Kenali Tokoh Jururawat Islam Yang Pertama.. - Tunsha Ayunie Punya Belog

August 22, 2015

Kenali Tokoh Jururawat Islam Yang Pertama..


Baru-baru ni jadi viral satu kes bila sorang mamat ni keluarkan statement bahawa jururawat ni tak ubah macam hamba abdi dan kuli kepada doktor... Maka ramailah jururawat yang panas hati... Malah aku yang bukan jururawat ni pun terasa jugaklah tempiasnya sebab dari kecik memang staff nurse yang jaga aku... doktor cuma bagi arahan itu ini... dan ubat-ubat yang mahu dimakan je...

images

Memang kuangjaq punya budak... tahu pulak dia deactived FB dia sebab takut kena serang... sebelum keluarkan statement tak fikir dulu... Kang awak masuk hospital... awak sakit... mohon DOKTOR yang jaga awak.. jangan harapkan jururawat yang label kul & hamba abdi tu ye....

Jangan mempersendakan pekerjaan yang membawa ibadah ni...

Kenali Siti Rufaidah binti Sa'ad
Rufaidah (570-632 SM) tokoh jururawat Islam tersohor itu muncul pada masa peperangan dalam Islam.... Beliau tinggal di Madinah dan lahir di Yathrib dan termasuk dalam kaum Ansar, golongan pertama menganut Islam di Madinah.... Ayahnya seorang doktor dan Rufaidah mempelajari ilmu perawatan ketika bekerja membantu ayahnya... beliau sentiasa memberikan rawatan yang terbaik khususnya pesakit yang berada di medan perang..  

Jika di Eropah dan Amerika Syarikat menjadikan Florence Nightingale sebagai  tokoh jururawat dunia, Negara di Asia Barat pula memberikan kedudukan awal kepada Rufaidah, seorang jururawat Islam yang terkenal... Sebenarnya banyak jasa Rufaidah, dan beliau juga antara yang mula2 berada di dalam bidang perubatan di dunia Islam...

Rufaidah mewakafkan dirinya untuk merawat dan membantu para pejuang di medan perang..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.