Hidup " Gadis Tanpa Wajah", Akhirnya Gadis Ini Merasa Kasih Sayang Sebuah Keluarga



Juliana Wetmore, atau dikenali sebagai "Gadis Tanpa Wajah", dilahirkan dengan genetik Treacher Collins Syndrome.. Kes Juliana adalah yang paling teruk setakat ini... Walaupun tubuh badan Juliana yang lain adalah normal, tetapi akibat tulang mukanya yang tidak normal, ia menyukarkan Juliana bernafas.

Apa yang membanggakan, ibubapa Juliana, Tami & Thom Wetmore, tidak pernah peduli akan wajah anak mereka itu... Mereka menatang Juliana seperti menatang minyak yang penuh...

6 tahun kemudia pelbagai pembedahan yang dilakukan terhadap Juliana.. Dia juga terus berjuang untuk hidup.. Namun antara kawan-kawan di sekolahnya dan keluarganya lain, tiada siapa yang benar2 memahami perasaan Juliana..

Tami & Thom Wetmore menginginkan seorang anak lagi tetapi akibat genetik yang berlaku pada Juliana, mereka menjadi risau...


Jauh daripada keluarga Wetmore, terdapat seorang lagi gadis kecil yang mengalami masalah seperti Juliana.. Mungkin ianya tidak seteruk Juliana tetapi gadis ini tidak mempunyai keluarga untuk memberi sokongan, bermain atau melindunginya..

Danica, dibawa ke rumah anak yatim selepas kelahirannya di Ukraine.. Selama 6 tahun di sana, dia langsung tidak menerima seorang pun pelawat..

Setelah mengetahui tentang Danica di internet, keluarga Wetmore mengambil keputusan untuk menjadikan Danica sebagai anak angkat...


Juliana (kiri) & Danica (kanan).


Dan akhirnya kini Juliana mendapat seorang adik & sahabat yang senasib dan memahami dirinya.. Danica tidak keseorangan lagi malah disayangi oleh keluarga Wetmore.. 

Moral of the story, sebenarnya tak ramai ibubapa dapat menerima anugerah seperti ini kan?? Kekadang salahkan takdir sedangkan kekurangan anak itu berpunca daripada diri sendiri.. Salute keluarga Wetmore ! Sebab mereka tak pernah kisah malah menerima ketentuan Tuhan dengan seadanya dan percaya ada hikmah disebalik anugerah ini...

Hidup " Gadis Tanpa Wajah", Akhirnya Gadis Ini Merasa Kasih Sayang Sebuah Keluarga Hidup " Gadis Tanpa Wajah", Akhirnya Gadis Ini Merasa Kasih Sayang Sebuah Keluarga Reviewed by Tunsha Ayunie on September 02, 2015 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.