July 06, 2015

RESEPI : Daging Dopiaza



Daging / ayam dopiaza adalah makan tradisional yang popular di India yang kaya dengan bawang, rempah dan yogurt... Aku terjumpa resepi ni maka aku arkibkan jelaa dalam entri... nak try okkk je... tengok resepi pun senang je... Boleh digantikan dengan daging kambing atau apa saja yang korang suka :)

RESEPI DAGING DOPIAZA

Bahan-bahan :-
  • 3 sudu marjerin
  • 300g bawang merah - hiris halus
  • 300g buah tomato - buang biji & hiris halus
  • 1.5kg daging
  • *Rempah
  • 3 sb serbuk cili
  • 1/2 st serbuk kunyit
  • 2 sb serbuk ketumbar
  • 1 sb halia kisar
  • 2 sb bawang putih kisar/ditumbuk halus
  • 1/2 cawan yogurt
  • 1 cawan daun pudina
  • garam gula secukup rasa

Cara-cara :-
  1. Panaskan marjerin dalam kuali, masukkan bawang dan goreng hingga kekuningan.
  2. Masukkan tomato dan rempah, gaul hingga sebati.
  3. Masukkan daging, kacau dan masak dengan api sederhana.. tambahkan air dan masak lagi hingga daging empuk dan kuahnya pekat.
  4. Kecilkan api, masukkan yogurt, daun pudina dan serbuk perasa.. biar seketika dan tutup api.

Senang gilossss kan?? terbayang daging kambing... masak gini makan dengan beriani gam... eh eh....

2 comments:

  1. Akak belum pernah rasa dish ni. Boleh cuba ni :)

    ReplyDelete
  2. uish dia punya resepi.. gempak seh..
    tapi CT pemaleh wakakaka.. kalo ada orang masakan ni best ni..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.