July 13, 2015

Tips Sihat ESRF | Tips Pengawalan Potasium



Tahap potassium yang tinggi dalam darah boleh membawa kepada komplikasi lain seperti lemah badan, kekejangan otot, kesukaran bernafas, degupan jantung yang tidak teratur dan paling buruk boleh menyebabkan serangan jantung... ianya amat berbahaya kepada pesakit kegagalan buah pinggang.

Tips Pengawalan Potasium

Untuk mengurangkan kandungan potasium makanan :-
  • Rebus ubi kentang didalam air yang banyak dan buangkan airnya.
  • Pilih sayur jenis rendah potasium seperti terung, kacang botor, kacang buncis dan petola bagi membekalkan keperluan sarat harian.
  • Daun sup & daun bawang perlu di-hadkan.
  • Sawi dipotong kecil dan direndam dalam air panas seketika dan buangkan airnya.
Untuk meningkatkan potasium makanan :-
  • Gunakan sayur-sayuran dari jenis tinggi potasium seperti sawi dan kailan.
  • Tingkatkan penggunaan daun sup & daun bawang.
Potassium banyak terdapat dalam sayuran hijau dan buah-buahan contohnya pisang.. apapun, semoga bermanfaat bagi yang memerlukan.

1 comment:

  1. wahhh sha da tukar template..adeii..lame sgt xdtg sini..
    lme jgk x jenguk sini nengok sha kan?hehehe..
    hrp2 sha sihat2 la yer..

    btw selamat hari raya in advance! XD

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.