Yogurt Itu Mencantikkan !


Source by Google.

Yogurt diperbuat dari susu kultur dan dikenali sebagai bakteria sihat.. Ianya sangat baik untuk perut.. Suka makan yogurt?? Ada yang tak reti nak makan yogurt ni sebab tekstur dia yang pejal dan masam... Ehh tapi aku suka, yang ada letak buah2 bagai tu.... perghhh....


--- dan TAPI lagi, aku tak boleh makan banyak, kalsium sangat tak baik untuk aku.



Selain perut, tahu tak yogurt ni sangatlah membantu dalam proses untuk korang jadi cantik.. YES !! Cantik dengan yogurt...  Selain sedap, yogurt ni sangat berkhasiat untuk kulit dan rambut hokeyyy...

-
-
-
-
-



KULIT MENJADI HALUS | Sapukan yogurt di muka dan biarkan selama 5-10 minit dan bilas dengan air suam.. atau sehingga kering... Lakukan 2-3 kali seminggu. Kulit muka akan jadi halus dan cerah secara semulajadi.


ATASI KULIT TERBAKAR/SUNBURN | Campurkan beberapa sudu yogurt dengan minyak chamomile, sapukan ramuan ini pada tempat yang bermasalah..  Selain wangi, insyaAllah ianya membantu memulihkan kesan terbakar tu..


MEMBANTU MENGECUTKAN JERAWAT | Ambil sedikit yogurt dan sapu ditempat berjerawat.. Biarkan lebih kurang 30minit dan bilas... Jerawat akan kecut dan bebas parut... InsyaAllah..


KULIT CERAH SEKATA | Campurkan yogurt dengan lemon, lepas tu korang sapu je kat muka atau satu badan... Mesti korang berpuas hati... eh diingatkan... takdelah korang akan cerah macam omputeh tu... tapi sekata laa kulit tu takde laaa berpanau aje...



RAHSIA AWET MUDA | Tak perlu inject botox atau susuk dan sebagainya.. Kalau korang jenis penyabar, just campurkan minyak zaitrun dan yogurt, jadikan masker... Nanti kekedut halus akan hilang slow2... disamping itu, melicinkan kulit muka..



RAMBUT LEBIH SIHAT | Sapukan yogurt pada rambut , bungkus rambut dengan tuala dan biarkan selama 30minit hingga 1 jam, kemudian bilas... Korang boleh gak sapu yogurt ni kemudian stim guna wap panas... nanti lembut je rambut uolsss...

-
-
-
-
-

Sekian perkongsian hakakkk buat uolsss... Kalau rasa bermanfaat, dipersilakan cuba... Kalau tidak.. bolayankan je.... hiks ~

Yogurt Itu Mencantikkan ! Yogurt Itu Mencantikkan ! Reviewed by Tunsha Ayunie on September 29, 2015 Rating: 5

2 comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.