August 15, 2015

Al-Fatihah Buat Hazami | Tidak Bermakna Hazami Meninggal Dunia



Alahai... kurusnya Hazami... emm lewat sikit aku update pasal Hazami ni sebab aku pun tak berapa nak sihat... kekadang aku draft je entri.. esok lusa aku post... Actually, lama gak tak dengar cerita pasal Hazami ni kan?? Dia dulu popular dengan lagu KATA.... kini mengidap kanser usus,,,

.. Info aku dapat dari Beautifulnara.com.. baca pulak komen, katanya Hazami diserang Diverticular Disease... yang tak ada kena mengena dengan kanser.. tetapi doktor telah mengesahkan bahawa ianya memang kanser..

Bila cerita pasal kanser ni... ramailah tanggapan negatif yang penyakit ini sungguh bahaya... tak kata orang laa... dalam pemahaman aku pun kanser ini boleh membawa maut... nauzubillah'minzalik !


.. Dijadikan cerita, ada antara blogger yang mintak tolong sedekahkan Al-Fatihah kepada Hazami.. maka ramailah yang TERKEJUT dan menyangkakan Hazami sudah meninggal dunia... aduhai... Al-Fatihah ni hanya boleh dibacakan ketika meninggal dunia ke apa??

Nak sedekah, sedekah je pada yang hidup atau yang telah pergi... kan?? orang sakit juga harus diperdengarkan ayat2 suci... emm... jujur aku tak berapa ikut sangat akan "sedekah al-fatihah" ni... aku lebih suka mendoakan kesejahteraan seseorang tu... in fact, takde dalil atau nas yang sahih pasal "sedekah al-fatihah", tapi kalau nak buat... takde masalah pun... pahala pun dapat bila bibir mengukir ayat2 suci... kan??



Apapun semoga bro Hazami tabah mengharungi dugaan yang maha hebat & berat ni... get well soon, insya-Allah !

Untuk Korang Penggemar Kopi Yang Rasa Korang Tak Mampu HIDUP TANPA KOPI... Korang BERHAK Untuk Mengetahui Sesuatu !! »»» Don’t miss out on a smooth, well rounded coffee, perfect for every day, anytime. Get the NescafĂ© Mountain Wash online before it's too late! «««

4 comments:

  1. btul tu..lama x dgr pasal hazami..

    ReplyDelete
  2. Dulu minat dengan lagu sonata musim salju...nyanyian hazami...merdu sgt suara dia...mudah mudahan hazami cepat sembuh, amin...

    ReplyDelete
  3. Semoga hazami cepat sembuh..Btw,saya follow awk..Ehekk..

    ReplyDelete
  4. Macam-macam berita dengar pasal hazami

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.