Tips Sihat ESRF | Pengawalan Sodium (Garam)



Sekadar perkongsian aku sebagai pesakit... yang sihat pun boleh follow... garam kan banyak chemical... ngeee ~ by the way... aku baru terasa nak buat entri sebegini sebab aku ni degil punya manusia... orang sakit kronik macam aku especially berkaitan buah pinggang ni... memang kena jauhi garam gula berlebihan... kalau tak... saja tempah maut awal2... dah laaa kain kafan belum beli lagi...

TIPS PENGAWALAN SODIUM

1) Untuk mengawal kandungan sodium makanan :-
  • Hadkan sodium kepada ¼-½ sudu teh rata (hidangan untuk 4 orang).
  • Hadkan kicap kepada ½ sudu besar (hidangan untuk 4 orang).
  • Gunakan sos tiram dalam jumlah yang sedikir sekadar menaikkan bau masakan.
  • Rendamkan ikan bilis dalam air panas dan buangkan air. Jumlah ikan bilis juga mesti dihadkan.

2) Tambahkan rempah asli (seperti bawang, lada hitam, lada sulah, kayu manis, bunga lawang, daun kari, jintan dan ketumbar) dalam jumlah sederhana untuk menyedapkan rasa dan bau makanan sebagai pengganti perencah masakan.

3) Untuk membangkitkan rasa masakan, taburkan sedikit bawang goreng yang digoreng sendiri kerana bawang goreng yang dibeli tinggi kandungan sodiumnya.

Semoga ada manfaatnya entri ni...

YANG TERTARIK MENARIK DA'BOMB !


Tips Sihat ESRF | Pengawalan Sodium (Garam) Tips Sihat ESRF | Pengawalan Sodium (Garam) Reviewed by Tunsha Ayunie on July 10, 2015 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.