Moga Mereka Diberkati....


Aku ni kekadang segan... adakala marah gak... bila aku jalan dengan hasben... mesti ada yang nak hulur duit... kami tahu kami ni golongan OKU, tapi ada yang lagi dhoif... buktinya, aku dengan hasben mampu tengok wayang, mampu karaoke atau makan sedap lagi andai ada rezeki lebih.


REZEKI TUHAN BAGI, JANGAN TOLAK.

Itu laa ramai cakap kat aku.. itukan rezeki Allah... buat apa nak marah?? aku dengan hasben tak keje pun... jobless dah 2 tahun... banyak sangat alasan yang diberi demi tidak mahu ambil golongan macam kami ni bekerja..


... aku hanya menabung melalui hasil berblogging ni.. emm... tak banyak, tapi aku puas hati... itu kisah aku... everymonth.. kami hidup atas duit OKU, Zakat, MIL bagi.. dan adakala mama abah aku sedekah... malu jangan nak habaq lak... aku jadi sedih sangat...

Semalam, makcik jual tudung kat Hospital Ampang sedekahkah RM10... dia memang selalu eksaited nampak aku... suka panggil aku comel... emm... menerima not RM10 tu pun buat aku sedih... aku bukan orang susah macam mereka yang dhoif !

Hasben kata... rezeki tu... ambil je laa...

Kenapa ntah dengan aku ni... apapun, aku mendoakan kesejahteraan semua yang bersedekah ke atas aku dan suami... sukar untuk membalas... Hanya Allah yang mampu, moga kebaikan mereka mendapat rahmat dari Allah Azza Wajalla...

Moga Mereka Diberkati.... Moga Mereka Diberkati.... Reviewed by Tunsha Ayunie on July 01, 2015 Rating: 5

2 comments

  1. Moga terus dilapangkan rezeki.

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah memberkati di bulan yang mulia ini. Semoga rezeki hasil berblog akan bertambah lagi. Amiin..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.