RESEPI NASI GORENG SARDIN YANG SEDAP DIHATIKU - Tunsha Ayunie Punya Belog

July 01, 2015

RESEPI NASI GORENG SARDIN YANG SEDAP DIHATIKU

RESEPI NASI GORENG SARDIN YANG SEDAP DIHATIKU - Assalamualaikum wbt. Biasanya kalau ada sardin kat rumah, memang inilah rutin aku... tapi dah lama pun tak buat... aku rajin buat waktu tinggal berdua dengan tuan suami kat Selayang dulu... sejak tinggal dengan in law, jarang jugak laaa aku masak... hiks

Saja nak kongsikan lagi resepi, walaupun aku dah share sebelum ni... nak tiru BammatGebus... ulangtayang resepi... mihmih

IMG 20150525 205707

RESEPI NASI GORENG SARDIN
Bahan-bahan :-
5-6 senduk nasi sejuk
1 tin sardin besar - lenyekkan dengan sedikit sosnya
1 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
setengah cawan cili boh
garam & gula secukup rasa
*Optional : Aku guna sedikit Pasti Sedap Knorr.

Cara membuatnya :-

Nasi digaul dengan garam secukup rasa. Kisar bawang dan cili. Tumiskan dalam minyak hingga garing. Masukkan sardin & biar garing sikit. Masukkan nasi & perasakan dengan garam dan gula. Nak letak sayur ke terpulang tapi aku tak letak.


Senang sangat kan? Aku pernah order nasi goreng sardin kat kedai tapi tak dapat yang macam aku buat ni. Resepi ni aku alter sendiri je sebab pernah makan kat kampung. Kat kampung jenis lauk tak habis memang jadi nasi goreng. So, selamat mencuba tau! Kalau sedap bagitahulaaa hakakkk...

Okbai.

5 comments:

  1. first time dengar lagi
    rasa memang confirmlah idak
    macam sedap, tengoklah nanti kalau rajin =)

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak de sardin dalam rumah..tapi kalau dulu beli sardin mesti nak buat karipap..heheh...buat karipap sardin la petang ni..:)

    ReplyDelete
  3. nampak mcam senang! boleh buat lah sahur nanti

    ReplyDelete
  4. mantap kayanya siap santap mba hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.