Telemovie | MELROSE - Astro Prima & Maya HD | Part 1 - Monolog Aku Cuma Di Kiri

August 17, 2015

Telemovie | MELROSE - Astro Prima & Maya HD | Part 1

MELROSE

MELROSE mengisahkan tentang dendam seorang isteri terhadap suaminya.. Mira (Nadiya Nisaa), berdendam dan berniat membunuh suaminya Dr.Zawawi (Remy Ishak) atas kematian anak mereka, Melrose.

Krisis terjadi apabila Mira mengandung dan Dr.Zawawi tidak mahu bertanggungjawab.. Atas desakan, mereka berkahwin dan tinggal di London.. Pada suatu hari, Melrose menyambut ulangtahun kelahirannya dan dalam masa yang sama, Dr.Zawawi mendapat panggilan yang pesakit di bawah jagaannya tenat..

Kerana tugas, Dr.Zawawi bergegas hendak ke hospital tanpa menyedari Melrose bermain di belakang kereta.. tanpa disengajakan Dr.Zawawi telah melanggar anaknya, dan lebih menyedihkan Melrose meninggal dunia.. Akibat peristiwa itu, Mira dan Dr. Zawawi kemudian bercerai..

Mira yang menyangka kemalangan itu disengajakan, merancang membunuh bekas suaminya.. Mira mengupah Hussein (Azhar Sulaiman) untuk melakukan tugas itu.. Hussein mencampak Dr.Zawawi ke sungai dan menyangka Dr.Zawawi telah mati, tetapi Mira mendapat tahu suaminya itu masih hidup..

Mira kembali mendesak dan membayar Hussein untuk mencari Dr.Zawawi yang melarikan diri ke London, dan menyuruh Hussein membunuhnya.. Tetapi Hussein hanya mengambil duit dan menyuruh Palau (Shazwan Zulkifli) untuk melakukan tugas tersebut..

Palau yang sudah bertaubat dalam dilema kerana isterinya Linda (Anzalna) sakit tenat dan memerlukan rawatan segera.. Akhirnya Palau menerima tugas itu dan pergi ke London.. Semasa di London dia telah bertemu dengan Dr.Zawawi dan bersepakat membantu Dr.Zawawi mendapatkan anaknya, Mikail.. Dr.Zawawi berjanji akan menanggung kos perubatan Linda.

Kejadian makin rumit apabila Palau mati ditembak Hussein, dan Dr.Zawawi berjaya mendapatkan Mikail dan membawa anaknya itu ke London... Apakah kesudahan cerita ini?? Adakah Mira berjaya membunuh bekas suaminya itu?? Nantikan Part II ye...

9 comments:

  1. ada tengok juga iklan cerita ni, macam penuh konflik jer...

    ReplyDelete
  2. Cerita ni ada berapa part? ada sambungan lagi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu ada berapa part... ingat malam tadi full sebab ceritanya 2jam... tapi ada sambungan plak...

      Delete
    2. owh yeke..ok2 xpe. Thanks for info.

      Delete
  3. Macam menarik je... Tapi sayangnya dah takde astro... Memang dah lama la tak layan tv.

    ReplyDelete
  4. hehe..takde astro la..tak dapat tengok..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti akan release di ACG-TUBE. Kualiti dijamin terbaik. Resolution 1080p. :)

      Delete
    2. acg tube lembab la..banyak popup ngan malware. bahaya kat pc ngan fon oii

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.