The Art Of Devil | Dendam Seorang Wanita Yang Ingin Merampas Harta Pusaka - Monolog Aku Cuma Di Kiri

August 24, 2015

The Art Of Devil | Dendam Seorang Wanita Yang Ingin Merampas Harta Pusaka

Artofthedevilposter.jpg

Cerita ni nak kata horror sangat pun tak lah aku rasa tapi menempek sanubari jugak laa watak dia sebab aku pun pendendam nak meninggal punya manusia... so betul2 aku selami watak Boom selaku watak utama dalam cerita ni...

Ntah.. aku tak tahu kewujudan cerita ni bilamasa... cuma malam tadi dah takde cerita nak tengok... pasang je astro beyond tapi bebalik cerita sama sampai naik meluat... tekan punya tekan channel sampailah aku tertarik dengan tajuk cerita ni , The Art of Devil..

Cerita ni banyak gak siri rupanya... yang aku tengok ni shud be first la kot...


SINOPSIS | Kisah yang mengisahkan tentang seorang wanita bernama Boom (Supaksorn Chaimongkol), yang mengenali seorang lelaki kaya yang sudah berkahwin, Prathan (Tin Settachoke) di sebuah kelab.

Depa ni buat hubungan sulit dan tak lama lepas tu Boom baru perasan dia mengandung.. Bila dia bagitau si Prathan ni... Prathan taknak bertanggungjawab dan bagi sejumlah duit yang banyak pada Boom untuk dia tutup mulut..

Prathan ni punyalah kejam... satu malam tu Prathan kejut Boom ni... lepas tu dia cakap... dengan duit yang banyak tu, selayaknya Boom perlu serahkan tubuhnya untuk dikongsi beramai-ramai.. Prathan telah memanggil kawan-kawan dia untuk merogol Boom dan sementara itu Prathan merakam aksi-aksi yang kawan2 dia buat... Depa kejar Boom dari bilik sampailah ke pantai.


Oleh kerana terlalu marah dengan perbuatan Prathan, si Boom ni berdendam dan mintak pertolongan bomoh ilmu hitam untuk santau setiap ahli keluarga Prathan sampai mati.. Boom ingin menuntut harta pusaka milik Prathan..

Pelbagai konflik terjadi apabila Boom mengahwini anak lelaki kepada Pratan, Ruj.  Dan kehadiran seorang wartawan yang ingin merungkai tentang kematian misteri yang berlaku didalam keluarga Pratan.. Muncul pulak watak seorang roh budak berambut putih diyakini roh anak Boom yang gugur sebelum ini...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.