farahdhiya - Joget Siapa Dia [Wann]

By the way... suka aku tengok Amir Ukays masih ada di atas stage... ingat tarik diri dah... bagus2 dia sungguh profesional... 

Berita Gembira Untuk Kaki Selfie !

10:35 AM 2
Berita Gembira Untuk Kaki Selfie !
Product shot with a selfie in the screen

Selfie memang feveret aku tapi sebab aku ni tak fotogenik so aku takde laaa over macam Azwan Ali ataupun Uncle Gedek, iaitu Master of Selfie... hahahhaa dua hero ni memang kaki selfie kawkaw punya tapi aku lagi respect +uncle gedek  ni sebab beliau selfie dengan satu latar-belakang yang sangat clueless ... Aku suka main teka2 apa yang cuba Uncle sampaikan dengan setiap selfie beliau tu...

.... Taknak cerita banyak2... sebenarnya ada perkara yang best untuk kaki selfie nih...  Nak tahu?? Jom laa baca kat sini »»» Inilah Sebab Kenapa Kaki Selfie Sangat Suka Dengan Sony Xperia C5 Ultra Smartphone ! ««« Apapun.. berselfielah secara berilmiah... bukan sampai orang menyampah... hahahaha...

October 28, 2015

Miss Thailand Yang Sanggup Melutut Depan Ibunya, Seorang Pengutip Sampah !

1:02 PM 4
Miss Thailand Yang Sanggup Melutut Depan Ibunya, Seorang Pengutip Sampah !
Image result for Miss Thailand Yang Sanggup Melutut Depan Ibunya

Mint, seorang anak pengutip sampah telah dinobatkan sebagai Miss Thailand, Miss Uncensored News Thailand 2015.. Apa yang menyentuh hati, gadis berusia 17 tahun ini tanpa segan silu dengan latar belakang keluarganya, melutut di hadapan ibunya sebagai tanda terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan dan motivasi yang dicurahkan...

Image result for Miss Thailand Yang Sanggup Melutut Depan Ibunya



Aku terfikir, berapa ramai anak muda yang sanggup buat macam ni?? Kebanyakkan hanyalah persis Si Tanggang... kan?? apapun aku salute dengan budak Mint nih ....

October 27, 2015

Sinopsis Filem | Paranormal Activity 5 : The Ghost Dimension

11:30 AM 3
Sinopsis Filem | Paranormal Activity 5 : The Ghost Dimension
091220101478

SINOPSIS PARANORMAL ACTIVITY 5 : THE GHOST DIMENSION | Mengisahkan tentang Ryan Fleege (Chris J.Murray), isterinya Emily (Brit Shaw) dan anak perempuan mereka Leila (Ivy George) yang berusia 7 tahun sedang membuat persediaan untuk menyambut Krismas di rumah baru mereka.. 

Semasa sedang sibuk mengemas rumah baru mereka, Ryan menemui sebuah kamera video lama yang diketahuinya mampu merakam penampakan aneh yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.. Sepanjang Ryan membuat rakaman, anaknya Leila mula berkelakuan pelik dan sentiasa bercakap seorang diri seolah dia mempunyai rakan khayalan...

Kejadian lebih menakutkan apabila pasangan ini terpaksa berlawan dengan kuasa jahat dari alam ghaib... Apakah akan jadi seterusnya?? Jom layan »»» [OFFICIAL TRAILER] Paranormal Activity 5: The Ghost Dimension «««

Aku follow cerita Paranormal Activity ni dari 1st episode lagi... paling best adik aku kencing aku kaw2... dia kata cerita ni kisah benar... konon2 orang jumpa tape rakaman ni then dijadikan movie... hahahhaa... punyalah aku percaya.... slow sangat akak depa ni...


Menangani Masalah Kesakitan Ketika Haid - [PART 2]

10:53 AM 4
Menangani Masalah Kesakitan Ketika Haid - [PART 2]
Sambungan dari entri Menangani Masalah Kesakitan Ketika Haid - [PART 1] , maka nak sambung [Part 2] pulak laaa kekdahnya kan... mata dah tersengguk2 ni gara2 tak tido... nasib laaa... siapa suruh tak tido kan....??


MERAWAT KESAKITAN DI RUMAH

  • Menggunakan Haba - Gunakan botol biasa atau bag air untuk mengisi air panas dan tekapkan di belakang abdomen atau sekitar rahim atau atas perut laaa senang cerita... orang tua cakap tuam laa... kesakitan akan berkurangan.




  • Mandi Air Panas - Mandi menggunakan air panas sangat bagus ketika korang mengalami  period pain ni... ianya bertindak melegakan sengugut jugak... sekurangnya boleh mengurangkan kekejangan yang korang alami... 





  • Membuat Senaman Ringan - ok ini skip, tapi kalau korang nak buat pun ok gak.. haha ! sebab aku part senaman ni paling malasssssssss....zzzzz...lalallalalalala

  • Buang Air Seberapa Kerap Yang Perlu - Bila haid, korang disyorkan minum air suam yang banyak... maka korang buang air pun banyak jugak laa kan... kalau rasa nak buang air tu just do it ! Jangan tahan2... sebab kalau tahan, kesakitan korang akan lebih sakit...

Hakakkk tak boleh nak mengeluarkan urine maka tak rasa laaa macam mana... rasa tak bersih je... tapi nak buat macam mana kan?? agak2 bermanfaat tak perkongsian basi ni?? hahaha.. ok tamatlah sessi ke-2... nanti rajin kita buat sessi ke-3 pulak ye !! kbai ~

Pelajar SPM Dirogol Sebelum Dibunuh

8:06 AM 11
Pelajar SPM Dirogol Sebelum Dibunuh

Tayang muka pelaku jelaaa...


In fact taknak tayang muka mangsa sebab aib sangat pulak... hmm... apa nak jadi ye... risau dan takut aku tinggal kat negara sendiri.. well... sana sini pun actually jenayah banyak... tapi aku tak faham kenapa kejadian rogol & bunuh ni meningkat dari hari ke hari... kenapa ye?? apa yang merasuk pelaku2 ni??


... Di Teluk Kumbar, Georgetown, seorang gadis berumur 17 tahun ditemui mati dalam keadaan lehernya dikelar dan disyaki telah dirogol sebelum itu... polis telah menahan seorang suspek berusia 20 tahun yang merupakan pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Bayan Lepas...


Datuk Zakaria Ahmad, iaitu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang berkata, suspek memberitahu dia melakukan perbuatan itu akibat cemburu kerana gadis itu mempunyai teman lelaki lain.. Hasil siasatan mendapati bahawa suspek ada kunci pendua rumah berkenaan dan melakukan perkara itu ketika mangsa berseorangan dirumah.. Suspek juga mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah...


Hati2lah wahai anak2 gadis... kalau boleh pergilah belajar seni mempertahankan diri... kuatkan ilmu batin juga, insyaAllah... sekarang dunia tidak selamat... aku yang dah berlaki ni pun seriauuu sangat dengan sekeliling.... kekadang Is tinggalkan aku dalam kereta kejap pun aku dah runsing... aduhai...

Tabiat Ini Yang Sukar Dihakis~

7:21 AM 3
Tabiat Ini Yang Sukar Dihakis~

Assalamualaikum wbt...

Selamat pagi wahai Selasa... semoga hari ini lebih baik dari semalam... semalam adalah hari yang panas dan gelap bagi aku walaupun hujan sangat lebat... hari yang paling membuatkan aku jadi seorang isteri durhaka... entah hantu apa berpeleseran dalam hati aku tak tahu... ingat Tuhan jauh sekali....

Dari pagi semalam aku moody atas hal yang kecil2... sampai kemalam aku tidak menegur Is... aku mogok lapar... aku tak minum... aku tak makan... hanya berperap dalam bilik... Is pujuk tapi aku buat tak endah... malah meninggikan suara... berdosanya aku... 

Baran Is naik jugak laaa lepas tu.... nak elak terpukul aku, pintu jadi mangsa... alhamdulillah Is memang akan jadikan pintu sebagai mangsa bila dia baran... salah aku jugak... dipujuk2... EGO... bongkak sangat... kalau laki lain, dah chiow lah... MUNGKIN...

Malam tadi sebab aku bingit.... aku pukul diri sendiri... aku tumbuk perut sendiri... Is tenangkan aku... aku perasan jugak dia baca ayat kursi untuk tenangkan aku... entah kenapa aku jadi tak tentu arah semalam... masa dia nak tenangkan aku, dengan dia2 sekali aku pukul... aduhai... berdosa sangat aku ni... maafkan aku suami :(

Lepas tu ajak aku pergi makan, sebelum tido kami bermaafan... itulah kami pun.... gaduh lah seharian macam-mana pun... takkan jangkau hari2.... sebab sebelum tido, kami akan bermaafan... moga tabiat keanak-anakan aku ni akan terhakis jugak suatu masa nanti.... terima kasih suami kerana bersabar dalam 3 tahun perkahwinan ini...

October 26, 2015

Menangani Masalah Kesakitan Ketika Haid - [PART 1]

10:00 AM 1
Menangani Masalah Kesakitan Ketika Haid - [PART 1]


Period pain atau sakit ketika haid ni adalah perkara biasa... ianya disebabkan oleh angin sengugut yang berkumpul di sekitar rahim.. Angin sengugut ni boleh menyebabkan korang kembung dan cramps sampai rasa malas nak bangun dari tempat tido..

As I am, aku telan paracetamol je laa sepanjang kesakitan tu... badan aku lemah setiapkali menjelangnya haid... taknak citer banyak, sebenarnya banyak perkara yang boleh kita buat untuk melegakan kesakitan ittewww.... let's start !




SELARASKAN DIET 
  • Hidrat - Minum air suam membantu korang mengelakkan perut kembung... untuk orang normal, korang bolehlah ambil lebih kurang 10 gelas air suam dalam diet korang. Boleh juga ambil makanan yang tinggi hidrat macam salad, saderi, strawberi, timun dan tembikai.

  • Kalsium Yang Cukup - Untuk aku susah sikit sebab aku tak boleh ambil kalsium banyak.. Tapi untuk korang yang normal pastikan dapatkan kalsium secukupnya.... ianya sangat penting kerana boleh mengurangkan kekejangan sepanjang tempoh haid.. Makanan tinggi kalsium adalah seperti produk tenusu (keju, yogurt), bijan, sayuran berdaun hijau, badam dan susu soya.

  • Makan Makanan Yang Penuh Nutrien - Jika korang mempunyai pemakanan yang kurang baik, ianya akan menjadikan korang bertambah teruk.. oleh itu sangat penting untuk korang mengambil makanan yang kaya dengan vitamin... antara makanan yang tinggi nutrien :-
  1. Beras perang (vitamin B6)
  2. Badam, walnut & biji labu (serat)
  3. Minyak zaitun & brokoli (vitamin E)
  4. Sayuran, ikan dan ayam (zat besi)
  5. Halia (potensi mengurangkan kesakitan ketika haid)
  6. Elakkan makan sesuatu yang bergula, amalkan gula semulajadi seperti memakan buah.
  • Elakkan Makanan Yang Menyebabkan Kembung Perut
  • Kurangkan Pengambilan Kafein - Kafein akan menyebabkan kekembungan.
  • Pastikan Mengambil Vitamin D Secukupnya - Seperti tuna, salmon, keju dan susu soya.
  • Minum Teh Chamomile - Chamomile adalah terapi yang sangat menenangkan.

Ok itu je untuk entri kali ni ye... nanti hakakkk menaip lagi.... semoga bermanfaat ya :)

Kisah Sebenar Disebalik Stesen Minyak Shell

8:55 AM 1
Kisah Sebenar Disebalik Stesen Minyak Shell

Kisah Sebenar Tentang Stesen Minyak Shell | Aku ni sejak beberapa abad *k tipu* , sejak beberapa bulan Is bawak kereta, dia akan isi kat stesen dotdotdot... oklah... entri ni akan membuatkan aku sedikit racist sebab nak compare stesen itu dan stesen ini...

Is kalau isi minyak kat stesen dotdotdot, cepat betul habis minyak dia.. sometimes meter tak naik pun... Tak tahu arr apa sebab... aku suruh Is tukar Shell tapi dia taknak so as wife aku tak boleh buat apa arr kan...

aku ni takde kereta... apa sangat aku tahu pasal minyak petrol bagai ni.... tapi since parent aku dengan adik aku memang isi kat Shell in fact aku tengok ramai gila pi beratur kat Shell tu, aku pun suruh je laa Is cuba... akhirnya dia akur...

Now? Is tetiba nak memberi kesetiaannya kepada minyak petrol Shell ni.. Nak tahu kenapa??  »»» Inilah Sebabnya Kenapa Kami Sukakan Shell Petrol ! ««« Lagipun kat sini, depa mesra orang kurang upaya macam Is.. tak payah Is susah2 nak keluar kereta... minyak pun lambat habis.... we love Shell !! hamboiii mengipas2 sungguh hakakkk pepagi ni...

October 24, 2015

Tips Berguna Dan Terbaik Untuk Pelajar Kolej Yang Ingin Bekerja "Part-Time"

8:52 AM 1
Tips Berguna Dan Terbaik Untuk Pelajar Kolej Yang Ingin Bekerja "Part-Time"


Tips Berguna Dan Terbaik Untuk Pelajar Kolej Yang Ingin Bekerja "Part-Time" | Kerja part time bukan sesuatu yang baru bagi pelajar2 kolej.. ianya sesuatu yang banyak pelajar buat demi mendapatkan sebutir nasi.. wahhh masuk skrip drama dah... emm adik aku dia kerja sambil belajar, part-time student kekdahnya...

Berbalik kepada kerja part-time, bagaimana korang bermula?? Adakah terus bekerja tanpa fikir natijah @ akibatnya?? hahhh saspen tak?? Oklah... tak payah nak baca sangat apa yang hakakkk sewel ni melalut... nah ! »»» Ini Tips Untuk Mereka Yang Nak Buat Kerja Part-Time ««« 

Kekadang kena prepare segala bagai jugak... bukan apa... takut nanti tak boleh nak focus study pulak kan... aku tengok adik aku pun teruk... rehat tak pernah cukup... bezanya... dia kerja sambil belajar, bukan belajar sambil kerja... sama laaa tu kan...?? So harap tips ini berguna :)

October 23, 2015

DIARI AKU DIALISIS : FISTULA CLOTTING

8:33 PM 0
DIARI AKU DIALISIS : FISTULA CLOTTING
aku

So minggu ni alhamdulillah aku tak rasa pepening sangat... tapi perkara lain pulak yang jadi... bingit gak... sakit jangan cakap laaa... elok aku punya blood pressure normal, jadi low terus gara2 tahan sakit... aku takde arrr nangis... tapi tak habis2 bertanya Tuhan.... 

-
-
-

.... "Dugaan apa lagi yang kau duga ni Ya Allah...??" tapi jawapan tetap kelu... haih...

-___________- semalam... fistula aku clotting (beku)... I mean... ada darah beku dalam tu.. actually hari Sabtu lepas pun clotting gak tapi still boleh cucuk dibahagian yang selalu dicucuk jarum tu..

Selingan .. ini saiz jarum yang selalu dicucuk kat tangan aku...
2 jarum, 1 tangan .

So bila dah clotting gitu... asyik kena rehat... memula sekali cucuh... tak jadi then rehat... lepas tu dua kali, tak jadi then rehat.... lepas tu tiga kali... tak jadi then rehat and kali ke empat terpaksa cucuk tempat baru... takde arr sakit bagai nak mati tapi sakit arrr dah kau cucuk2 tangan aku gitu banyak kali... amik jarum halus untuk menjahit cucuk jari kau sikit pun kau dah teriak "Aduh!"  ...

Tapi aku anggap je laa sebagai penghapus dosa... by the way, fistula clot ni akan berlaku bila darah darah beku dah terkumpul dalam urat berdekatan fistula tu... tangan aku dah makin besar sebelah ni... tu arr orang anggap aku alien... apedehal ??

October 22, 2015

Inilah Cara Kreatif Perlu Korang Buat Kalau Nak Berjimat !

10:42 AM 1
Inilah Cara Kreatif Perlu Korang Buat Kalau Nak Berjimat !

Ni dah tahap aku lost idea nak letak gambar hape ! haha

Sekarang ni harga barang semua naik.. aku beli nasi lemak 4 bungkus dengan teh tarik pun dah 8 hengget lebih... fuhhh... nak salahkan makcik jual nasi lemak pun tak boleh... dia kata daun pisang pun naik harga! Takpe... kami jenis tak berkira sangat bab makan kalau ada duit lebih....

Melalut pulak perginya...Sebenarnya ada banyak cara kreatif yang boleh korang lakukan untuk berjimat... kalau tak percaya cuba baca ni »»» Inilah Cara Terpaling Kreatif Perlu Korang Buat Kalau Nak Berjimat ! ««« hahhhh bukan SENANG bila NAK SENANG... bukan SUSAH pun bila SUSAH... hahahhaa kan bagus kalau sekreatif ni.... aku pun dah start ajak Is berjimat2 dengan daya kreatif cenggini... weeeee

Selamat berjimat cermat.. welcome to Bangladesh, Nepalesh, Myanmaresh & Nigeresh !! *tetibe*

Bila Amir Ukays Dibebaskan, Pistol Tembak Cicak Rupanya !

8:49 AM 1
Bila Amir Ukays Dibebaskan, Pistol Tembak Cicak Rupanya !


Amir Ukays Dibebaskan, Rupanya Pistol Tembak Cicak ! | Based kepada entri Amir Ukays Ditahan Polis, akhirnya  Mohd Azmir bin Muhammad Yusuf , 46 , atau dikenali sebagai Amir Ukays, menceritakan perkara sebenar kenapa dia memiliki pistol tersebut.... ewahhh dah macam pembaca berita dah aku pepagi ni.... berita pagi.... kah !

Ini penerangan Amir ;

Saya bukan penjenayah, pistol itu hanyalah mainan untuk tembak cicak di rumah. Alhamdulillah saya didapati tidak bersalah...

Sambungnya lagi....

❝ Saya tidak tahu menjadi kesalahan jika memiliki pistol permainan dan saya tidak tahu perlunya memiliki lesen untuk memiliki pistol mainan.. Tidak dinafikan pistol berkenaan menyerupai pisttol tetapi ianya adalah pistol mainan. 
.
.
 Selalunya saya akan letak pistol berkenaan di rumah untuk menembak cicak, tetapi tengahari semalam, anak saya membawa turun dan tertinggal dalam kereta.. 
.
.
❝ Bagaimanapun, saya kurang bernasib baik apabila ditahan sepasukan polis ketika berada dalam kereta di kawasan letak kereta di rumah selepas pulang latihan vokal untuk Gegarvaganza.. Saya memberi kerjasama kepada polis kerana saya tahu saya tidak bersalah.. Tiada apa yang harus saya takutkan.. 
.
.
ABegitulah kepanjangan penerangan yang diberi oleh Amir Ukays tapi aku cutoff je sebab tujuan aku nak update pasal Amir dah dibebaskan... dia cakap panjang sangat so korang boleh laa surf Rotikaya atau blog media lain... hahaha...

Kan dah kata, tak mungkin dia simpan pistol if dia takde lesen... tapi biasalah undang2 Malaysia ni kan.... tak tercapai dek akal pun ada... yeyyyy minggu ni boleh tengok Amir Ukays beraksi !!! kbai ~

Selamat Berpuasa Di Bulan Muharram 1437H

7:52 AM 1
Selamat Berpuasa Di Bulan Muharram 1437H


Assalamualaikum wbt.... salam pagi Khamis,
Walaupun aku tak boleh berpuasa, teringin jugak nak share untuk peringatan aku dan lain2... ilmu wajarlah dikongsi... asyik citer hiburan je boring arr jugak jadinya blog aku ni... takkan nak citer pasal husband aku hari2... meluat orang dok baca... haha... kk serius...

Puasa ni terdiri dari pelbagai jenis puasa termasuklah :-
  • Tasu'a - 9 Muharram 1437H (22Oktober2015)
  • Asyura - 10 Muharram 1437H (23Oktober2015)
Selamat berpuasa di bulan Muharram yang barakah ini ~

SINOPSIS - Har Dil Jo Pyar Karega

4:20 AM 1
SINOPSIS - Har Dil Jo Pyar Karega


Dah lama tak layan hindustan so baru tadi kat TV2 tayang filem lama - Har Dil Jo Pyar Karega... elok je Is ajak keluar, cerita ni pun start.... berat montot hakakkk nak keluar tadi... hahahaha... Perangai Is sejak ada kereta ni, dia mesti nak ambik angin kat luar tetengah malam tau... so sebagai isteri yang taat lah sangat, maka ikutkan jelaaa... tinggalkan citer hindustan kesukaan ni...

Demi menyampaikan flashback cerita ni, maka aku pun nak buatlah entri sinopsis... macam biasa... aku memang suka tulis sinopsis citer lama berkurun ni... kah !



Har Dil Jo Pyar Karega | Yang bermaksud... "Setiap Hati Yang Mencintai" - Raj (Salman Khan) adalah seorang penyanyi yang sedang mencuba nasib di Mumbai.. Pada suatu malam, dia dan sahabatnya Abbha (Neera Bohra) terserempak dengan seorang wanita cantik berpakaian pengantin iaitu Pooja Oberoi(Rani Mukheerje) yang kemalangan akibat dilanggar kereta api..

Raj menyelamatkan Pooja dan membawanya ke hospital.. Pooja selamat tetapi dia koma.. Dalam pada itu, keluarga Pooja salah faham dan menganggap Raj adalah Romi, kekasih Pooja..Sesungguhnya keluarga Pooja tak pernah berjumpa atau melihat Romi..


Nak dijadikan konflik, Raj terpaksa mengaku dia adalah Romi.. Selama Pooja koma, Raj sentiasa menemaninya.. Sehinggalah muncul kehadiran Jahnvi.. Raj mula jatuh hati pada Jahnvi (Preity Zinta).

Tersedar dari koma, rupanya Pooja jugak jatuh hati pada Raj.. Jahnvi yang mengetahui keadaan itu mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Monty(Vinay Pathak).. Apabila Pooja mendapat tahu kebenaran bahawa Jahnvi dan Raj saling menyintai, dia mengalah.. Akhirnya Raj menjodohkan Pooja bersama Rahul (Shah Rukh Khan)..
.
.
.
.
.

Melaluttt sungguh pepagi buta taip pasal hindustan.... hahahha !! Sebab tengah rajin kan pepagi buta ni nak menaip... kk nak tido dah... saja bersengkang mata je ni... kbai ~

October 21, 2015

Amir Ukays Ditahan Polis

5:51 PM 1
Amir Ukays Ditahan Polis

Aku ni kalau pasal lagu Amir Ukays memang aku layan je... Aku happy gilosss bila dapat tahu dia adalah salah seorang peserta GegarVaganza... Dan akulah kot antara yang eksaited tunggu kemunculan persembahan dia... Lagu2 dia bagi aku sangat puitis...

... Tapi tadi aku baca kat dalam blog Kak +Diana Rashid bahawasanya Amir ditahan polis gara2 memiliki pistol..

Amir Ukays Ditahan Pihak Polis Kerana Miliki Pistol - ROTIKAYA_in

Amir mengaku senjata pistol jenis Walther CP99 Compact dengan nombor siri 12L20520 itu adalah miliknya dan dia ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk tindakan lanjut. Persoalannya kenapa dia menyimpan pistol??

Entah.... setahu aku yang menyimpan pistol ni mesti ada lesen... bukan suka2 boleh memilikinya.... Selain itu, penglibatan dalam sesebuah persatuan pun membolehkan dia memegang pistol... hahhh ni dari pengalaman orang terdekat sendiri..

Apapun, aku harap Amir Ukays takde laa tarik diri atau kena penjara atau apa2 yang buruk laaa.... nanti hilang seri GegarVaganza tu... dah laaa aku nyampah tengok Ezlynn tergedik2 depan Faizal Hussein malam tu... *tetibe*

kbai.

October 20, 2015

Menikmati Hari Yang Tidak Sihat ~

10:40 AM 3
Menikmati Hari Yang Tidak Sihat ~


Jerebu sekarang memang cepat membuatkan orang sakit dan tidak sihat termasuklah demam dan sebagainya... Ianya adalah memang hari yang paling tak best bagi korang, actually aku jugak.. Bila sakit ni memang tak ada mood langsung kan?? Rasa nak mengamuk dah macam perangai apa dah... Seolah korang bukan diri korang.. wuahhahahaha

Sebenarnya hari yang tidak sihat ni adalah peluang yang terbaik untuk korang relax dan focus pada kesihatan dan badan korang sendiri... forget others. ceyyy...
.
.
.
.
So apa yang korang perlu buat dihari yang berpenyakit sangat ni??




MEDITASI - Wahhh dah macam nama kumpulan rockers 90an... kah ! Ok serius.... meditasi adalah sejenis latihan praktikal untuk buat korang lebih relaks.. contohnya, yoga... ada cakap yoga tu haram... just because cara duduk ala2 buddha gittew... Heyyy open up ur mind k?? Yoga boleh menenangkan korang... well... if korang ada option lain untuk bermeditasi pun, ok je .. ianya juga untuk melatih diri kita untuk lebih positif ketika sakit.

Korang mungkin boleh buat macam ni :-
  • Tarik nafas dalam-dalam dan tenangkan fikiran.
  • Dengar lagu2 yang tenang...
  • Hayati tubuh korang if ada part yang korang tak selesa... just imagine korang ada di zon selesa.

KETAWA - Ketawa boleh mengurangkan tekanan yang korang hadapi ketika sakit.. Ianya jugak meningkatkan sistem imune dalam badan korang.
  • Layan cerita-cerita kelakar.
  • Baca buku ke komik ke yang boleh menghiburkan korang.
BERCAKAP DENGAN ORANG TERSAYANG - Ni kalau zaman bercinta ni... demam boleh terus baik kalau dah cakap telefon dengan orang tersayang... hahhaha benda ni betul kan?? mungkin korang boleh call mak korang atau bergosip dengan kawan baik korang?? Ianya meningkatkan tahan oxytocin dan membantu korang untuk cepat sembuh,

BUAT PERKARA YANG KORANG SUKA - Masak ke.. kemas rumah ke... karoke bagai nak gila je... apa saja.... Ini membantu korang untuk melupakan kesakitan dan menaikkan mood korang menjadi lebih baik.

LAKUKAN SENAMAN RINGAN - Tapi jangan lakukan jika korang ada masalah jantung atau sakit2 dada.. its not good.. ia akan menjadikan korang bertambah teruk tapi lakukan sedikit senaman ringan andai korang mampu.



Selain daripada point yang aku bagi kat atas... apa yang korang perlu lakukan untuk improve condition korang adalah dengan :-
  • Cukupkan rehat.
  • Nikmati saat korang mandi, jangan nak cepat je.
  • Makan sesuatu especially karbohidrat.
  • Minum air kosong lebih.
  • Dedahkan diri dengan cahaya matahari.
Fuhhh gigih nak habiskan entri panjang sambil kejar masa nak ke hospital.. moga bermanfaat ya... kbai ~

Inilah Sebab Best Kenapa Korang Perlu Singgah Ke Stesen Minyak !

8:56 AM 10
Inilah Sebab Best Kenapa Korang Perlu Singgah Ke Stesen Minyak !


Aku dari kecik sangat suka pergi stesen minyak... Rasa excited setiapkali abah atau mama ke stesen minyak.... Sampai sekarang rasa teruja sangat.. Entah apa yang best pun aku tak tahu... Dan perkara ni berlarutan pada adik bongsu aku arrr... Memang kami kalau masuk stesen minyak... bersinar sungguh mata seolah disapu2 dengan minyak tu.... Hhahaha !! And bad habit aku kalau lepas abah isi minyak, aku suka letak muka depan aircond dan sedut bau petrol... hahhhh masak....

Sebenarnya, »»» Ada 5 Sebab Kenapa Stesen Minyak Jadi Best ««« dan juga menjadi satu kemestian untuk korang singgah especially bila travel balik kampung atau berjalan jauh... dan sebab yang PERTAMA tu jugak selalu buat aku teruja bila ke stesen minyak...

hiks... ok korang... Salam Selasa.. moga indah dari semalam... walaupun dooonia kekal jerebu... anggaplah ianya suatu keindahan ~~~ lalalala ♪ ♫ ~

October 19, 2015

Dato Seri Vida - Pengasas Qu Puteh Yang Over !

4:45 PM 4
Dato Seri Vida - Pengasas Qu Puteh Yang Over !
cats

Siapa yang ada astro dan layan GegarVaganza semalam perasan lah kot betapa overnya Dato Seri Vida kita ni kan.... Malah aku rasa lagi over dari sebelum2 ni..... ehhh sukahati kau je auni dok pulun kutuk orang...

---- aku tak kutuk... cuma habaq mai ja... haha..

Dalam pada dok konon rasa meluat tu... berapa kali aku tergelak bila dia buat muncung2 dia... plus iklan dia lagi... entahlah... aku rasa terhibur pulak.... bagi aku biaq pi lah dia nak overrrr pun.... banyak dia sponsor untuk rancangan GegarVaganza ni... janji dia bahagia... bukan kacau orang pun... kalau rasa terganggu silakanlah tutup tv, ye tak??

All the best Dato !

LIRIK LAGU | FYNN JAMAL : SUATU PERNAH

4:22 PM 2
LIRIK LAGU | FYNN JAMAL : SUATU PERNAH


Macam2 aku dengar dan baca pasal Fynn Jamal ni... negatif sangat kisahnya... tapi bagi aku... dalam hidup seseorang tu adalah slack dia dimana2... Fynn bukan tak ada kawan... dia masih ada ramai kawan yang sudi berkawan dengannya.. Mungkin sebab Fynn ni ikut hati sangat.... atau dibelenggu oleh sesuatu -----ntah... Tak berani aku nak judge, takut terpalit kat diri sendiri..

Sungguhpun banyak cerita negatif pasal Fynn... aku masih suka dengan karya2 dia especially lagu Suatu Pernah ni... sangat connected dengan jiwa aku...


FYNN JAMAL- Suatu Pernah

verse 1
Habis sudah madah..
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah —
kau ambil dan terus kau jual.

Seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah —
tak pernah...

verse 2
dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan —
ku tetap tunggu di tepi jalan.

seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.

chorus
terlebur hancur kebal rusukku;
berkecai sepai, terpecah belah,
terima kasih atas ajarmu —
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.

dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.

verse 3
takkan ada apa —
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa —
bikinlah apa, tetap kau terbang.

takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah....

(repeat chorus)

bridge
pernah —
suatu yang pernah
suatu yang pernah

suatu —
pernah.


Apapun... jangan sentiasa membenci... kalau rasa Fynn ni tak boleh lentur,... doakanlah dia... mungkin bersebab jugak dia jadi macam tu... Biarlah dia nak hu-ha macam mana pun.... aku bukanlah karatz Fynn... aku cuma minat karya beliau.... sebab aku pun pemuisi... hahaha !

Apapun... all the best kokping :)

RESEPI : Sandwich Asian Tropical Tuna

8:19 AM 3
RESEPI : Sandwich Asian Tropical Tuna

Masa aku treatment kat Selayang , inilah rupa sandwich yang aku suka makan... nak tahu harga dia?? RM4.50 kooooo.. oklah... zaman tu abah kasi duit belanja setiapkali treatment... abah bagi RM10 so aku beli je laaa... hahaha... tak merasa sangat payahnya nak cari duit.... hidup mewah sungguh aku dulu.... dah kahwin ni baru merasa betapa susahnya hidup... sobs...

------------ kk ni cerita pasal sandwich.

So sebab aku dah pindah Ampang dan tak jumpa lagi sandwich feveret aku ni, maka alternatif paling nyata adalah buat sendiri.... aku pernah buat dah entri pasal sandwich ni tapi entri tu ntah hape2 macam budak tak sekolah so aku buat je laa entri baru... So aku nak share in case korang nak buat breakfast kan....

Resepi - Sandwich Asian Tropical Tuna 
Bahan-bahannya :-
  • Roti putih (aku guna Hi5) lembut je..
  • Tuna in chunk (Tuna dalam air)
  • Mayonis
  • Garam
  • Chili flakes / Serbuk cili - nak guna dedua pun boleh
  • Bawang merah (potong dadu)
  • Serbuk bawang putih
  • Timun
  • Salad
**salad bahagi dua, satu bahagian cincang, satu bahagian biar je selai2 gitu

Cara²nya :-
  • Campur semua bahan kecuali timun & salad yang dibiarkan selai2 tu... 
  • Then timun dan salad susun kat atas roti, sapu inti yang korang buat tadi..

MasyaAllah... senangnya... apa lagi?? makannnn..... hidangkan secawan nescafe... burpppp alhamdulillah....

Menangani Masalah Keluarga Dengan Positif

8:02 AM 0
Menangani Masalah Keluarga Dengan Positif

Assalamualaikum wbt... acapkali aku dengan keluarga berselisihan faham... mungkin aku ni seorang yang susah dilentur kot... hahaha.... tapi setiapkali berselisihan, kami akan buat family meeting... then masing2 cakap apa yang tak puas hati semua... in the end... berpelukan... bermaafan dan terjadilah tragedi tangkap leleh ala2 cerita Rashid Sibir lakonan Wan Maimunah... hahaha
.
.
.
Oklah... skip mukadimah yang mengarut sangat tu... tapi point of topic tu betul... salah satu menangani masalah keluarga adalah dengan berbincang... bukan bermusuhan sesama sendiri... tak baik kan?? Kecuali jenis tak boleh nak bawak berbincang tu... hakakkk memanglah tak boleh tolong....



CARI PUNCA MASALAH - Bukan ikut point korang je, tapi point orang lain jugak... Faham tak?? Mungkin korang rasa orang lain yang bermasalah, tapi korang kena tanya orang lain jugak, siapakah yang bermasalah... Haaaa gitu.....

CARI JALAN PENYELESAIAN YANG TERBAIK - In fact ini yang terbaik bila korang dah tahu apa masalah yang membelenggu keluarga korang.



TULIS & SENARAIKAN SEMUA JALAN PENYELESAIAN - Fikirkan mana paling terbaik dari sudut yang positif... Jumpa face to face ke... family meeting ke... on behalf ke atau apa2 lah... terserah.. tapi jangan fikir ikut emosi... bila kita emosi, hakakkkk berani habaq kat ampa... masalah takkan selesai...

JANGAN SEKALI-KALI FIKIR NEGATIF - Macam aku, memang susah nak lentur sikap negatif yang ada pada diri ni... suka sangat fikir negatif pada orang lain... its not good for ur life you know... Ianya seakan parasit jahat yang membelenggu jiwa supaya tidak happy... YES ! Orang yang negatif ni jiwanya kosong.... so... JANGAN !

.
.
.
.
Sebenarnya... korang boleh mengingati antara satu sama lain bahawa setiap anggota keluarga perlu menanamkan sikap kasih sayang... Darah yang mengalir tu takkan terpisah tau.... Keluarga aku mengamalkan sikap WE UNITE TOGETHER... alhamdulillah aku adik beradik tak pernah bergaduh sebab selalu cakap kami ada POWER of SIBLINGS.... hahhaa.. 

Perpaduan tu adalah aset penting dalam ikatan keluarga... Kalau ada perpaduan... masalah boleh settle petik jari je...


Emosi memainkan peranan.. Jangan terlalu beremosi.. andai terjadi pergaduhan dalam keluarga sebelum ini, jadikan ianya pengalaman supaya korang boleh handle jika terjadi perkara yang sama... Jangan jadi macam aku... asyik ikut kepala je.. But I learn from my mistakes... Dah besar pun... penat nak berselisih faham sentiasa... Life tak syiokkk...
.
.
.
.
Ok korang... semoga perkongsian aku ni bermanfaat di pagi Isnin ni... semangat pulak taip entri panjang berjela... Do read, do comment ya....

Dia Bersabar Jugak Dengan Aku ~

3:26 AM 0
Dia Bersabar Jugak Dengan Aku ~
Hakikatnya blog ni memang aku claim sebagai PERSONAL pada mulanya... aku kiaskan blog ini sebagai diari harian aku.... Dulunya tentang seorang lelaki yang hampir menjadi "seseorang" buat aku dan jodoh tiada, maka aku diketemukan dengan insan yang sangat bertanggungjawab dan mempunyai daya kesabaran yang tinggi terhadap aku...

Mahu saja aku delete satu persatu entri lama itu tetapi masaklah.... Sebab TERLALU banyak... Tapi biarlah... Aku pun dah tak baca entri tu... even tak timbul pun dekat related post, maksudnya entri cintan cintun tu memang tak penting langsung...

Biarlah kamu nak menyampah,
atau mensampahkan ---
aku tetap ingin berkongsi baiknya seorang insan bernama SUAMI di sisi aku ni..

Tak kira aku meroyan,
tak kira aku tertekan...

Aku melenting dan meninggi suara...
Dia tetap berlembut hati pada aku... MasyaAllah...
Sedangkan dialah insan paling baran yang aku kenal..

Menumbuk dinding dan almari sehingga pecah itu biasa....
haha !

Maklumlah... guru silat...
.
.
.
.

Tapi dengan aku,
baran dia nampak pudar ---
.
.
.
.

                           k.o.s.o.n.g !
.
.
.
.

Dia bukan dayus,
cuma dia faham apa kondisi aku..
aku memang tidak sengaja..
.
.
.
.

Benarlah apa yang dia janjikan dengan mama abah selepas kami akad... Dia berjanji membahagiakan aku.... Dia takkan mengeluh... Benar... Dia yang paling memahami aku sekarang ni... Lebih dari mama abah memahami aku... Mungkin sebab ..... Dengan suami aku tak perlu berselindung apapun.... entah... Tapi aku rasa memang aku tak perlu jadi ''baik'' atau ''jahat''.... Aku hanya jadi AKU.

.
.
.

Terima kasih untuk hari ini wahai suami...
kerana aku tiada anak untuk aku ukirkan simpulan di sini...
aku hanya mencoret kisah kita...


Devoted Wife.

October 16, 2015

LIRIK LAGU | SUFI AKADEMI FANTASIA : KISAH DUA MUKA

7:29 PM 0
LIRIK LAGU | SUFI AKADEMI FANTASIA : KISAH DUA MUKA
oo

Masa aku layan AF ( Akademi Fantasia ) yang last konsert tu, aku suka lagu si Sufi ni je haaa cuma kemenangan dia aku fikir not fair laa sebab dia dari negara luar... but rezeki kan.... apadehal... kah ! Dah macam rasist plak aku ni... aku minat lagu je... orangnya tak ponggg.... baik minat laki sendiri... weeeeee


Sufi AF - Kisah Dua Muka 

verse 1
Inikah caranya kau membunuh cinta
Jiwa ku berdarah dah ditikam dusta
Hanyut tak berdaya
Lumpuh tak bermaya

Perihnya hatiku dihukum tersiksa
Di sangkar terkurung
Meringkuk durjana
Sudah cukup sudah
Puas ku merana

chorus
Biar…biarkanlah aku meronta
Untuk menerima segalanya
Lepaskan ku dari jerutan kalbu
Kisah dua mukamu

verse 2
Perihnya hatiku dihukum tersiksa
Di sangkar terkurung
Meringkuk durjana
Sudah cukup sudah
Puas ku merana

chorus
Biar…biarkanlah aku meronta
Untuk menerima segalanya
Lepaskan ku dari jerutan kalbu
Kisah dua mukamu

bridge
Jika ku mati hidup kembali
Kau takkan ku rujuk semula

(ulang chorus)




Komposer dan lirik sepenuhnya oleh Sufi sendiri... not bad laaa lagu dia since aku memang suka genre ala2 opera cenggini....  Lama dah aku tak layan lagu baru.... Selalu tak Mus May, mesti layan lagu Wings... maklumlahhh hakakkk ni Old School sikit... nak best lagi aku putaq lagu Casablanca lepastu bajettt sangat macam penari ballroom....

Ibu Zaman Sekarang ~

5:37 PM 1
Ibu Zaman Sekarang ~
400125 2202912372615 1224433339 n

Inilah mama aku yang cantik... Dulu beliau ni Dayang Senandung.. Sebabnya?? Mama dulu seorang yang sangat gelap orangnya.... Lepas dia lahirkan adik aku no.2 (Adib).. Mama beransur-ansur dan menjadi putih... tapi Adib pulak yang gelap.. haha..

Mama seorang yang cool sebenarnya... rajin bergurau dengan anak2 dan cepat merajuk... Bila raya mama suka buat baju dengan anak jadi sepesen... tapi mama ada satu sikap --- nak menang selalu... hahaha tapi takpelah.... kita as anak2 mengalah je laa walaupun annoyed jugak... Yang penting mama is osemmmm ! Sebab pandai masak & ofcoz mama masak sedap... hiks.. cliche sangat... 

well.. mama ni treat kami adik beradik macam kuno sikit punya cara... maksud aku cara lama laa... especially protected punya part... She's very protected sampai anak yang dah besar pun dia baby-babykan termasuklah aku yang dah berkahwin ni... Tak kisahlah... kami masih suka dengan cara era dulu2...

Tapi.. bila dah masuk peredaran zaman ni... mungkin pemikiran anak2 pun jadi lain... Kaum ibulah kena memainkan peranan... So »»» Inilah Ciri-Ciri Ibu Zaman Sekarang ««« yang mungkin korang boleh follow.... apapun... sayangilah ibu sementara mereka masih ada... aku ni walaupun dah kahwin.... tetap rasa "baby" kepada mama... muahahhaha !!

Diari Aku Dialisis : Bila Tulang Semakin Rapuh... Kesakitan Semakin Terasa...

12:31 PM 6
Diari Aku Dialisis : Bila Tulang Semakin Rapuh... Kesakitan Semakin Terasa...
Assalamualaikum wbt,

Semakin hari bukan semakin baik malah makin teruk kesakitan yang aku alami.. Aku asyik cakap aku weak je dekat Is.... Sampai satu hari aku lepak dengan dia kat padang, dimarahnya aku kaw2... perghhh.... sentap hakakkk.... mau tak marah??

--- asyik ulang -- Weak, Weak, Weak...

Dia seorang suami, takkan dia nak ikut aku down jugak.... so dia marah dengan harapan aku lebih kuat... dia sentiasa jadikan diri dia sebagai contoh.... Dia yang OKU tulang patah, jalan tak macam orang lain pun ada semangat hidup... kenapa aku tak boleh??



Doktor cadangkan aku menjalani pembedahan tyroidectomy.. Sejenis pembedahan untuk mengeluarkan sejenis hormon jahat dipanggil phosphate (fosfat) yang terkumpul didalam badan.. ini apa yang aku difahamkanlah...

Sebab fosfat dalam badan aku membiak terlalu banyak, dia memakan tulang aku slow2 dan tulang aku mereput... akibatnya... badan aku jadi sakit dan jalan seakan pesakit osteoporosis... Azabnya Tuhan yang tahu... especially bila bangun tido... Allahu...

Mulanya aku rasa nak menolak je pembedahan tu sebab kemain remeh lagi... kena check itu dan ini dulu... bukan terus boleh operate.... dah operate pulak kena menghadapi azab kesakitan yang nyata selama sebulan.... makan tak boleh sebarangan... kena makan bubur je... aduh.. kurus balik laaa aku :(

Tapi---tapi---tapi---- kalau aku tak buat operation tu, aku menanggung azab seumur hidup,,, Kalau aku buat, diberi jaminan badan aku tak sakit lagi... hmm... patut ke aku buat?? haha...


                          ok.soalan.bodoh.

Aku masih berfikir2... bukan takut operation, tapi takut menghadapi sakit since bila aku sakit je kemain aku mengamuk dengan semua orang sekeliling.... sampai Is pun kena, nasib baik dia faham and aku acapkali minta maaf dengan dia... aku tak sengaja....

October 15, 2015

Bila "Vape Flavour" Disangka Pewangi Kereta

10:50 AM 3
Bila "Vape Flavour" Disangka Pewangi Kereta
aqua aerosol ambi pur 7 car perfume refill 7ml 4

Ramai yang menge-vape sekarang ni... alasan nak berhenti merokok... tapi memang aku akui sejak Is pegang vape, dia hanya merokok kalau pergi jamban atau lepas makan je... Kalau duduk saja2 pun dia tak sedut vapor tu sangat..  awal2 je laaa... dah hampir seminggu ni alhamdulillah dah kurang dia berasap...

Tapi bukan nak cerita pasal Is... Nak cerita pasal abah aku... Cerita pulak diceritakan oleh Lia, adik bongsu aku...

Alkisahnya, abah pergi pasar malam haritu... Then dia bertenggek arr kat satu kedai yang jual vape flavours ni... So Lia jadi pelik laaa... Apsal abah kat situ... dia bukan ada vapor pun... hahaha.. ehh sorry tergelak...

So Lia pun tanya abah ------

❝ Abah nak buat apa ni? ❞-- dengan muka confident abah jawab -----------

....... ❝ Nak beli perfume kereta laaa...! ❞ ------

Maka melekeklah si Lia gelakkan abah... tuan jual vape flavours pun join gelakkan abah... Kemainlah abah aku confident... aku boleh imagine reaction dia.... perkara spontan adakala memang kelakar kan??

ehh... tu je nak cerita... since aku kekosongan idea sangattttttttttttttt.... so off to hemodialisis... nanti ada idea aku taip arr... sesambil tu aku nak kasi khatam blogwalking yang dah lama aku hutang.... kah !

see ya, assalamualaikum ~

October 14, 2015

Takziah... Muhammad Firdaus Dullah, Remaja OKU Meninggal Dunia...

4:49 PM 3
Takziah... Muhammad Firdaus Dullah, Remaja OKU Meninggal Dunia...
Remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah meninggal dunia

Ingatkah korang dengan adik ni??

atau mungkin YANG INI??

-
-
-

20141119 MUM China Press

Muhammad Firdaus Dullah telah menggemparkan media apabila arwah ditinggalkan dalam keadaan kurus kering dan serabai oleh ibu kandungnya sendiri... Allah SWT lebih menyayangi adik Muhammad Firdaus Dullah... Dia telah kembali ke rahmatullah disaat perjalanan ke hospital kerana menghadapi sawan.. Innalillahwainnailaihirojiun.... Tamatlah kesengsaraanmu.....

Bermainlah kamu di syurga Allah ~~~
Salam takziah buat keluarga Muhammad Firdaus Dullah.

October 13, 2015

Nak Makan Sorang Pun Tak Boleh...

10:40 AM 7
Nak Makan Sorang Pun Tak Boleh...

Perasaan yang bagaimanakah bila kita makan sorang2 takde teman?? Selalu kan kalau zaman sekolah ke kolej ke mesti korang berhadapan dengan geng2 yang ajak korang makan sama2 kan... Susah nak tengok zaman sekolah/kolej ni orang makan sorang2... kecuali forever alone kekdahnya.. haha....

Kekadang bukan depa je yang mengendeng [baca : memujuk] dan mengajak kita teman depa ni makan, kita pun sama gak ! »»» Ada Je Alasan Bila Nak Makan Secara Berteman !!! ««« Betul tak??

Apapun... makan beramai2 memanglah seronok.... part bayar sendiri laaa seronok... at least tong2 arr sikit... tapi kalau kau yang kena belanja 10 orang makan... beronok arrr jadinya... muahahahhaa !!

Best Sangat Ke Genting Highland?

9:58 AM 8
Best Sangat Ke Genting Highland?


Genting Highland atau Tanah Tinggi Genting ialah puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia dan merupakan tempat peranginan yang terkenal di Malaysia... cey cey... Belajar sikit lah kan Geografi pasal Genting Highland ni...  Oklah, ianya sempadan antara negeri Pahang dengan Selangor, perjalanan ke Genting Highland mengambil masa kira-kira sejam je dari Kuala Lumpur.

Kalau korang nak tahu, Genting Highland ni dikenali sebagai Las Vegas Malaysia tau !! So kalau tak mampu nak ke Las Vegas, silakanlah pergi Genting dan feeling2 macam korang pergi Las Vegas... awww soooo suwitt...



Antara yang menarik di Genting Highland ni of course lah dia punya Theme Park... Selain itu, dibina satu kasino disini.. haippp tapi kita tak boleh berjudi ye... korang jugak boleh merasa naik cabel car... in case korang kuat semangat... weeeee~

Adakala, banyak mitos seram yang diceritakan tentang tempat ni... Alaaaa itu perkara biasa... Tapi korang tak payah arrr amik berat sangat sebab........... »»» Inilah Perkara Yang Best Gila Korang Boleh Buat Di Genting !!! ««« Rugi tak jelajah tempat di negara sendiri.... Las Vegas tu.....

Jom arrr !!

October 12, 2015

Warkah Buat Nenda-Nendaku...

12:39 PM 1
Warkah Buat Nenda-Nendaku...
Betapa terasanya aku hari ini... aku dah tak ada nenek, at both side, mama dan abah...

-----

Masa maktok meninggalkan dunia ini, aku masih tak rasa apapun sebab maktok bukanlah nenek yang rapat dengan aku.... Tapi dia agak caring tentang cucu-cunya especially, aku.. sebab aku sakit... Saki baki hidupnya... asyik call aku bertanya khabar... respon aku? BOLAYAN.

Agaknya sebab tu aku rasa ralat, untuk kali KEDUA.

October 10, 2015

Ada 16 Ciri-Ciri Manusia Yang Kuat Makan !

4:54 PM 0
Ada 16 Ciri-Ciri Manusia Yang Kuat Makan !


Apa yang korang boleh definisikan kepada kaki makan?? Aku ambik contoh aku sendiri... bila time aku rasa nak makan... seolah tak kenal erti kenyang sampai Is pening kepala... Aku akui sebelum ini aku memang kaki makan & badan aku mencecah 40kg hanya dengan ketinggian 136cm... Haaaa bagi aku dah cukup gebu laa aku time tu.... sekarang je tak selera almaklum laaa pesakit dialisis punya selera ni turun naik...

Korang ada sahabat yang kuat makan?? Kekadang bahaya jugak depa ni..... especially waktu korang offer nak belanja makan.... hahaha... bersiap-sedialah poket masing2... !!!  »»» Agak2 Member Korang Kuat Makan Macam Ni Tak?? ««« amikkkoooo.... agak2..?? kau mampoooo??

Kaum ibu2 nenek2 selalu berpesan... biaq pi lah depa sementara ada selera... Kang takdaq selera ampa bagi apapun depa tak lalu nak telan.... macam aku laaa dulu..... Bila kuat makan, orang suruh kontrol, laaa ni aku tak lalu nak makan... kemain suruh aku makan... hahhh kan dah nyesal...

Misteri Hantu Samurai Di Gambar ~

2:06 AM 0
Misteri Hantu Samurai Di Gambar ~
Memalam ni aku tunggu lah jugak kisah seram tapi macam tak ada je... wuahahhaa ... maka berlegarlah ke Google mencari cerita kot2 boleh menyeramkan hati ini... since bosan pulak nak layan gundah gulana yang menebal ni... ntah hape2 tau...

cats

Alkisahnya budak ni posing kat atas kubur bekas mat2 samurai semasa Perang Dunia Kedua, di daerah Kanagawa, Jepun.. Gambar ini telah dimuatnaik di laman Reddit dan menimbulkan pertelingkahan... Ada yang kata edit, ada yang kata mainan mata... ada yang kata mebbe ada orang kat belakang tu.... haaaaa

Obiaruf adalah sahabat kepada jurugambar yang mengambil gambar ini, berkata di gambar lain, tetapi bertempat di lokasi yang sama, tiada apa yang pelik... cuma satu gambar tu je menampakkan seseorang memakai but samurai yang diyakini dipakai semasa Perang Dunia dulu.... jeng jeng....

Well... benda gini tak mustahil pun.... sebab ada lagi kehidupan lain di muka bumi ini yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar pun.....