Minum Susu Lembu, DNA Lembu Masuk Badan, Nanti Akhlak Macam Lembu.. - Tunsha Ayunie Punya Belog

August 09, 2015

Minum Susu Lembu, DNA Lembu Masuk Badan, Nanti Akhlak Macam Lembu..


Bukan main viral lagi gambar dan statement ustazah ni... ramai bebenar lah terasa especially kaum ibu... aku yang belum jadi ibu ni pun terasa kena tempias sebab biasa minum susu lembu... bukan lembu je... kambing pun... tapi betul ke apa ustazah ni cakap?? apa puncanya??

Sebenarnya ustazah Fatimah Syarha ni bagi statement gini sebab menyokong susu ibu itu adalah yang terbaik... tapi amatlah tidak wajar dia keluarkan statement sebegini kerana tak semua ibu mampu breastfeeding atau menyusukan...

--- Apa susah?? Cari jelaaa ibu susuan ~

Aku baca ramai je yang buka sirah nabi iaitu Rasulullah SAW sendiri mempunyai ibu susuan... tahu tak depa ni zaman Rasulullah dengan zaman kita jauh sungguh... difikirkan kembali, bagaimana dengan bayi yang kematian ibu? Sempat ke cari ibu susuan ketika itu?

... Berbalik pada statement ustazah tadi... maknanya tubuh badan kita ni semualah ada DNA lembu, kerbau, sotong, ayam dan sebagainya... sebab DNA lebih banyak pada daging daripada susu...

ermm.. sikap pemarah tu bukan lahir dari apa yang kita makan/minum... tapi hati... takkanlah anak jadi penagih dadah, nak salahkan pembawakan dari susu jugak...??

.. Dalam hal ni aku tak hentam pun ustazah ni... people make mistakes... cuma berharap selepas ini ustazah lagi teliti menyusun ayat... agar pihak lain tidak terguris :)


2 comments:

  1. emm..enth la nk ckp btul ke salah..

    ReplyDelete
  2. hihi, tak sangka boleh jadi viral benda ni.
    bagus la tu, sekurang-kurangnya cara pemikiran analitikal masyarakat Malaysia ni dah semakin berkembang, akan analisis dulu sebarang berita yang sampai.
    saya setuju yang susu ibu adalah yang terbaik, tapi tentang DNA tu, saya tak setuju sangat.
    yang pasti, DNA kita adalah gabungan dari DNA ibu dan ayah kita.
    itulah sebaik-baik kejadian.
    -blogspot : rawatankanser2013

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.