Slot Akasia TV3 | Sinopsis - Akulah Balqis

akulahbalqis
Dari instagram Nabila Huda

Kali ni rasa macam mesti tonton je slot Akasia yang tak tahu bila nak keluar... tapi tengok Instagram Nabila Huda, macam baru je shooting... kira lambat lagi laa kot nak keluar kat TV... cuma eksaited je sebab Nabila Huda dengan Puteri Balqis berlakon... cerita lorong pulak tu... aku suka cerita cenggini...

AKULAH BALQIS adalah drama arahan Pali Yahya dan dilakonkan oleh Nabila Huda, Puteri Balqis dan Aeril Zafriel..

akulahbalqis2

Sebelum ni slot Akasia memang aku tak layan... disamping pelakon yang ntah hape2... berlakon poyo semacam & cerita lebih kurang sama je dengan sebelum2 tu... memang agak membosankan... tapi mama aku macam syok je melayan Akasia ni... haha !

Sinopsis Akulah Balqis

Mengisahkan tentang kanak-kanak bernama Balqis (Puteri Balqis), yang mengorbankan zaman kanak-kanaknya untuk mencorak kehidupannya sendiri... Hidupnya terumbang ambing tanpa bimbingan ibu bapa. 

Kedua ibu bapanya, Yamin (Aeril Zafrel) dan Seri (Nabila Huda) sibuk mencari pekerjaan setelah syarikat tempat bekerja Yamin jatuh muflis. Balqis terpaksa berhenti sekolah kerana tiada siapa yang boleh menghantarnya ke sekolah.

Kerana tertekan dengan desakan hidup, Yamin mula terlibat dengan dadah setelah mereka tinggal di rumah kawan baiknya, Zali (Kamal Kamarudin), seorang pemuzik di kelab malam. Kerana ketagihan dadah, wang yang diperolehi Yamin dengan bekerja sambilan sering tidak mencukupi. Ketagihan Yamin akhirnya turut mempengaruhi Seri yang kemudiannya menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam Pusat Pemulihan Dadah menyebabkan Balqis hilang tempat bergantung.

Zali pula tidak sanggup untuk menjaga Balqis dan mahu menghantar Balqis ke rumah kebajikan masyarakat. Balqis melarikan diri dan hidupnya semakin melarat apabila terpaksa merempat di jalanan.

Muncul pula Milda (Nadia Brian), seorang model terkenal yang seringkali bermimpi mengenai Balqis tanpa dia sendiri mengenali anak kecil itu. Suatu hari, mimpi Milda menjadi nyata apabila dia telah melanggar Balqis sama seperti di dalam mimpinya. Balqis dibawa pulang oleh Adi (Nazim Othman), suami kepada Milda yang kasihan dengan nasib Balqis.

Pada awalnya, Milda tidak menyenangi kehadiran Balqis dalam keluarga mereka. Berbeza dengan Adi yang menjaga Balqis seperti anaknya sendiri. Adi merasa senang dengan kehadiran Balqis dan mereka menjadi semakin akrab. Adi memang menginginkan zuriat sendiri tetapi tidak bagi Milda.

Setiap kali Milda dan Adi bertengkar, pasti Balqis akan mencari jalan supaya Adi dan Milda berbaik. Kerana itu juga, hati Milda semakin lembut dengan kebaikan Balqis dan mula menerima Balqis.

Tiba-tiba, satu hari Yamin dan Seri muncul di depan pintu rumah Adi. Milda dan Adi tidak sanggup menyerahkan semula Balqis kepada ibu bapa kandungnya itu. Adi dan Milda takut kehilangan Balqis dan membuat keputusan untuk melarikan Balqis dari ditemui oleh ibu bapa kandungnya.

Bagaimanakah kesudahan hidup Balqis? Berjayakah Yamin dan Seri menemui Balqis dan menebus kesalahan kerana membiarkan satu-satunya zuriat mereka hidup merana?

Sumber - Infotaip


Terima kasih sudi baca :)

Kamu Mungkin Akan Menjadi Orang Pertama Menonton Filem Ini Apabila Ianya Ditayangkan Di Pawagam.. Check It Out !! »»» Catch Henry Cavill and Armie Hammer in the latest action-packed spy thriller, a MUST-WATCH! «««

Slot Akasia TV3 | Sinopsis - Akulah Balqis Slot Akasia TV3 | Sinopsis - Akulah Balqis Reviewed by Tunsha Ayunie on August 10, 2015 Rating: 5

2 comments

  1. Salam singgah sini...wahh...tak sabar nak tengok cerita ni...mesti best....

    ReplyDelete
  2. Macam best je..tapi tak gemar sangat nabila ...kadang kadang pelakin yang tak diminati boleh bt cerita jadi tak best...huhu...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.