Telemovie | Jalan Singkat Ke Syurga [HD] - Monolog Aku Cuma Di Kiri

September 16, 2015

Telemovie | Jalan Singkat Ke Syurga [HD]

Screenshot 2015 09 15 23 28 02 1

Jalan Singkat Ke Syurga adalah telemovie arahan Rashid Sibir.. Mengisahkan tentang Fadil, seorang usahawan yang berjaya dan hidup mewah tetapi oleh kerana duniawi, dia lupa tanggungjawabnya sebagai seorang Islam...

 Jalan Singkat Ke Syurga

Akhirnya kemewahan dimiliki Fadil ditarik balik... Nikmat yang hanya seketika, Fadil dan isterinya, Aishah serta anak mereka AJ, hidup dalam serba sederhana.. Mereka menjual nasi kukus ayam dara sebagai pencarian sumber rezeki....

AJ tidak dapat menerima perubahan hidupnya yang serba kekurangan.. Dia menjalinkan hubungan dengan seorang gadis kaya bernama Ros.. Krisis juga berlaku apabila AJ tidak rapat dengan ayahnya...

Romi, lelaki yang disukai oleh bapa Ros, acapkali memukul Ros jika bertemu dengan AJ... Setelah semua musibah menimpa keluarga ini, akhirnya mereka bersatu kembali..

Pelakon : Faizal Hussein, Eja, Amar Bahrin, Sarah Marie Hildebrand & Redza Rosli.


Screenshot 2015 09 15 23 28 55 1

Komen??

Aku sedikit sebanyak jugaklah kecewa dengan cerita arahan Rashid Sibir ni sebab aku memang minat sangat karya seni beliau dalam drama.. Bagi aku cerita Jalan Singkat Ke Syurga ni tersangatlah hambar... Skrip & jalan cerita agak tunggang langgang...

Entah... for seriously... Is pun kata inilah karya Rashid Sibir yang paling failed sekali... tak tahu laa yang ada terlepas pandang.... emmm just my sincerely opinion lah... aku kan penonton...

NotaKukuKaki :- Aku rindu sangat lakonan ibu Wan Maimunah :(

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.