Kisah Seram : Misteri Penumpang Tanpa Kepala Di Ayer Keroh, Melaka


Aku tak pernah la pulak berhadapan dengan situasi ni masa aku jejalan kat area Ayer Keroh , Melaka nun.. tapi perasaan seram selalu menghantui aku bila aku pergi Melaka... hahahha tak tahu laa kenapa... tapi buah melaka memang aku suka makan....

Alkisahnya tentang Paklong yang mencari rezeki dengan membawa teksi.. Paklong selalu bawa penumpang dari Melaka ke Kuala Lumpur, dan dari Kuala Lumpur ke Melaka..

Nak jadikan cerita, satu malam tu member Paklong tepon Paklong, sebab nak ke Kuala Lumpur.. Paklong ni taknak tolak rezeki... dia pun ke Kuala Lumpur malam tu hantar member dia.. Dalam perjalanan balik berdekatan plaza tol Ayer Keroh, Paklong ternampak laa ada seorang lelaki melambai2 tangan macam menahan teksi Paklong...

Disebabkan Paklong ni teringat kisah seram hatta tentang lelaki tanpa kepala, dia pun buat tak nampak dan teruskan perjalanan... lepas tu dia tengok cermin "rear view" dan nampak lelaki itu masih berkepala... Sebab Paklong ni tadi rasa serba salah, dia sanggup reverse balik teksi dia tu...



Sampai je Paklong pada lelaki tadi, lelaki tu terus tunduk dan senyum pada Paklong sambil bertanya...

“.. Kenapa pakcik tak berhenti dari tadi...?? ” dan Paklong pun menjawab...

... “.. Maaf ye nakkk... pakcik ingat anak ni hantu tanpa kepala tu... ”

Lelaki itu ketawa dan berkata... “.. Macam ni ke pakcik...?? ” sambil cabut kepalanya...

Sesudah itu... Paklong pengsan dalam teksi dia sampai ke siang.... haaaa memang dugaan pembawa teksi ni... lagi2 jenis ''menumpang'' kat seat belakang.... pemandu teksi laaa paling banyak koleksi citer seram...

Apapun... benda2 ni jangan tegur walaupun korang terserempak depan mata.... bagi salam lepas tu blah.... hahahhaha cakap besar plak dah.... kbai...

Kisah Seram : Misteri Penumpang Tanpa Kepala Di Ayer Keroh, Melaka Kisah Seram : Misteri Penumpang Tanpa Kepala Di Ayer Keroh, Melaka Reviewed by Tunsha Ayunie on August 13, 2015 Rating: 5

8 comments

  1. salam jumaat...hantu gini merata jalannya.

    ReplyDelete
  2. hahaha sekali 'dia' daa :D bukan setakat paklong, ngan saya2 skali boleh pitam kalau cenggitu gayanya :D

    ReplyDelete
  3. Aduh... Ketar lutut di buatnya.. Huhu..

    ReplyDelete
  4. tak terbayang klu dok kat tpt pak oong tu ... heeee

    ReplyDelete
  5. Duh! Dah kenapa betul-betul plak jadinyaaa

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.