July 09, 2015

Manfaat Bawang Putih Yang Perlu Korang Tahu



Siapa yang suka bawang putih?? Aku rasa tak ramai pun sebab bawang putih mengeluarkan satu bau yang tengik sikit... haha... ada orang tak suka makan bawang putih sebab takut ketiak busuk.... AKU? Aku pulak tak kisah dengan ketiak busuk.... asalkan apa aku makan tu sedap... bagi aku, bawang putih adalah penambat selera aku.....

Sedikit perkenalan tentang bawang putih :-
Bawang putih atau nama saintifiknya Allium Sativum adalah tumbuhan dari golongan Alliaceae sama seperti bawang yang lain termasuk bawang merah, bawang holland, kucai dan lain-lain. Ianya berasal dari pergunungan Asia iaitu di Tajikstan, Turkemia, Uzbekistan dan utara Iran, Afghanistan dan Pakistan.

Bawang putih boleh menurunkan tekanan darah tinggi
  • Dalam beberapa penelitian, pengambilan bawang putih dapat membantu pengidap tekanan darah tinggi (hypertension) untuk menurunkan darah mereka.. 
Mencegah pemecahan pembuluh darah
  • Pengambilan bawang putih dapat mengurangkan efek pemecahan pembuluh darah yang sering terjadi seiring apabila umur bertambah.. Bawang putih juga berperanan dalam melindungi jantung.. Satu labu bawang putih setiap hari dapat membantu kita menjaga kesihatan jantung..
Mencegah kanser usus
  • Mengambil bawang putih juga dapat melindungi kita dari mendapat kanser usus.
Mengubati gigitan kutu
  • Kalau korang yang ada kutu, boleh lah lumur bawang putih yang ditumbuk atas kepala.. insyaAllah mujarab..
Mengubati jangkitan kulat
  • Kebanyakan ubat kulat @ anti-fungus menggunakan sumber atau zat dari bawang putih ni..

Sebenarnya banyak manfaat lain tapi aku share 5 aje laa kan... cerita pasal bawang putih ni... kalau ketuk then goreng dengan sayur pun marveles... MIL suka sangat perap ayam dengan bawang putih yang banyak... aku suka ! Tak payah rempah lain... cukup bawang putih 4-5 ulas yang ditumbuk, garam, gula, dan serbuk kunyit...

Mee goreng mamak pun kalau aku makan, mesti rekuessss bawang putih lebih !! Apapun, semoga perkongsian aku ni bermanfaat untuk korang ye...

YANG TERTARIK MENARIK DA'BOMB !
Bayangkan masa hari raya nanti langsung tiada hidangan ayam...??? Agak-agak boleh jadi huru-hara tak...?? WARNING: Sesiapa yang suka makan ayam mungkin susah nak terima apa yang bakal dibaca ni.

4 comments:

  1. terima kasih di atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
  2. Thanks 4 info sha... kite selama ni xpenah tau pasal bawang putih a.k.a garlic ni sebab tak suka bau die muahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha kak ziera... bau dia memang tak best kan?? tapi Sha suka !

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.