Air Nabeez ?

11403386 973922625972263 5749528277098293089 n

AIR NABEEZ | Air rendaman buah kurma / kismis. Buah kurma / kismis direndam dalam air suam dan dibiarkan semalaman, dan diminum keesokkannya.

Air nabeez ini juga dikenali sebagai infuse water.


Dari segi kesihatan, kurma telah dibuktikan sebagai :-
  • Pemberi dan pemulih tenaga
  • Tinggi kandungan fiber (Mengelak kolestrol jahat berkumpul dalam badan)
  • Mengelakkan sembelit
  • Memberi zat besi
  • Kaya potassium (Untuk jantung dan menstabilkan tekanan darah)
Aku ambil beberapa info ni dari page Resepi Sheila Rusly.. tapi apa yang tak bestnya bila aku baca di ruangan komen, sumbernya tidak berapa sahih, lagi2 menggunakan nama Rasulullah S.A.W... Ada juga yang kata air ini bukan dipanggil nabeez , tapi sebagai An-Naqi... 

.. Sumber lain pulak mengatakan nabeez adalah memabukkan jika minum terlalu banyak kerana ianya sejenis tuak... wallahualam bisawab.. Apapun.. kalau nak try, boleh je.. takde larangan pun... lagipun air ni macam detox kan... aku rasa macam sedap je bila baca ada orang blend kurma ni dengan susu...  nanti nak try !


Sedikit selingan resepi untuk kecergasan tubuh badan :-
  • Susu segar dimasak dengan beberapa biji buah kurma yang dibuang biji dan pecah2kannya. Masak hingga mendidih, biar suam dan minum.. InsyaAllah.. baik untuk tubuh badan :)
Air Nabeez ? Air Nabeez ? Reviewed by Tunsha Ayunie on July 02, 2015 Rating: 5

1 comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.