8/1/15 - DARI JARI NOVELLA

August 28, 2015

Kuala Lumpur Dulu Dan Sekarang...30 Gambar Yang Akan Mengimbau Nostalgia Bersejarah Untuk Tatapan Korang !

10:24 AM 1
Kuala Lumpur Dulu Dan Sekarang...30 Gambar Yang Akan Mengimbau Nostalgia Bersejarah Untuk Tatapan Korang !
Lagi 3 hari je Hari Kemerdekaan Yang Ke-58 akan tiba...  Dah MERDEKA ke masing-masing...?? Hahh aku ni MERDEKA sebagai isteri, bab lain masih cari kemerdekaan dalam diri..


Image result for kuala lumpur


Kuala Lumpur atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan bandaraya yang terbesar di Semenanjung Malaysia ni..  Nak tahu sejarah Kuala Lumpur bolehlah bukak wikipedia ye... hahaha....

August 27, 2015

Senangnya Hidup Sebagai Pengemis....

10:38 AM 3
Senangnya Hidup Sebagai Pengemis....

Since aku tadi lupa nak snap gambar,
aku pinjam Uncle Mazidul punya lah ~

Aku semalam saja ajak Is keluar walaupun fulussss dah terbang banyak coz guna untuk bayar lesen Is... then aku baru teringat ada sikit sisa2 duit dalam aku punya akaun, and so aku guna jelah dulu... hahaha asyik aku je guna duit suami kan... dah nama suami isteri sesama laa.. ye tak?

Ceritanya aku nak pergi makan kat luar... Laksa laa konon... Laksa Thai alkisahnya... dengan Pulut Mangga... ambik kau ubattttt.... dari pagi tak makan... pukul 3petang baru nak LUNCH sangat dengan benda2 tak berkhasiat... kembung perut... ! by the way, I am so dissapointed sebab Laksa is tak sedappppppp macam aku memula makan dulu.. tawar hebeyyy ~


9

Maaf uolsss..
gambar selingan.. jangan percaya dengan gambar ~

Sesedang aku dengan Is menikmati kami punya LUNCH tu..........

Datang laaa seorang makcik yang aku tak tahu India ke, Bangla ke, Myanmar ke... pakai baju kurung bebunga... pakai handbag... mintak sedekah... err I mean... dia mintak duit untuk beli makan... muka tu buat macam kebulur sangat.... Is ni pulak sesiapa je datang mintak sedekah, dia takde duit macam mana pun dia mesti nak hulur gak... so he gave that woman some money lah kan...

Aku dah buat muka bingit lagi rabak... BENGANG !
Then aku tanya Is...

Kenapa abang bagi dia duit?? Dia badan sihat je.. tak sakit... siap ada handbag bagai... banyak pulak tu abang bagi ! 

Memang aku keep bubbling arrr dengan Is sebab aku memang jenis tengok orang kalau nak bagi sedekah but Is boleh cakap.... 

 It's ok.. dah bagi dah pun... abang ikhlas... kalau dia tipu, 
itu antara dia dengan Tuhan... 


Sumpah aku tension dengan sikap husnudzon Is yang berlebihan ni... hahahah... boleh gitu?? So takpelah kan... aku pun malas nak push dah... kang dari ikhlas jadi tak ikhlas pulak laki aku tu... kang siapa berdosa? aku jugekkkk....

Then masuk Spectrum Ampang sebab Is dengan toilet dah macam kekasih sejati... k gurau je... sesambil aku tunggu Is tu aku dengar lah security guard dalam Spectrum tu borak pasal si pemintak sedekah berbaju kurung....

 Ada akak tu tadi bagi dia RM1 je.. lepas tu perempuan tu marah.. dia cakap..
“ takkan bagi satu ringgit saja?? ” 


Hahhh... kan aku dah kata.... lagi satu habis makan tadi aku nampak persis perempuan yang mintak sedekah tu dah tukar baju... then masuk Spectrum... then ghaib...

Then aku mula nasihat Is... jangan sesuka bagi duit atau niat nak sedekah kat orang camni... senang lah hidup gitu... aku pun nak jadi PENGEMIS ~ tipu orang, buat muka kesian sikit... dapat duit... lagi mudah kalau ramai orang ada hati macam suami aku ni hahhhh !!

Pstttt apapun aku bersyukur.. bersuamikan dia yang baik... hiks ~

August 24, 2015

The Art Of Devil | Dendam Seorang Wanita Yang Ingin Merampas Harta Pusaka

10:34 PM 0
The Art Of Devil | Dendam Seorang Wanita Yang Ingin Merampas Harta Pusaka
Artofthedevilposter.jpg

Cerita ni nak kata horror sangat pun tak lah aku rasa tapi menempek sanubari jugak laa watak dia sebab aku pun pendendam nak meninggal punya manusia... so betul2 aku selami watak Boom selaku watak utama dalam cerita ni...

Ntah.. aku tak tahu kewujudan cerita ni bilamasa... cuma malam tadi dah takde cerita nak tengok... pasang je astro beyond tapi bebalik cerita sama sampai naik meluat... tekan punya tekan channel sampailah aku tertarik dengan tajuk cerita ni , The Art of Devil..

Cerita ni banyak gak siri rupanya... yang aku tengok ni shud be first la kot...

Useless OR Irresponsible ?

9:40 PM 2
Useless OR Irresponsible ?
9:28pm | Masih di dalam bilik (24Ogos2015)

Zahari datang... Zahari memang kawan baik Is (tuan suami laaaa) sejak dari kecik... Kami selalu kalau lapar memang mintak tolong Zahari tapaukan laa... tapi kami bayar, belanja Zahari sekali... Zahari ni memang jenis lembut je hati walau muka garang.. dia dengan Is dah macam adik beradik...

Lepas makan, aku naik kedai opah beli ais.. then biar kain kena putar dalam mesin...
aku chiow nak atas... bagi ruang pada Is...

Lately... emm aku tak tahu berapa kali aku harus mention ''lately'' padahal ianya berlarutan beberapa bulan... actually... aku kesian pada Is... dan aku bersyukur jugak walaupun Is asyik buat muka dengan aku, dia tetap layan aku dengan baik... gaduh2 kejap... lepas tu elok je...

The things was like..
  • Aku tak bertanggungjawab sepenuhnya
  • Dah berbulan aku tak masak
  • Dah berapa lama aku ignore Is every night
  • Berapa kali Is kata rindu nak makan apa aku masak , tapi aku bolayan aje
Is sedih, dia nyatakan dia punya kecewa... aku pulak beberapa bulan ni menjadi seorang yang amat pemarah... aku tak tau effect dari aku memendam rasa... atau ubat aku makan... effect treatment etc I don't know...

... Macam aku kata lah... Is tetap memahami... Kalau dia terlepas marah pun time tu... after that he will be okay... bila aku tanya kenapa.... dia akan cakap dia faham keadaan aku.....

Mengalami restless leg akibat dialisis selama beberapa tahun ni memang buat aku dalam tekanan... badan aku makin kurus... aku rasa tak lalu nak makan sebarangan makanan melainkan apa yang aku teringin nak makan.... seem like memilih... tapi itulah...

Aku tak mahu luah disini
sebab aku ada Tuhan yang mendengar ---
Tapi menaip, menulis isi hati itu buatkan 
aku rasa ianya terluah,
supaya aku tak gila memendam perasaan
rojak merapu ni....

Terima kasih sudi baca :)

Nad Zainal Berlaku Tidak Sopan Di Rumah Anak Yatim

12:00 PM 2
Nad Zainal Berlaku Tidak Sopan Di Rumah Anak Yatim
Assalamualaikum & morning !

Pagi jugak aku bangun harini... walaupun masih mood holiday.. hahhahah nak kira aku hari2 pun holiday sebab aku kan surirumahtangga sepenuh masa... tapi tugas masak tu dah lama aku tak buat... kesian tuan suami ! Tarik muncung berjuta batu jauhnya...


Bukan je FB... benda yang timbul kat newfeed adalah gegusipppp.... Kisah Nad Zainal? Aku ni bukan minat pun dengan Nad Zainal ni dari awal kemunculan dia dalam industri seni... dia ada ''sesuatu'' yang buat aku tak minat tentang dia...

Menerusi akaun ex-pa dia, Along Zuren, bekas p.a dia ni adalah upload gambar Nad hadiri satu even anak-anak yatim.. hmm dah bagus dah tu... tapi apa yang Nad buat haritu amatlah tidak sopan dan boleh je kategori kojaq... amatlah jelekkk imej yang dibawakan...

nad

Disaat anak-anak yatim itu bermain-main dan meminta perhatian Nad... Nad pulak sibuk main henpon dengan kaki terkangkang.... ehh ini ke rupa selebriti... opsss no wonder hakakkk tak minat langsung Nad Zainal ni....

Emm malas nak cakap atau taip pepanjang... cuma sebagai selebriti, kau kena lah jaga imej... kalau kau rasa kau tak mampu handle or nak main henpon je... kau dok rumah laa... orang pun tak tau ''imej sebenar'' kau macam mana....

Ni kau buat spekulasi Along curi duit kau pulak?
Dah takde job atau ape?

Credit video : Facebook Alog Zuren

Quotes #54

11:48 AM 0
Quotes #54

HAPPINESS
will never come to those
who don't appreciate 
what they have already.
*******************************

Kekadang kita lupa sebenda-dua --
hidup ni kita dah ada yang punya ---
yang bahagiakan kita
walaupun kita sedih ---
yang didepan mata ,
kasih sayang keluarga kau ---
kau buat tak peduli ,
yang jauh pergi memainkan perasaan jugak 
yang kau kejar ---

August 23, 2015

Pocong Pun Nak Ber-Wefie/Selfie Jugak !

5:49 PM 5
Pocong Pun Nak Ber-Wefie/Selfie Jugak !
Assalamualaikum sayang !

Ehhh.... tak penah pulak kita berkasih sayang dalam media ni kan?? haha
Sebenarnya aku rasa kelakar dengan tajuk kat Metro Online ni... bukan tajuk je... cerita dan alkisahnya pun buat aku fikir banyak kali... logik ke idak kisah ni?? Takde berita sangat ke Metro oiii sampai kisah pocong di tengah hari pun boleh di'bahan'kan??


Bukan aku tak percaya kewujudan makhluk2 ghaib ni... tapi diwaktu SIANG?? dan pocong itu nampak sungguh ber''jasad''... tuan suami pernah cerita kat aku... makhluk2 ni takkan hadirkan diri dalam bentuk jasad yang solid gitu, dia akan jadi bayang2 aje.. yelah, tuan suami kan berubat orang... pasal makhluk halus ke hantu ke syaitan ke memang dia khatam la insyaAllah...

emm... ''tak tahulah'' pulak kalau cerita ni betul sebab jin juga boleh menyerupai.. err... atau publisiti ..?? korang rasa??

August 22, 2015

Kenali Tokoh Jururawat Islam Yang Pertama..

8:53 AM 0
Kenali Tokoh Jururawat Islam Yang Pertama..

Baru-baru ni jadi viral satu kes bila sorang mamat ni keluarkan statement bahawa jururawat ni tak ubah macam hamba abdi dan kuli kepada doktor... Maka ramailah jururawat yang panas hati... Malah aku yang bukan jururawat ni pun terasa jugaklah tempiasnya sebab dari kecik memang staff nurse yang jaga aku... doktor cuma bagi arahan itu ini... dan ubat-ubat yang mahu dimakan je...

Yeyyyy Liang Liang Si Panda Sudah Melahirkan Anak !

8:18 AM 2
Yeyyyy Liang Liang Si Panda Sudah Melahirkan Anak !


Sepasang panda yang menjadi bualan ramai dulu, Xing Xing dan Liang Liang, telah dikurniakan seekor anak pada hari Selasa baru ni pada 1.45petang... Tapi anak kepada Liang Liang ni akan dikuarintin di samping ibunya lah...

August 21, 2015

Can't Sleep At Night..

3:39 AM 5
Can't Sleep At Night..
Dalam bilik (Ampang) | 3:27am (Jumaat)

Masih tak dapat lelapkan diri.. Yatt bukak lampu kat sebelah... study mungkin... tuan suami dah tido tapi aku masih cari peluang untuk tido... kesian pulak tuan suami... asyik kena tinggal sensorang kat situ... emm.. aku randomly memang diserang restless leg yang buat kaki aku terencat seterusnya rasa nak terajang orang...

So aku tido berdiri.

Dah tido berdiri I will accidently jatuh laa kan... kau tido berdiri agak2 badan boleh balance? Tido atas katil pun boleh jatuh bawah katil... haha !

Actually kehidupan baru je start from beginning since .... alhamdulillah... Allah SWT melorongkan kemudahan buat tuan suami and soooo dia boleh driving balik tak lama lagi... tahu kan sukarnya kami nak bergerak sana sini tanpa transport?

I want do the best for him as he do his best for me.

Sungguh... tapi sejak MIL dah resign kerja pagi, aku dah tak masak.. hampir 3 bulan... and kami makan kat luar je... muka tuan suami tu nampak sangat cuka... dia suka aku masak... bila aku masak bertambah2 dia makan... duhhh rasa durhaka sangat sekarang ni...

Walaupun muka dia cuka.. dia still cover ... tetap jalankan tanggungjawab dia untuk jaga aku dengan ikhlas... tetap belikan aku mee goreng mamak tanpa sayur, bawang putih lebih & ayam goreng kesukaan aku bila aku dialisis...

Well... entri ni propa lebih sebab aku tak boleh tido.. takde pulak idea nak buat artikel apapun... ni kalau tuan suami tahu aku mengadap lappy... bising lagi laa ni...

Dalam marah dia akan cakap...

"Siapa tak sayang bini woii.... awak tu tido tak cukup... dah kurus... badan tak sihat..."... dan bla bla bla... haha !

August 20, 2015

Kisah Seram : Misteri Cermin Tandas Di Kondo Mont Kiara

11:58 PM 1
Kisah Seram : Misteri Cermin Tandas Di Kondo Mont Kiara
hantu

Kisah seorang awek ni nama dia Minah.. Minah ni baru je pindah dari Puchong ke Mount Kiara.. Rumah baru dia tu memanglah cantik & mahal.. Mont Kiara ler katakan... Rumah dia jenis kondo.. Minah ni berpindah sebab dekat dengan tempat kerja dia..

Dapat Emel Jemputan Dari Manhattan Fish Market

9:42 PM 5
Dapat Emel Jemputan Dari Manhattan Fish Market
Tak kisah lah orang nak kata aku jekunsss kontrak whatsoever.... Yang pasti aku over eksaited bila dapat emel tadi... tak sangka lah pulak entri Teringinnya Nak Makan Kat Manhattan Fish Market ! di-view oleh warga TMFM sendiri... tujuan entri bukanlah untuk meminta simpati atau makan free... cuma luahan hati je...

Rezeki kan... ehh aku tak tahu adakah ini dipanggil rezeki atau tidak... so far tadi aku tanya bam paji aku... si +Fadzi Razak  laaa siapa lagi.... dia yang kata tu rezeki aku... alhamdulillah... aku rasa seolah bermimpi... nampak tak eksaited aku ni over sangat?? kahkah...

11041256 10203431533469302 127595067734118783 n

Punyalah lama aku blogging... harini baru aku dapat emel serupa gini... maaflah blogger lain kalau nampak aku meroyan sikit pasal ini my very first time... selalu dapat spam email je... hahahaha...

Maka... aku pun tak tahu apa harus aku lakukan... aku kena balas emel ini?? atau biarkan saja?? sedangkan dapat makan free tu... sambil buat bahan review... sebab aku memang teringin sangat... emm emm... siapa dapat membantu dilema aku ini...??

August 19, 2015

Takziah : Seniman Karim Latiff Meninggal Dunia

7:23 AM 2
Takziah : Seniman Karim Latiff Meninggal Dunia


Pelakon veteran yang banyak ditemui di dalam filem arwahyarham Tan Sri P.Ramlee, Karim Latiff meninggal dunia, semalam akibat kanser paru-paru.

August 18, 2015

Sabar Yang Indah

10:39 AM 1
Sabar Yang Indah
Assalamualaikum wbt, and morning...

Aku kalau cerita pasal sabar ni memang dah melugai... asyik sabar dan sabar tanpa membuahkan hasil apapun... lagi dikeji.. dikutuk.. dihina adalah.... ni kalau luah kat sesiapa... mesti depa suruh sabar... comfirm punya...

Aku boleh sabar menunggu apapun.... tapi aku kurang sabar bila orang jentik aku... err.. maksud aku, bila aku diam, masih ada yang sibuk mencari kesalahan aku.... aku terfikir... depa ni tak penat ke kumpul dosa?? terlalu banyak pahala sehingga tak takut aniaya orang lain??


Jujur je laaa aku dah letih dengan sikap sesetengah manusia macam ni... tapi ini lumrah dunia kan... kau takde duit, takde kerja... terlanjur buat dosa... maka orang hanya akan bahagia bercerita tentang dosa yang kau lakukan... Cuba kalau kau berharta? Orang tak nampak dah dosa2 kau tu...

Aku dissapointed sikit... itu baru cerita bab dosa aku buat...
Cuma aku selalu tenung ke langit.... tanya diri sendiri... kenapa ada saja perkara yang datang kepada aku, dan biarkan aku dalam keadaan tertekan?

August 17, 2015

Cara Mengetahui Berapa Ulas Isi Manggis...

2:58 PM 4
Cara Mengetahui Berapa Ulas Isi Manggis...

Jakun ada... teruja pun ada... kelakar pun ada... tapi aku ambik sebagai ilmu laa benda ni kan... entri pendek je ni... hahh... korang pernah terfikir tak macam mana nak tahu berapa ulas manggis disebalik kulit tu...??

Cer tengok tampok bawah manggis tu... ada bentuk ulasan manggis... kalau 5 kelopaknya maka 5 ulas jelaa isi manggis dalam tu.... 

11063858 948015318624701 8844272840730943595 n

So, sila pergi beli manggis dan buat ujikaji... 
CEPAT !!!

eh eh..
ke aku sorang je yang jakun ni??
krikk... krikk... krikk...

Teringin Nak Ke Jepun Tapi Tak Cukup Budget?? Ini Peluang Korang Mencuba Nasib !!! »»»  3 Easy Steps To Win A FREE Trip To Tokyo, Japan Before 16 October 2015! «««

Telemovie | MELROSE - Astro Prima & Maya HD | Part 1

7:59 AM 9
Telemovie | MELROSE - Astro Prima & Maya HD | Part 1
MELROSE

MELROSE mengisahkan tentang dendam seorang isteri terhadap suaminya.. Mira (Nadiya Nisaa), berdendam dan berniat membunuh suaminya Dr.Zawawi (Remy Ishak) atas kematian anak mereka, Melrose.

Krisis terjadi apabila Mira mengandung dan Dr.Zawawi tidak mahu bertanggungjawab.. Atas desakan, mereka berkahwin dan tinggal di London.. Pada suatu hari, Melrose menyambut ulangtahun kelahirannya dan dalam masa yang sama, Dr.Zawawi mendapat panggilan yang pesakit di bawah jagaannya tenat..

Kerana tugas, Dr.Zawawi bergegas hendak ke hospital tanpa menyedari Melrose bermain di belakang kereta.. tanpa disengajakan Dr.Zawawi telah melanggar anaknya, dan lebih menyedihkan Melrose meninggal dunia.. Akibat peristiwa itu, Mira dan Dr. Zawawi kemudian bercerai..

Mira yang menyangka kemalangan itu disengajakan, merancang membunuh bekas suaminya.. Mira mengupah Hussein (Azhar Sulaiman) untuk melakukan tugas itu.. Hussein mencampak Dr.Zawawi ke sungai dan menyangka Dr.Zawawi telah mati, tetapi Mira mendapat tahu suaminya itu masih hidup..

Mira kembali mendesak dan membayar Hussein untuk mencari Dr.Zawawi yang melarikan diri ke London, dan menyuruh Hussein membunuhnya.. Tetapi Hussein hanya mengambil duit dan menyuruh Palau (Shazwan Zulkifli) untuk melakukan tugas tersebut..

Palau yang sudah bertaubat dalam dilema kerana isterinya Linda (Anzalna) sakit tenat dan memerlukan rawatan segera.. Akhirnya Palau menerima tugas itu dan pergi ke London.. Semasa di London dia telah bertemu dengan Dr.Zawawi dan bersepakat membantu Dr.Zawawi mendapatkan anaknya, Mikail.. Dr.Zawawi berjanji akan menanggung kos perubatan Linda.

Kejadian makin rumit apabila Palau mati ditembak Hussein, dan Dr.Zawawi berjaya mendapatkan Mikail dan membawa anaknya itu ke London... Apakah kesudahan cerita ini?? Adakah Mira berjaya membunuh bekas suaminya itu?? Nantikan Part II ye...

August 16, 2015

Venus - Si Kucing Berwajah Dua Yang Unik...

7:03 PM 6
Venus - Si Kucing Berwajah Dua Yang Unik...


Aku baru terjumpa pasal ni... banyak gak aku research dari bahasa melayu , english sehingga bahasa uganda *ok ni tipu*... kucing ni kategori misteriussss jugak kekdahnya... tapi tapi tapi... comel kan?? Kalau pencinta kucing tu... kucing kurap pun boleh kategori comel gak... kan...

Anyway, aku bukanlah pencinta kucing sangat.... cuma obses dengan kucing yang bersih je... haaaa ngade kan?? tapi aku bukan penzalim kucing kecuali Brownie & Sweety kat rumah mama yang gigih asyik korek sampah... ehh merepek plak...

August 15, 2015

Al-Fatihah Buat Hazami | Tidak Bermakna Hazami Meninggal Dunia

10:10 AM 4
Al-Fatihah Buat Hazami | Tidak Bermakna Hazami Meninggal Dunia


Alahai... kurusnya Hazami... emm lewat sikit aku update pasal Hazami ni sebab aku pun tak berapa nak sihat... kekadang aku draft je entri.. esok lusa aku post... Actually, lama gak tak dengar cerita pasal Hazami ni kan?? Dia dulu popular dengan lagu KATA.... kini mengidap kanser usus,,,

Roti Canai Pelangi !

8:24 AM 2
Roti Canai Pelangi !
Assalamualaikum wbt ! Selamat hari Sabtu... ada yang best laa kan sebab coootikkk [baca:cuti] ..tapi aku sat lagi merangkak jugak laaa nak ke Unit Dialisis... hahaha ! bagus pun... harini aku keseorangan... tuan suami ada exam hambikkk lesen.... mintak2 laaa dia lulus... amin ya rabb...

August 13, 2015

Kisah Seram : Misteri Penumpang Tanpa Kepala Di Ayer Keroh, Melaka

11:56 PM 8
Kisah Seram : Misteri Penumpang Tanpa Kepala Di Ayer Keroh, Melaka

Aku tak pernah la pulak berhadapan dengan situasi ni masa aku jejalan kat area Ayer Keroh , Melaka nun.. tapi perasaan seram selalu menghantui aku bila aku pergi Melaka... hahahha tak tahu laa kenapa... tapi buah melaka memang aku suka makan....

Alkisahnya tentang Paklong yang mencari rezeki dengan membawa teksi.. Paklong selalu bawa penumpang dari Melaka ke Kuala Lumpur, dan dari Kuala Lumpur ke Melaka..

Nak jadikan cerita, satu malam tu member Paklong tepon Paklong, sebab nak ke Kuala Lumpur.. Paklong ni taknak tolak rezeki... dia pun ke Kuala Lumpur malam tu hantar member dia.. Dalam perjalanan balik berdekatan plaza tol Ayer Keroh, Paklong ternampak laa ada seorang lelaki melambai2 tangan macam menahan teksi Paklong...

Disebabkan Paklong ni teringat kisah seram hatta tentang lelaki tanpa kepala, dia pun buat tak nampak dan teruskan perjalanan... lepas tu dia tengok cermin "rear view" dan nampak lelaki itu masih berkepala... Sebab Paklong ni tadi rasa serba salah, dia sanggup reverse balik teksi dia tu...



Sampai je Paklong pada lelaki tadi, lelaki tu terus tunduk dan senyum pada Paklong sambil bertanya...

“.. Kenapa pakcik tak berhenti dari tadi...?? ” dan Paklong pun menjawab...

... “.. Maaf ye nakkk... pakcik ingat anak ni hantu tanpa kepala tu... ”

Lelaki itu ketawa dan berkata... “.. Macam ni ke pakcik...?? ” sambil cabut kepalanya...

Sesudah itu... Paklong pengsan dalam teksi dia sampai ke siang.... haaaa memang dugaan pembawa teksi ni... lagi2 jenis ''menumpang'' kat seat belakang.... pemandu teksi laaa paling banyak koleksi citer seram...

Apapun... benda2 ni jangan tegur walaupun korang terserempak depan mata.... bagi salam lepas tu blah.... hahahhaha cakap besar plak dah.... kbai...

Perkahwinan Antara Lelaki Indonesia & Wanita England - Bayu dan Jennifer

4:51 PM 1
Perkahwinan Antara Lelaki Indonesia & Wanita England - Bayu dan Jennifer


Apa perasaan tengok gambar cenggini?? Hahaha... aku tidak menolak takdir apatah lagi qada & qadar Allah SWT... di Indonesia, perkara ni jadi perbualan netizen... depa tak puas hati kenapa lelaki yang tak ada rupa ni boleh kawin dengan minah omputeh (minah salleh).. well said... kau boleh halang kerja Tuhan??

August 12, 2015

Jawapan Tentang Isu Air Minuman Upin Ipin

7:11 PM 2
Jawapan Tentang Isu Air Minuman Upin Ipin
Aku tak tahu pun pasal ni... in fact malas kot nak amik tahu benda remeh ni... Cuma nak kasitahu la yang aku menyampah dengan sebarang viral yang tak sahih... kesian orang yang tak bersalah... Kalau benda tu sah, takpelah jugak nak viralkan...

.. Ni aku baca kat FB tadi pasal air minuman Upin & Ipin yang kononnya ada dadah jenis ketamin... aiks?? betul ke?? tetiba ada plak yang post keterangan dari pihak polis...

11828599 1185092801517259 6083270492800655952 n

Oklah camni... nasihat aku simple... kalau dapat apa2... buat research dan cari maklumat... semua di hujung jari pe... bukan dapat something terus share... karang buat pahala sekali.. dapat dosa berkali2 sebab sebar fitnah plak... hidup tak menongkat langit weh.... ehh ni nasihat untuk aku jugak... sebab aku pun kekadang main sebar je benda yang buat aku confident sahih... 

err... tapi aku masih suka makan Cadbury sebab Siti Nurhaliza pun makan... ngeee ~

Wordless Wednesday #43 - Perempuan Isap Vape

11:25 AM 4
Wordless Wednesday #43 - Perempuan Isap Vape
11202657 968053529904688 3752243499485430049 n

Wordless Wednesday | Aku sajalah nak habaq.. aku ni bukan jenis manusia yang ada sensitiviti sangat terhadap perkara macam ni... Cuma tetiba aku rasa tak gemar budaya vape ni atas sebab cenggini laa...  Firstly tak hormat orang... then lagi ramai muslimah yang anggap lagi "sopan" isap vape berbanding rokok... :)

Bagi korang?

Tips Sihat ESRF | Tips Pengawalan Fosfat

11:02 AM 0
Tips Sihat ESRF | Tips Pengawalan Fosfat


Sama seperti Potasium, fosfat agak bahaya untuk pesakit ESRF.. Fosfat akan terkumpul di dalam darah... dan alan menarik menarik keluar kalsium dari tulang.. Kehilangan kalsium dari tulang akan mengakibatkan tulang menjadi lemah, mudahan retak atau patah..

August 10, 2015

Slot Akasia TV3 | Sinopsis - Akulah Balqis

10:00 AM 2
Slot Akasia TV3 | Sinopsis - Akulah Balqis
akulahbalqis
Dari instagram Nabila Huda

Kali ni rasa macam mesti tonton je slot Akasia yang tak tahu bila nak keluar... tapi tengok Instagram Nabila Huda, macam baru je shooting... kira lambat lagi laa kot nak keluar kat TV... cuma eksaited je sebab Nabila Huda dengan Puteri Balqis berlakon... cerita lorong pulak tu... aku suka cerita cenggini...

Ketumbit Itu Hilang..

12:20 AM 2
Ketumbit Itu Hilang..

Aku tak ada gambar semasa aku hampir diserang ketumbit... so aku share gambar ni dengan korang... ok tak?? Hahhahaa.... beberapa hari sudah mata aku start bengkak and bila aku selak sikit kelopak mata, ternyata ura-ura nak naik ketumbit tu ada.... dahhh pulakkk.... ini akan menjejaskan emosi aku !

August 09, 2015

RESEPI GULAI JERING ALA MINANG

5:34 PM 0
RESEPI GULAI JERING ALA MINANG
RESEPI GULAI JERING ALA MINANG - Aku teringat dulu waktu susah2 dengan tuan suami masa tinggal di Selayang... Kami menumpang kat rumah nenek... tapi sebab rumah nenek ni ada banyak rumah....(camne aku nak kabokan ye?)... kira dalam satu rumah tu ada lagi laa rumah lain yang lengkap dengan 2 bilik, ruang tamu & dapur... actually rumah tu milik arwah pak sedara tuan suami.... so kami tinggal situ.... berbekalkan RM300/sebulan... duit tu laa aku nak guna tambang teksi sampai kekadang tak cukup untuk beli lauk nak masak pun....

Kekadang beli nasi bungkus, share dua... lauk ikan keli balado & gulai jering minang... kalau takde duit sangat... kami kumpul syiling, makan roti canai...  kini aku terbayang2 gulai jering minang tu... sini memang susah nak dapat.... kalau mintak resepi pun belum tentu dapat sebab tuan suami kata orang minang ni kedekut sikit bab resepi2 rahsia ni... (tuan suami pun campuran Minang).

Aku saja nak abadikan resepi yang aku dapat dari Youtube & page lain... aku nak buat sekarang memang takde mood... nanti kot balik Rawang baru aku buat...


RESEPI GULAI JERING ALA MINANG
Bahan-bahan :-
1kg jering (atau ikutlaa banyak mana nak masak) - dibasuh dan direbus hingga empuk..(tuan suami kata depa rebus dengan kulit2 skali) lepas dah empuk, buang kulit, belah dua dan penyetkan sikit guna anak lesung.. ketepikan... air rebusan jangan buang ye....

Bahan (A) - kisar
1-2 labu bawang merah (besar)
3-4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup & halia
cili giling/cili kisar (kuantiti ikut suka)
2 biji buah keras

Bahan (B)
2 helai daun salam & daun limau purut
lengkuas & serai - dititik/tumbuk sikit
asam keping
santan pekat & cair secukupnya
gula, garam dan serbuk perasa

Cara-caranya :-
Tumis Bahan (A) hingga naik bau kemudian masukkan Bahan (B) dan seterusnya air rebusan jering tadi. Biarkan sehingga mendidih sebentar dan masukkan santan cair & pekat. Akhir sekali masukkan jering dan perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa...

Selamat mencuba!

Minum Susu Lembu, DNA Lembu Masuk Badan, Nanti Akhlak Macam Lembu..

8:07 AM 2
Minum Susu Lembu, DNA Lembu Masuk Badan, Nanti Akhlak Macam Lembu..

Bukan main viral lagi gambar dan statement ustazah ni... ramai bebenar lah terasa especially kaum ibu... aku yang belum jadi ibu ni pun terasa kena tempias sebab biasa minum susu lembu... bukan lembu je... kambing pun... tapi betul ke apa ustazah ni cakap?? apa puncanya??

August 08, 2015

LIRIK LAGU EZAD LAZIM FT RJ : HATI MATI (OST WADI)

10:26 AM 2
LIRIK LAGU EZAD LAZIM FT RJ : HATI MATI (OST WADI)


HATI MATI - EZAD Feat RJ

Di balik waktu aku mencari
Diriku yang hilang
Di dasar hati semakin sunyi
Semakin jauh

Lemasnya diri dibelenggu
Bisakah aku menemukanmu

Mati hati mati jiwaku rasa tanpamu
Separuh nyawaku tak berdaya ku lumpuh tanpamu

Dendam Orang Mati... Halusinasi Si Gadis Psiko...

12:24 AM 1
Dendam Orang Mati... Halusinasi Si Gadis Psiko...


SINOPSIS | Lena (Lisa Surihani) tersedar dari koma selama dua tahun dan hilang ingatan akibat kemalangan....  Keadaan bertambah mengelirukan apabila Lena diperkenalkan oleh suaminya Shahrul (Fizz Fairuz) kepada isteri baru , Min (Miera Leyana) di flat lamanya di tingkat 4 yang kini menjadi tingkat 3A. 

Lena mula mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku flat tersebut dan mula berdepan dengan kejadian-kejadian aneh yang menyeramkan... Gangguan seram tersebut memberi lebih tekanan terhadap Lena yang merasa diabaikan oleh suaminya, Shahrul yang berbelah bahagi antara isteri mudanya dan Lena.

Masa memula tengok cerita ni aku dah agak cerita ni bukan seram sangat tapi ianya berkaitan dengan psiko... ehh kalau psiko tu kira seram gak arrr.... watak Lisa Surihani sebagai Lena, seorang pengidap masalah mental, amat terkesan gak laa... dengan mimik2 muka dia tu....


... Sambungan dari sinopsis tadi... Lena ni lepas koma kerap diberi ubat oleh suaminya... sebab tu jugak dia kerap berhalusinasi... Lena mendapat bayangan punca segalanya terjadi adalah dari dirinya sendiri... akhir cerita... rupa-rupanya semua telah dirancang oleh suami dan driver Lena sendiri... driver dia ni pijak semut pun tak mati tau....

Akhirnya kemewahan Lena jatuh pada suami dia... share sikit laa dengan driver tadi sebab depa kawtim... perghhh aku tengok cerita ni emosi terlebih tau...

Oh ya... cerita ni dari pengarah cina, Jason Chong... kk tu je nak citer...

August 07, 2015

Allah Tak Bagi.. Bersebab...

3:18 PM 5
Allah Tak Bagi.. Bersebab...
Tak tahulah kenapa malam tadi aku tanya soalan ntah hape2 kat tuan suami... Tapi soalan ntah hape2 tu dijawab dalam keadaan tenang je....

“.. Abang... sayang musykil ni... kata Allah tu tak kejam... tapi kenapa orang yang dah kawin secara sah susah dapat anak?? Yang buat secara haram senangnya dapat... it's not fair tau ! ”

Aku Bukan Pengurus Artis !

7:36 AM 1
Aku Bukan Pengurus Artis !
Assalamualaikum... selamat pagi...

Ni lah dia kalau kita update pasal retissss then letak nombor telefon kat dalam blog... kang ada yang whatsapp merapu.... 

krikk...krikk...krikk....
-
-
-

August 06, 2015

Teringinnya Nak Makan Kat Manhattan Fish Market !

11:00 AM 6
Teringinnya Nak Makan Kat Manhattan Fish Market !

Orang kata kalau hidup susah, jangan berlagak macam hidup senang... eh siapa yang kata tu?? sesuka hati aku je ekk...?? Manhattan Fish Market ni boleh kategori makanan orang kaya kot... orang dhoif macam aku kena kumpul duit & menabung barulah boleh makan... tapi setiapkali kami menabung, duit tu akan pergi ke tempat lain macam bayar bil @ beli barang keperluan.... emm... dah 2 tahun anniversary aku, aku memang teringin nak makan dekat sini... tapi kesian pulak dekat tuan suami ... dia masih belum kerja tetap.... part-time mengubat orang, berapa sen sangatlah dia dapat...

Aku Yang "Addicted" !

8:48 AM 1
Aku Yang "Addicted" !
Kau pernah muak makan benda yang sama??
especially benda kau suka??

aku??

 :: Tak pernah muak....

-
-
-

aku tak tahu laa benda ni macam jadi kat aku dari aku start suka makan... memula aku suka makan asam rebus ikan. kangkung goreng | sambal belacan... perghhh boleh kata hari2 tu je laaa lauk aku.... kejadian ni starting after aku transplan.... gemuk laa aku sebab on streoid and makan tanpa henti...

... after rejected aku sangka nafsu makan aku, mati.

tapi tidak pun... sebaliknya rakus lagi aku makan bila aku diperkenalkan dengan ayam masak lemak cili api... partner lauk ni aku paling suka makan dengan kangkung goreng laa... takde kangkung, harus bendi goreng belacan... aku boleh habiskan 2 bungkus nasi penuh dalam 1 masa hanya sebab aku gila makan ayam masak lemak dengan sayur2 tersebut...

-
-
-

.... Terbaru, aku addict dengan Mee Goreng Mamak + Ayam Goreng ala Kepci.... hahhh !! Aku boleh habiskan satu polistrin penuh dengan mee... dengan syarat, ada rasa bawang putih... aku makan bila dialisis je... kalau hari tak dialisis... muka aku toyaaa gila sebab rasa kempunan....

Ini penyakit apapun aku tak tau laaa....

August 05, 2015

Bila Yazid Search Senyum Pada Aku....

2:25 PM 12
Bila Yazid Search Senyum Pada Aku....

.. Kau dah takde tajuk atau isi lain ke nak tulis Auni wooiii.... sampai Yazid senyum pada kau pun kau bangga?? Hahhaha.... takde laaa... aku saja nak menaip sempoi2 je harini... saja nak buat entri kenang-kenangan.... apa dehal... ye tak??

August 04, 2015

Parut Kekal?? 6 Sebab Yang Buat Korang Patut Berbangga Dengannya !

10:36 AM 9
Parut Kekal?? 6 Sebab Yang Buat Korang Patut Berbangga Dengannya !


Ada ke yang rasa rendah diri dengan parut kekal ni....?? Bagi seorang wanita, mungkin akan rasa rendah diri jika parut itu kekal di muka atau bahagian2 yang boleh orang nampak kan?? Aku ni banyak gila parut.... sebab acapkali operation... cuma alhamdulillah, parut di muka memang tak ada... even parut jerawat pun tidak...

August 03, 2015

Biodata Sana Saeed (Watak Anjali Khanna - Kuch Kuch Hota Hai)

7:52 PM 1
Biodata Sana Saeed (Watak Anjali Khanna - Kuch Kuch Hota Hai)

Korang kenal tak dia ni?? mesti ramai yang tak cam kan...?? Kenal Anjali Khanna?? Kalau peminat cerita Kuch Kuch Hota Hai mungkin boleh cam siapa gadis remaja ni... 

Angau Kuih Tat Mama !

5:38 PM 3
Angau Kuih Tat Mama !
tat

Berapa hari dah raya berlalu ye?? Aku 2 minggu lepak dengan family aku... dah 2 tahun beraya dengan family aku sebab in law tak amalkan sangat perayaan ni... entah... aku pun pelik sikit dengan family in law aku.... maybe depa tak berat sangat Aidilfitri sebab depa ikut more chinese punya culture... maklumlah... mom in law aku... chinese...

BAYANGAN PELUKIS TENTANG WATAK PUTERA DISNEY

4:53 PM 3
BAYANGAN PELUKIS TENTANG WATAK PUTERA DISNEY
BAYANGAN PELUKIS TENTANG WATAK PUTERA DISNEY - Siapa yang lahir tahun 80-90an maybe penggila kepada watak-watak Putera dalam Walt Disney kan?? aku memang tak terkecuali... tapi haremmm lah aku tak tahu nama-nama watak dalam kartun tu... aku tengok je.... Korang pernah terbayang tak watak putera ni di alam realiti??

Jirka Väätäinen, telah melukis semula watak2 Putera Disney ini dengan gambaran yang sangat realistik... Kalau betul2 wujud laaa watak2 Putera Disney ni... maybe korang jatuh cinta... eh eh... hakakkk terpegun tengok Tarzan je... hehe... jom layan gambar...

Screenshot 2015 08 02 12 25 57

Screenshot 2015 08 02 12 26 02

Screenshot 2015 08 02 12 26 09

Screenshot 2015 08 02 12 26 16

Screenshot 2015 08 02 12 26 24

Screenshot 2015 08 02 12 26 32

Screenshot 2015 08 02 12 26 39

Screenshot 2015 08 02 12 26 50

Tengok macam real kan padahal lukisan aje.... hihi... aku ni minat sangat dengan kerja artistik walaupun aku bukan pro dalam bidang ni.... amatur lagi lah tidak...  cuma aku mencintai lukisan dan aku respect dengan hasil kerja Jirka ni.... see ya..

Tips Untuk Kekal Yakin Diri - [Part 1]

10:54 AM 3
Tips Untuk Kekal Yakin Diri - [Part 1]


Dalam hidup ni... banyak jurang yang perlu kita hadap... aku ni seorang yang tidak pernah yakin dengan apa aku buat sebab ... yes... aku tak ada keyakinan yang tinggi... apa yang aku buat semua dalam posisi risau dan ketakutan... entah apa penyakit aku...

.. but then bila tengok tahap confident level orang lain yang maha tinggi... aku cemburu... korang ada tak sama spesis macam aku...?? Tapi takkan nak kekal macam ni kan?? Why not aku cuba yakin dengan apa aku buat walaupun aku rasa cara makan aku selekeh, aku tetap yakin ianya nampak sopan... hahahha so weirdo !


TAMPAK YAKIN

Lihat Beberapa Sudut :- Contohnya berpakaian... korang pakai pakaian yang buat korang selesa dan yang korang rasa terbaik... bukan pakaian yang buat orang lain selesa... atau pakaian yang buat korang rasa yakin.... hanya yang selesa...
  • Menumpukan setiap masa untuk kebersihan diri dan tampil yakin.. korang jangan malas mandi.. Sila mandi seawal pagi... berus gigi..  dan pastikan diri korang dalam keadaan rapi especially part rambut laa... jangan dibiarkan serabai...
  • Berpakaian untuk keyakinan. Bunyi yang pelik tapi pakaian memang memainkan peranan untuk kita kekal yakin... so korang pilihlah pakaian yang bersih... cantik... dan selesa untuk korang pakai... 
Menyempurnakan Postur :- Macam mana korang bawak diri dan cara berkomunikasi dengan orang lain,. Apabila korang kelihatan yakin di luar... maka orang sekeliling suka mendekati korang...


Senyum :- Pastikan korang galak dengan senyuman... tak rugi pun nak senyum... senyum ni pun senjata untuk orang sekelling...  tapi jangan senyum sinis pulak melainkan muka korang memang nampak sinis... macam aku, aku ni senyum ikhlas pun orang kata aku senyum sindir... hmm the best way kalau korang nak senyum... senyum sikit je... jangan lebar sangat... kekadang persepsi orang berbeza...

Itu je aku nak share buat masa ni.... aku gigih taip entri ni walaupun tak sihat mana.... semoga perkongsian aku ni bermanfaatlah buat korang yang spesis2 suka nyorok dalam tempurung tu.. haha !

August 02, 2015

SINOPSIS ADA SEJADAH PANJANG TERBENTANG

7:18 PM 2
SINOPSIS ADA SEJADAH PANJANG TERBENTANG

Judul : ADA SEJADAH PANJANG TERBENTANG
Genre : Drama
Pengarah : Raja Ahmad Alauddin
Pelakon : Beto Kusyairi, Siti Saleha, Nas-T, Erry Putra & Idris Md Diah.

SINOPSIS
Taufik menghitung hari untuk menjadi raja sehari.. Dia tidak mengangka pinangannya itu diterima oleh keluarga Siti Aishah.. Kecantikan Siti Aishah ditambah dengan kemerduan suaranya mengalun ayat suci Al-Quran telah menjadi rebutan ramai jejaka, termasuk Azmi.. Dendam dan rasukan syaitan menyebabkan Azmi menyimbah sebotol asid ke muka Siti Aisyah..

Taufik yang hilang punca mencari Azmi dan membunuhnya,. Dia dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan dituduh sebagai pembunuh.. Mampukah cinta agung antara Siti Aisyah dan Taufik itu kekal setelah semua dugaan ini menimpa??

Jom sama-sama saksikan kisahnya pada hari Ahad, 2 Ogos 2015, jam 9:00 malamdi TV3.

FITNAH : TPM Ingin Sekat Semua Laman Media?

1:18 PM 2
FITNAH : TPM Ingin Sekat Semua Laman Media?
Alkisahnya TPM kita, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, nak sekat semua laman media seperti dilaporkan Harian Metro tempoh hari... ternyata fitnah...

sekat

Aku pun macam baru tahu je benda ni... eh yeke nak tutup?? biar betul !! yelaaa lama tak baca berita kan... jadi tahu pun lepas baca abah share berita ni... emmm tak syiokkk laaa gini... gigih laaa aku cari berita dan maklumat.... maka terjumpalah aku berita tentang sekat menyekat ni... hari ini...

... Seperti yang dilaporkan hari ini... berita tentang sekatan laman sosial ini adalah fitnah yang dibuat oleh seorang individu... Siasatan juga akan dijalankan...Kerajaan tidak lagi akan memberi amaran namun tindakan tegas akan diambil...
-
-
-
... emmm.... Bila dah sebut fitnah... maka.... benda tu tak betul laaa kan.... gunalah laman sesawang @ sosial anda sebagai perkara yang bermanfaat.... hahhhh lagi satu... kecoh pulak nak komen2 dekat fanpage dah tak boleh.... hahhhh apakehel ni yoppppppppppp.....??

MUNGKIN MENARIK BAGI KAMU !
Korang minat Kpop?? Selalunya penggila Kpop ni sangat berusaha untuk cakap Bahasa Korea... Tapi ini terbalik ! === Wanita Korea Ini Fasih Bercerita Tentang Cintanya Terhadap Malaysia dan Bahasa Melayu ! ===