Senangnya Hidup Sebagai Pengemis.... - Monolog Aku Cuma Di Kiri

August 27, 2015

Senangnya Hidup Sebagai Pengemis....


Since aku tadi lupa nak snap gambar,
aku pinjam Uncle Mazidul punya lah ~

Aku semalam saja ajak Is keluar walaupun fulussss dah terbang banyak coz guna untuk bayar lesen Is... then aku baru teringat ada sikit sisa2 duit dalam aku punya akaun, and so aku guna jelah dulu... hahaha asyik aku je guna duit suami kan... dah nama suami isteri sesama laa.. ye tak?

Ceritanya aku nak pergi makan kat luar... Laksa laa konon... Laksa Thai alkisahnya... dengan Pulut Mangga... ambik kau ubattttt.... dari pagi tak makan... pukul 3petang baru nak LUNCH sangat dengan benda2 tak berkhasiat... kembung perut... ! by the way, I am so dissapointed sebab Laksa is tak sedappppppp macam aku memula makan dulu.. tawar hebeyyy ~


9

Maaf uolsss..
gambar selingan.. jangan percaya dengan gambar ~

Sesedang aku dengan Is menikmati kami punya LUNCH tu..........

Datang laaa seorang makcik yang aku tak tahu India ke, Bangla ke, Myanmar ke... pakai baju kurung bebunga... pakai handbag... mintak sedekah... err I mean... dia mintak duit untuk beli makan... muka tu buat macam kebulur sangat.... Is ni pulak sesiapa je datang mintak sedekah, dia takde duit macam mana pun dia mesti nak hulur gak... so he gave that woman some money lah kan...

Aku dah buat muka bingit lagi rabak... BENGANG !
Then aku tanya Is...

Kenapa abang bagi dia duit?? Dia badan sihat je.. tak sakit... siap ada handbag bagai... banyak pulak tu abang bagi ! 

Memang aku keep bubbling arrr dengan Is sebab aku memang jenis tengok orang kalau nak bagi sedekah but Is boleh cakap.... 

 It's ok.. dah bagi dah pun... abang ikhlas... kalau dia tipu, 
itu antara dia dengan Tuhan... 


Sumpah aku tension dengan sikap husnudzon Is yang berlebihan ni... hahahah... boleh gitu?? So takpelah kan... aku pun malas nak push dah... kang dari ikhlas jadi tak ikhlas pulak laki aku tu... kang siapa berdosa? aku jugekkkk....

Then masuk Spectrum Ampang sebab Is dengan toilet dah macam kekasih sejati... k gurau je... sesambil aku tunggu Is tu aku dengar lah security guard dalam Spectrum tu borak pasal si pemintak sedekah berbaju kurung....

 Ada akak tu tadi bagi dia RM1 je.. lepas tu perempuan tu marah.. dia cakap..
“ takkan bagi satu ringgit saja?? ” 


Hahhh... kan aku dah kata.... lagi satu habis makan tadi aku nampak persis perempuan yang mintak sedekah tu dah tukar baju... then masuk Spectrum... then ghaib...

Then aku mula nasihat Is... jangan sesuka bagi duit atau niat nak sedekah kat orang camni... senang lah hidup gitu... aku pun nak jadi PENGEMIS ~ tipu orang, buat muka kesian sikit... dapat duit... lagi mudah kalau ramai orang ada hati macam suami aku ni hahhhh !!

Pstttt apapun aku bersyukur.. bersuamikan dia yang baik... hiks ~

4 comments:

  1. tengok laksa tu macam sedap.. tawar pulak.. adehh'

    tu lah.. terkadang, terasa jugak nak jadi pengemis.. ^_^

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..ada balasan nya kalau memberi..soal dia nak menipu ke apa tu antara dia dengan tuhan..yang penting kita dapat pahala ..heheh

    ReplyDelete
  3. Hmm.. Pengemis kerja yg sgt2 Islam tak suka..

    ReplyDelete
  4. banyak je pengemis sekarang. kadang menjual agama dengan harga yang murah.. datang jual yassin la apa laa.. hrmmmFOLLOW BLOG SAYA

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.