Ketumbit Itu Hilang.. - Monolog Aku Cuma Di Kiri

August 10, 2015

Ketumbit Itu Hilang..


Aku tak ada gambar semasa aku hampir diserang ketumbit... so aku share gambar ni dengan korang... ok tak?? Hahhahaa.... beberapa hari sudah mata aku start bengkak and bila aku selak sikit kelopak mata, ternyata ura-ura nak naik ketumbit tu ada.... dahhh pulakkk.... ini akan menjejaskan emosi aku !



Tapi mata aku takde laa naik macam dalam gambar ni... aku punya masih baru nak naik... aku jadi tension time tu... so gigih laa cari petua... ada yang kena tenyeh bawang putih laa... tuam laa... ahhh malassss gila ! Ada satu petua yang aku tengok... tutup mata yang kena ketumbit tu dengan tangan then selawat.. lepas tu buat2 laa macam buang ketumbit tu kat tempat lain...

eh... faham tak...??

.. emmm selalunya bila aku sakit sesengal ke, pening kepala ke, tuan suami akan buat camtu... baca ayat apa sikit2... lepas tu transfer sakit aku tu kat dinding... hahhaha... tapi alhamdulillah, berkesan... sama la jugak kes ketumbit ni.. aku mintak tolong tuan suami buat... alhamdulillah... esok tu terus kecut mata aku... takde dah nampak ketumbit tu... magic tak?? 

---- Semua atas izin Allah SWT, jua...

Tuan suami memang cari rezeki part-time dia dengan mengubat orang... balik kampung ritu dia jugak yang mengurut... atas izin Allah jugak, sesiapa yang dia urut... lega.... Walaupun dia OKU, Allah bagi dia kelebihan kat tempat lain... so aku tak heran sesiapa yang rendahkan suami aku... sebab aku je yang kenal dia...

Terima kasih sudi baca :)

Korang Yang Suka Main Internet Tu... Mesti Senyum2 Bila Baca Ni... »»» If Malaysians Had #FreeInternetForLife, All Of These 10 Things Will Come True «««

2 comments:

  1. biasa kalau kena ketumbit ... letak ubat ulser je.

    ReplyDelete
  2. bertuah badan ... sebab suami pandai mengubat. kalau sendiri yang sakit senang nak minta bantuan plus nak manja2, ;)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.