Takziah : Seniman Karim Latiff Meninggal Dunia



Pelakon veteran yang banyak ditemui di dalam filem arwahyarham Tan Sri P.Ramlee, Karim Latiff meninggal dunia, semalam akibat kanser paru-paru.

Karim Latiff atau nama sebenarnya Abdul Karim bin Abdul Latiff, 78, pernah menjadi watak utama dalam filem Ahmad Albab dan dia melakonkan watak sebagai Safar. Selain itu juga, beliau pernah menjadi pelakon tambahan di dalam filem DoReMi, Nasib DoReMi, Keluarga 69 dan Anak Bapak...

karim

Beliau mendirikan rumahtangga bersama Che Asma Hussain dan dikurniakan 5 orang anak.. Kariernya bermula sebagai penyanyi dan pernah ditawarkan berlakon oleh arwahyarham A.R Tompel..

Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves.

Innalillahwaina ilahirojiun... DarinyaNya kita datang & kepadaNya kita kembali...

Takziah : Seniman Karim Latiff Meninggal Dunia Takziah : Seniman Karim Latiff Meninggal Dunia Reviewed by Tunsha Ayunie on August 19, 2015 Rating: 5

2 comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.