July 02, 2015

Ambil Tahu Tentang Stroke Haba @ "Heat Stroke" !



Malaysia sekarang ni mengalami keadaan pemanasan global yang mengakibatkan suhu badan menjadi terlalu tinggi, dan kita terdedah pada stroke haba atau dikenali sebagai "heat stroke" iaitu paras suhu badan meningkat kepada 40.5 darjah Celcius.. Kiraan suhu badan normal adalah 37 darjah Celcius.
-
-
-
JANGAN PANDANG REMEH BILA RASA TERLALU PANAS !

Kalau korang rasa keadaan sekeliling terlalu panas, jangan biarkan kerana kalau ianya berterusan... ia akan mengakibatkan dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak & organ dalam badan, koma dan seterusnya kematian. Oh ya... stroke haba ni boleh berlaku kepada siapapun termasuklah haiwan !




Tanda awal stroke haba :-
  • Sakit kepala berdenyut
  • Mual
  • Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
  • Denyutan nadi yang pantas
  • Otot lemah dan kejang
  • Muntah/rasa hendak muntah
  • Kulit kering dan kemerahan
  • Sawan
  • Pitam
  • Tangan dan kaki menjadi sejuk

Cara rawat mangsa stroke haba :-
  • Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
  • Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
  • Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
  • Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
  • Mangsa ditempatkan di bawah kipas
  • Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
  • Rendam mangsa di dalam kolam air
  • Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’
  • Bawa ke klinik atau hospital berdekatan

Cara pencegahan stroke haba :-
  • Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas.
  • Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari.
  • Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum.
  • Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala.
  • Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen.
Sumber - TheVocket


Apa Yang Menarik Untuk Korang Tahu !
Nak pikat kanak-kanak macam nak pikat suami jugak... Macam mana? Melalui perutnya ! Ehh.... Apsal pulak dengan bapak dia ni...??

1 comment:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.