Antara Kisah Benar Tentang Mona Fandey Yang "Kejam" Tapi "Setia"... - Monolog Aku Cuma Di Kiri

July 05, 2015

Antara Kisah Benar Tentang Mona Fandey Yang "Kejam" Tapi "Setia"...



Hangat kembali kisah arwah Mona Fandey ni.. aku tak sure sebenarnya sama ada betul atau tidak cerita ni benar2 diceritakan sendiri oleh penjaga sel Mona Fandey ditempatkan, tapi bila refer tuan suami, dia kata memang betul apa yang diperkatakan tentang arwah..

Dulu satu Malaysia dikejutkan dengan pembunuhan kejam melibatkan Mona Fandey dan suaminya, Affandi.. Banyak jugak kisah seram Mona Fandey yang diceritakan... Boleh terapung laa... boleh boloskan diri dari penjara laa.. baca Al-Fatihah terbalik dan sebagainya..

Tapi sahih ke?? Wallahualam bisawab... Cerita yang bakal dikongsikan adalam dari Pegawai Penjara Kajang, Sarjan Azizah atay Cik Jah, yang ditugaskan menjaga Mona Fandey ketika itu... dia menceritakan personaliti sebenar Mona Fandey sepanjang dalam penjara...



Awalinya Cik Jah sangat takut bertemu dengan Mona Fandey... actually aku awal2 dimomokkan dulu pun takut... rasa tak sanggup nak tengok muka dia...

Cerita dari Cik Jah :-
Masa itu saya sedang bercuti tetapi saya dah tahu yang Mona bakal ditempatkan di sel akhir bawah jagaan saya... Saya sangat takut apabila dapat tahu saya akan berjumpa dengan Mona sampaikan saya minta air penawar dekat ustaz....Sel akhir Mona berada paling depan sekali dan tentulah dia orang pertama yang akan saya lalui dulu. .. Waktu saya melangkah masuk pada hari pertama selepas bercuti....  saya dengar ada orang bagi salam... saya tahu itu Mona... saya buat tak tahu je... Hari kedua dan ketiga pun...  saya dengar Mona beri salam lagi tapi tetap saya buat tak tahu... Pada hari keempat apabila dia bagi salam... baru saya jawab salam dia.... Mona kata antara ramai-ramai staf di penjara, dia paling suka saya....saya tanya kenapa? Dia jawab gerak hati....  Saya tak pernah sangka seumur hidup saya, dengan ‘salam’ yang diberikan Mona itu telah menjadikan dia seorang sahabat saya,” katanya.

Screen Shot 2015-07-02 at 11.53.57 AM

MONA FANDEY TIDAK PERNAH BERKATA BURUK TENTANG ORANG

Mona Fandey adalah seorang yang peramah dan mudah diajak berbual.. antara topiknya mesti tentang anak-anak, bekas suami, suami terbaru (Affandi) dan juga resepi makanan.
“ Mona merupakan seorang wanita yang sangat sopan bila bercakap.. walaupun peramah dia masih menjaga adab pertuturannya..  Sepanjang berbual dengannya, Mona tidak pernah cerita buruk tentang orang lain walaupun ramai kakitangan penjara yang mengatanya.. Mona sentiasa sabar dan positif. Cik Jah nampak Mona adalah seorang yang ikhlas dan penyayang... Dia tidak berdendam langsung dengan orang-orang yang mengatanya...

mf 9 

MONA FANDEY TAK PERNAH TINGGAL SOLAT 5 WAKTU

Siapa sangka kan? Aku baca kisah ni betul2 terharu dengan Mona Fandey... in fact, aku memang ikut kisah dia dan obsessi jugak, sebab bagi aku dia macam ada "sesuatu"..
“ Saya panggil Mona ‘Makcik’ dan dia panggil saya ‘Cik Jah’... Mungkin ramai tidak percaya, Mona ini seorang wanita yang sangat menjaga solat lima waktu... solat sunat dan wirid pun tidak pernah ditinggalkannya... Setiap hari Cik Jah mendengar Mona mengaji Al-Quran sehingga dia berasa terpegun. 


BOLEH TERAPUNG? NONSENSE ~ 

Mona pernah disuruh oleh Cik Jah untuk apungkan diri seperti dalam akhbar, Mona kata Cik Jah gila.. hehhee paling logik aku baca adalah tentang kononnya Mona mampu keluar dari sel dan pergi ke Chow Kit.. dan Mona menafikan, dia kata dari dia pergi Chow Kit, baik dia balik rumah.. tak payah susah2 masuk sel lagi.. logiknya, baik Mona pergi somewhere else yang orang takkan jumpa dia kan...?? haaa

Seterusnya kisah............ Mona Fandey tak bersalah dalam pembunuhan ni...

Sumber : Oh!Bulan

Bagi aku cerita ni... ada logik ada yang tidak.... kalau benar Cik Jah bercerita, siapakah Cik Jah... dalam fikiran logik aku lagi, boleh ke mahkamah bunuh orang tak bersalah walaupun depa insist benda tu?? aku bukan dalam bidang undang2 tapi berlegar2 jugak laa dalam hotak aku...

Apapun, andai Mona difitnah, dia bersama Allah Swt, andai benar pun.. dia sempat bertaubat sepanjang dia didalam sel... Semoga roh2 mereka yang terdahulu menemui-Nya.. dicucuri rahmat.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.