RESEPI PAD KRAPOW GAI (AYAM MASAK SELASIH) - Tunsha Ayunie Punya Belog

September 27, 2015

RESEPI PAD KRAPOW GAI (AYAM MASAK SELASIH)

RESEPI PAD KRAPOW GAI (AYAM MASAK SELASIH) - Lama sudah nak readykan resepi ni cuma takde masa. Ingatkan nak letak gambar sendiri cadangnya tapi sebab aku memang tak buat lagi benda alah ni, maka terpaksalah aku culik gambar dari Google.. emm... Pad Krapow Gai ni adalah resepi dari Thailand sebenarnya.. Boleh kata makanan ruji laa untuk diorang... Uniknya makanan ni sebab menggunakan banyak daun selasih..

Aku abadikan resepi dalam blog ni kot2 aku rasa rajin nak buat.... hiks ~ korang bolehlah try :)


Source by Google

RESEPI PAD KRAPOW GAI
Bahan-bahan :
1 mangkuk daging/ayam cincang
6 ulas bawang putih
6-8 tangkai cili padi
1/2 st garam
4 sb minyak sayuran
1/2 cawan bawang merah - dicincang
1 sb sos ikan
1 sb sos tiram
1/2 st gula
1 cawan daun basil/selasih
Cara-caranya :
Tumbuk bawang putih, cili padi dan garam bersama2, ketepikan. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan tumbuk tadi hingga wangi.

Kemudian, masukkan bawang merah yang dicincang dan biarkan layu seketika. Masukkan ayam.

Biarkan sehingga separuh masak dan masukkan sos dan perasa. Akhir sekali bolehlah masukkan daun selasih dan masak sehingga daun selasih layu. Tutup api.-

Senang gila kan2...?? Kalau boring sangat lauk biasa, try arr lauk yang cenggini pulak.. especially untuk korang yang memang suka daun selasih !

Selamat mencuba :)

2 comments:

  1. menarik ... cam penah nampak kat restoren cina muslima ri tu kat vietnam pun cam ade tp tak penah mkn

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.