Tempat Misteri Yang Menyeramkan !


Hahhahaha !! Kalau misteri memang acapkali menyeramkan... kan?? Hantu dengan misteri mana yang lagi seram?? Tapi aku sejak kawin dengan Is macam dah takde seram sangat pasal makhluk2  ni sebab Is kan bomoh .. Ehhh tidak... dia tak declare dia bomoh pun.... Tapi lebih kepada Pengamal Perubatan Alternatif... mengubat orang la kekdahnya... So... meh laaa kita kaji tempat2 misteri ni ada seram ka.. tarak seram??




HIGHLAND TOWER | Ini tak perlu diperkatakan lagi kan.. Sebab apa ianya berhantu?? Ianya meragut berpuluh nyawa tetapi tak semuanya dijumpai... Ada yang dah terkandas dalam tanah... err awat terkambus dalam tanah nak kait hantu plak?? Bukanke mati esok memang masuk tanah gak?? krikk krikk krikk




BANGLO MONA FANDEY | Banglo yang pernah didiami Mona Fandey dan suaminya.. Beliau terlibat dalam kes pembunuhan kerat mengerat.. emm cakap pasal Mona Fandey je orang jadi seram.. kenapa ek??




VILLA NABILA - Johor Bharu | Aku kalau dengar nama Villa Nabila ni mulalah terbayang kisah kekecohan budak hilang alkisahnya.... tapi hakikat sebenar budak tu pi rumah kawan dia.... Punyalah berita nak wujudkan kisah seram tentang villa ni... haha ! Anyway, tempat ni pernah jadi markas pembunuhan.. So akibat kes itu, maka terwujudlah kisah2 mistik di villa indah ini.. pernah menjadi saksi... ehhhh sorry ternyanyi ~~~




BUKIT TUNKU - Kuala Lumpur | Dikenali sebagai Kenny Hills, adanya kisah yang mengatakan seorang pemuda telah terbabas di selekoh berhampiran kawasan ini, namun jasadnya tidak dijumpai.. Tak tahulah mitos , auta atau kenyataan...




PENJARA PUDU | Ramai seram dengan Penjara Pudu ni kan?? Dikatakan banyak hukuman mati yang dilakukan disini... Termasuk menyimpan penjenayah yang ganas macam Botak Chin.. Aku tak pasti kenapa Penjara Pudu ni ditutup sebab bila Google... tak habis2 cerita lawak konon Ahmad Albab yang punya apa ntah... kelakar sangat lettew...




KARAK HIGHWAY | Cerita pasal wolkswagen adalah yang paling femes setakat ini.. Alkisahnya ada yang nampak penumpang takde kepala laa... wolkswagen jalan sendiri laa... Tapi so far sepanjang balik kampung nun kat Terong, Perak... acapkali lalu jalan ni... Alhamdulillah takdelaa perkara misteri yang berlaku :)




BANGLO TERBENGKALAI, JALAN TURI - Bangsar | Tengok gambar ni pepagi pun seram... hahaha... tak tahu kenapa... Menurut rekod polis, seorang pengawal keselamatan telah membunuh dua orang kanak2 Amerika dan pengasuh mereka, kemudian mereka ini dikerat2 dan dibuang ke tangki najis..



KELLIE'S CASTLE -  Perak | Terdengar jeritan, pintu tertutup sendiri dan seorang kanak2 yang dilaporkan mati disini.. Cerita yang klise aku dengar... Tapi tak pernah hadapi sendiri... Cuma tu lah... sebelum aku tahu tempat ni menyeramkan, aku pernah laa pergi dengan family, bergambar depan Kellie's ni... Then satu perasaan yang tak best menyelubungi diri.. Tak tahu laa apakah perasaan ittew...

-------------------------- trettttttt cerita dah habis !

Sumber aku dapat dimana-mana menerusi Google.. Ada yang aku translate, ada yang aku ubah... Macam2 laa.... korang ada kesahihan ke dalam cerita ni?? Hahh !! Alang2 dah cerita misteri ni kan.. ada satu tempat sebelum penubuhannya, siap kena panggil ustad lagi.. »»» [KISAH BENAR] -Misteri Cyberjaya Sebelum Dibangunkan ««« 

Semoga bermanfaat ye :)

Tempat Misteri Yang Menyeramkan ! Tempat Misteri Yang Menyeramkan ! Reviewed by Tunsha Ayunie on September 26, 2015 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.