August 20, 2015

Kisah Seram : Misteri Cermin Tandas Di Kondo Mont Kiara

hantu

Kisah seorang awek ni nama dia Minah.. Minah ni baru je pindah dari Puchong ke Mount Kiara.. Rumah baru dia tu memanglah cantik & mahal.. Mont Kiara ler katakan... Rumah dia jenis kondo.. Minah ni berpindah sebab dekat dengan tempat kerja dia..

Minah jadi happy selepas pindah kawasan yang dah lama dia impikan.. Dalam rumah tu lengkap dengan perabot semua.. tapi yang jadi kegilaan Minah adalah cermin yang berada dalam tandas di biliknya.. sebab cermin tu besar sampai boleh nampak satu badan Minah....

Gangguan Bau Busuk
Malam pertama dia tidur dia dah rasa tak selesa dah sebab macam ada something kat kondo tersebut.. Akhirnya dia terbau satu bau yang busuk.. Puas lah si minah ni menyelidik rumah tu tapi takde jumpa apapun... dia jadi pelik.. ehh kalau aku pun pelik... hahaha..  oh ye... nak menambahkan seram... Minah ni sebenarnya tinggal sorang je kat kondo tu...

Sebab dah terasa seram sangat, Minah ni bacalah ayatul kursi sebanyak 7 kali.. lepas tu tidur malas fikir apa dah... Kejadian ini berlarutan hampir setiap hari..


Gangguan Cermin Misteri
Hahhh ! Ini pasal cermin yang Minah suka... Minah rasa ada satu kepelikan pada cermin tersebut..  Sebab bila dia tengok je cermin tu.. dia nampak seorang wanita berdiri di sebelahnya... Minah cuba ngejas (adjust) cermin tu letak dalam stor tapi esoknya cermin itu kembali ke tempat asal.. opkoz la Minah terkejut.. bukan Minah je.. kalau aku dah demam dah...

Sebab Minah ni dah rasa tak syok nak tinggal kat kondo tu.. dia pun blah dari situ... tinggal kat rumah mak dia pulak...

Dilanda Sakit Misteri
Mak kepada Minah ni sangat risau dengan perubahan Minah yang menjadi pendiam, dan cepat marah.. Kerana sikapnya itu juga Minah dibuang kerja.. Minah jugak selalu menangis sorang2 dan dia sangat takut melihat cermin... Seluruh cermin di rumahnya dibuang...


Mak dia dah puas ikhtiar tapi gagal.. Badan Minah dipenuhi bisul yang besar di seluruh badannya.. Keadaan Minah menjadi semakin teruk dan kekal misteri...

Bagi pendapat aku... janganlah tenung cermin tu lama2... sebab cermin tu salah satu daya psikologi yang buat kita sentiasa berimaginasi dan berhalusinasi...

1 comment:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.