Dah Kenapa Kau? Sticker OKU Pun Nak Curi Ke? - Monolog Aku Cuma Di Kiri

September 12, 2015

Dah Kenapa Kau? Sticker OKU Pun Nak Curi Ke?

Aku tak fahamlah kekadang umat2 sekalian alam ni... Aku fahamlah benda tu susah nak cari tapi tak perlulah kot nak mencuri... Kot ye pun kau tak boleh tanya ke mana beli?? Kenapa mesti mencuri...?? Kau tu Tuhan dah jadikan OKU.... sama nasib dengan suami aku.... tahu tak kami berpusing2 keliling Ampang hanya untuk cari sticker tersebut??

2015 09 11 08 51 06 1

Sentap tau... puas kami cari sekali MamaNora yang jumpa... dia belikan dua keping.. Is tampal kat cermin depan dan belakang... esoknya kami tengok tinggal satu je... lastly Is tampal kat bumper belakang... hmm... harap2 la tak kena curi lagi... dah laa mahal....

Is tu betul2 kurang upaya... nak gerak pun susah... tapi makhluk2 ni selfish melampau sangat... dah senasib pun nak aniaya rakan senasib.... kotoran apa ntah ada dalam hati tu aku tak tahu laaa....

Dah laaa jerebu je ni... panas tau...
Janganlah dok panaskan lagi...

Hmm marah2 ni lapar mee goreng mamak dengan ayam kepci plak... haha !

3 comments:

  1. husband sy guna pelekat biru tu je.. xguna yg merah ni.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah.. Sticker pun nak curi juga...

    ReplyDelete
  3. Kadang2 yg mengambil tu bukan OKU pun. Sempurna Allah ciptakan dia, tapi akal yg cacat. Saja gatal tangan cabut/ambil sticker nak aniaya orang. Akak pernah tengok ada seorang hamba Allah ni, jumpa kereta OKU tengah parked. Tiba2 dia sakit hati tendang2 kereta tu. Siap ludah dan campak sampah. Nasib dlm kete tu tak de orang. Akak ugut nak panggil polis baru beredar. Simply sakit otak!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.