Can't Sleep At Night.. - Monolog Aku Cuma Di Kiri

August 21, 2015

Can't Sleep At Night..

Dalam bilik (Ampang) | 3:27am (Jumaat)

Masih tak dapat lelapkan diri.. Yatt bukak lampu kat sebelah... study mungkin... tuan suami dah tido tapi aku masih cari peluang untuk tido... kesian pulak tuan suami... asyik kena tinggal sensorang kat situ... emm.. aku randomly memang diserang restless leg yang buat kaki aku terencat seterusnya rasa nak terajang orang...

So aku tido berdiri.

Dah tido berdiri I will accidently jatuh laa kan... kau tido berdiri agak2 badan boleh balance? Tido atas katil pun boleh jatuh bawah katil... haha !

Actually kehidupan baru je start from beginning since .... alhamdulillah... Allah SWT melorongkan kemudahan buat tuan suami and soooo dia boleh driving balik tak lama lagi... tahu kan sukarnya kami nak bergerak sana sini tanpa transport?

I want do the best for him as he do his best for me.

Sungguh... tapi sejak MIL dah resign kerja pagi, aku dah tak masak.. hampir 3 bulan... and kami makan kat luar je... muka tuan suami tu nampak sangat cuka... dia suka aku masak... bila aku masak bertambah2 dia makan... duhhh rasa durhaka sangat sekarang ni...

Walaupun muka dia cuka.. dia still cover ... tetap jalankan tanggungjawab dia untuk jaga aku dengan ikhlas... tetap belikan aku mee goreng mamak tanpa sayur, bawang putih lebih & ayam goreng kesukaan aku bila aku dialisis...

Well... entri ni propa lebih sebab aku tak boleh tido.. takde pulak idea nak buat artikel apapun... ni kalau tuan suami tahu aku mengadap lappy... bising lagi laa ni...

Dalam marah dia akan cakap...

"Siapa tak sayang bini woii.... awak tu tido tak cukup... dah kurus... badan tak sihat..."... dan bla bla bla... haha !

5 comments:

  1. get a rest la kakak oooi.. kalo itew pun nak membebel samalah cenggini..

    ReplyDelete
  2. Hai lalink! Lama tak singgah sini.. Macam dah byk ketinggalan ceritamu ni dik.. Apakah? Huhu..
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Point dia.... adikmu ini kureng sihat jew ponggg.... hahahaha

      Delete
  3. Moga sentiasa dalam pemeliharaan Allah...

    ReplyDelete
  4. 3 pagi masih celik lagi, Sha? Memang patut kena bebel nih ;)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.