7/1/15 - DARI JARI NOVELLA

July 30, 2015

Dengki Dengan Gaji Bangla Yang Sampai 5K Itu...

11:30 AM 5
Dengki Dengan Gaji Bangla Yang Sampai 5K Itu...
Bangladesh - Hina sangat kot mereka bagi sesetengah orang Malaysia ni... sebab depa laaa suami isteri cerai berai... konon depa angkut anak bini sipolan polanah ni ke Bangladesh.... haih...

eh.. aku bukan nak cerita pasal depa angkut anak bini Pak Pandir kepe... taklaaa... cuma kat Facebook kan viral pasal gaji Bangla yang mencecah 5K ittewww.... biasalah... kalau pasal gaji orang luar, orang kita ni dok teriak laaa tak puas hati... tak adil gamaknya...

eh.. tapi sangat worth it dengan kerja dia buat k.... ingat senang jadi Loader KLIA??

gajibangla2

July 27, 2015

"Doktor Beruang" Buat Para Gelandangan...

10:37 AM 1
"Doktor Beruang" Buat Para Gelandangan...

Stronger Than You Expect...

10:07 AM 0
Stronger Than You Expect...
Ecehhh tajukk....

Saja aku nak cerita... malam tadi aku gettin worst sebab sesak nafas... air berlambak dah kot menumpang dalam paru2.... mama suruh aku dialisis harini... tapi sebab tuan suami kata kalau dialisis harini, tuan suami nak terus balik Ampang... aku cuba bertahan sampai esok...

Hari Raya Aidilfitri Syawal 1436H - PART 3

9:27 AM 0
Hari Raya Aidilfitri Syawal 1436H - PART 3
IMG 20150723 WA0022

4 Syawal - Hari kami balik... masa ni macam2 perasaan yang timbul... sedih tinggalkan kampung... sedih terkedang dugaan di KL nanti... sedih terkenang manusia2 pelbagai ragam... Ya Rabbi... aku lihat bayangan arwah Opah di sisi wajah MakTok... itu yang buat aku bertambah duka...

July 24, 2015

Hari Raya Aidilfitri Syawal 1436H - PART 2

2:15 PM 4
Hari Raya Aidilfitri Syawal 1436H - PART 2
Part 1 - Hari Raya Aidilfitri Syawal 1436H - PART 1


3 Syawal - Kami pergi ziarah sepupu mama dan maklong... rumah dia best... taklaa rumah orang kaya... rumah kampung je... tapi aku rasa keamanan & ketenangan disitu... yang mak2 dengan bapak2 lepak dalam rumah... kami yang muda lepak tembok je... ngeee ~

Aku Yang Dilema...

11:39 AM 10
Aku Yang Dilema...

Sebenarnya aku ni seorang yang kompiussss tau.... memula dulu aku nak jadi polis... lepas tu doktor... lepas tu penyanyi... penari.... and lastly orang lain pulak yang bagi cadangan pada aku...
“ Fiqa, daripada kau merepek... apakata kau jadi penulis??
krikkk krikkk krikkkk
-
-
-
-

Quotes #53

8:44 AM 2
Quotes #53

Kadangkala..
lebih baik mendiamkan diri dari memberitahu SESIAPA
apa yang kita rasa...

Amat menyedihkan apabila kita mengetahui..
mereka hanya mendengar...
tetapi tidak memahami...

July 23, 2015

Quotes #52 - I Feel....

11:27 AM 1
Quotes #52 - I Feel....


Please don't ever disturb my privacy :)


Hari Raya Aidilfitri Syawal 1436H - PART 1

11:23 AM 3
Hari Raya Aidilfitri Syawal 1436H - PART 1

Assalamualaikum wbt...

Sebenarnya kan, takde laa menarik sangat cerita aku ni... tapi sebab kebiasaan aku berkongsi cerita hari raya, maka... aku warkahkan je la disini sebagai kenangan...

July 22, 2015

Ordinary Woman - I will Forgive & Forget ..

9:13 PM 0
Ordinary Woman - I will Forgive & Forget ..
Credit to my lovely brother , Amzar Adib bin Muthal'lib...

Kakak dia ni kekadang boleh tahan gak panas baran dan pemendam.... tapi kali ni... I choose to be happy and don't want make myself sick & depress.... hidup ni sangat sekejap untuk mencari musuh... bukankah Allah ciptakan manusia itu supaya berkenal-kenalan...??

Aku ni pendendam sebenarnya... tapi arghhh... aku dah malas nak berdendam.... so aku rasa dah tiba masanya aku hidup dalam keadaan neutral & sentiasa positif... aku nak berjaya doooniaaa akhirat...


Aku tak anggap apa yang terjadi pada aku as takdir... aku anggap itu pengajaran.. I learn from my mistakes.... and now, aku happy dengan semua orang yang mencintai dan mengasihi aku... aku anggap orang sekeliling aku menyayangi aku.... aku happy begitu...

Next entry?
Aku hanya akan cerita perkara gembira aje... tak sabar aku nak story masa kat kampung... rindu sangat kat Maktok Trong.... rindu sangat air tangan dia... ehhh baru je berapa hari balik KL... dah kerinduan...

Dedikasi buat arwah Opah tercinta, tersayang dan terkasih..
Moga aman disisi Allah Azza Wajalla, cucumu ini merindui... sekalung doa kuhadiahkan buat penjagaku :)
Allahumma inni a'uudzubika minal hammi wal hazan,

Aku berlindung kepada-MU Ya Allah, dari kesusahan dan kedukaan...

Mencipta Aura Positif

12:19 PM 4
Mencipta Aura Positif


Aku teringat Kaklong.. dia cakap aku ni banyak sangat membawa aura negatif... actually aku tak menolak pun... ada ketika apa kaklong cakap memang betul... especially dari FB.. emm untuk apa aku menyindir?? Hati aku sakit, orang lain yang takde kena mengena pun meluat...

Quotes #51 - Aib Dan Kasih

11:27 AM 1
Quotes #51 - Aib Dan Kasih


Kata pujangga,
Kita tidak akan melihat keaiban pada orang kita kasihi
dan kita jadikan saudara, bahkan sedikitpun keaibannya
tidak nampak bila kita mencintainya..

July 21, 2015

Randomly From The Fingers....

10:44 AM 1
Randomly From The Fingers....
10:36am - Selasa , 5 Syawal .

Rajin pulak dak Siti Yang Menaip tu bagi komen... hahahaha dah habis raya ke cikgu??
kk this mukadimah only...

Dah lamaaaaaa sangat tak menaip... since balik kampung memang takde laaa aku nak meng-keyboardkan diri... ye tak?? baik aku happy2 kat kampung... plus, aku bukan blogger femes yang segala apa aku nak buat orang nak ambik tahu...

ehh?? 
ke memang aku femes?? krikkk krikkk krikkkk

K guys, based on entry emoooosicks  aku yang bertajuk M.E.N.G.A.L.A.H... semuanya dalam keadaan baik dan aku harungi semua itu dengan tenang dan gumbira... kira sangkaan dan kerisauan aku agak meleset... sebab aku & suami dilayan dengan baik... alhamdulillah... itu je pun nak bagitau...

Banyak nak share ni lelagi raya di kampung... tahun ni lahhh aku rasa havoc sangat beraya.... aku beraya dekat kampung dengan suami... suami jadi tukang urut kat kampung... aku lepas kempunan makan kat rumah toktam... cuma tak syiokkk aku tak boleh tido, sebab kaki... sakit !

Entri ni agak random sebenarnya... sebab aku menaip dalam keadaan mata berat dan mengantuk... nak upload gambar, line kemainlah slow mensiput.... hahaha !

see ya !

July 17, 2015

M.E.N.G.A.L.A.H

4:22 AM 2
M.E.N.G.A.L.A.H
Disini suami, disini emak...

... aku dalam keadaan rumit berairmata... hari ini hari raya tapi aku hanya rasa sedih dan sakit.. benar, hubungan aku dengan keluarga atok agak kencang sejak aku berkahwin... ini bukan menyatakan aib sendiri, tapi itulah... aku sudah tawar hati disana...

Manakan suami? dia lagilah... setelah dihina cacat dan kata nista, Ya Rabbi, hanya tuan punya diri tahu betapa rasa terhina ketika itu...

aku merasakannya.
-
-
-
Setelah dua tahun aku tidak beraya di rumah atok, tahun ini abah mengajak... 

- tuan suami berat hati, aku? apa lagi?

Diluah mati, ditelan mati jua.. Ya Rabbi... aku sakit sangat dengan perasaan ini... aku sentiasa mengalah dengan semua agenda dan syarat manusia lain terhadap hidup aku... sehingga aku tak mampu buat keputusan sendiri.....


YES !

I hope I'm not thinkin of this for over the minutes... tapi aku risau.. tuan suami baran, aku taknak apa2 jadi di hari baik ni... setelah dicaci maki, adakah kami boleh senyum dan melupakannya? tanpa seorang pun minta maaf?

hmm... semoga aku kuat harungi hari ini.

Salam Aidilfitri :)

July 16, 2015

Banyak Kerja Lain Hakakkk Ni Dari Layan Budak Sekolah Macam Kamu....

7:15 PM 1
Banyak Kerja Lain Hakakkk Ni Dari Layan Budak Sekolah Macam Kamu....
Firstly... entah .

Aku tetiba rasa macam nak tergelak bila dapat whatsapp yang tanya pasal Aman AF ni... paling menggelikan hati aku bila dia siap mintak nombor telefon si Aman... wah wah... sungguh2 tu... emm aku teringat zaman aku, call nombor 600-88-xxxx hanya untuk berinteraksi dengan kumpulan Senario... harga waktu tu... 1minit=RM6 ... hahhh aku kemain gigih layan berminit2 hingga berjam2... mengamuk abah aku... kahkah !

Bahasa yang kurang bijak datang dari kanak2 yang baru belajar mengenali dooonia retisss... aku tak salahkan dia... cuma bahasa dia tu buat aku terfikir, apa yang dia makan sewaktu bayi?? kojaq bebenar....

 

nah... sikitpun aku tak bela retis air suam ni.... kahkah !!

Since budak kecik ni stalkers kemain aku punya IG lah... aku punya blog etc, so aku bagi anugerah entri ni kat beliau laa... dengan ucapan :-
Dik, hakakkk banyak lagi kerja selain layan makian kamu yang tak mendatangkan faedah bagi hakakkk... lepas tu hakakkk tak membela si Aman seperti kata kamu tu malah hakakk KUTUK dia sebab dia retisss air suam yang berlalu macam kapas kekabu orang buat bantal nun.... plusss... kalau kamu rasa kamu nak bergaduh, carilah rakan sebaya dengan kamu... sebab kamu bukan level2 hakakkk untuk bergaduh :)
Demikianlah kisah seorang kanak2 ribena yang men-sound seorang kakak yang gonjeng hanya kerana taksub dengan Aman AF..

Selamat berbuka :)

July 13, 2015

Tips Sihat ESRF | Tips Pengawalan Potasium

11:30 AM 1
Tips Sihat ESRF | Tips Pengawalan Potasium


Tahap potassium yang tinggi dalam darah boleh membawa kepada komplikasi lain seperti lemah badan, kekejangan otot, kesukaran bernafas, degupan jantung yang tidak teratur dan paling buruk boleh menyebabkan serangan jantung... ianya amat berbahaya kepada pesakit kegagalan buah pinggang.

Penjelasan Amukan Low Yat !

4:42 AM 4
Penjelasan Amukan Low Yat !

#trendingLowYat kemain lagi... abah aku pun eksaited amik tahu... teruk jugak gaduhnya... macam2 video pasal kes Low Yat ni.... sampai katanya pepagi depa gaduh teruk... pecah kaplaaa habih !

Satu aduan telah dibuat oleh seorang penjual, See Min Ho,28,  secara tidak langsung tetap menerima kesan daripada kejadian tersebut.


See Ming Ho adalah pemilik kedai Lenovo yang berada berhampiran KFC...  Menurut penerangan See Ming Ho, kejadian tersebut berpunca dari seorang lelaki yang berpura-pura ingin membeli sebuah smartphone jenis Lenovo S860. Namun ketika See Ming Ho ingin mengambil "free gift" yang datang sekali bersama phone tersebut, lelaki tersebut telahpun hilang bersama phone jenis Lenovo S860 tersebut. Kejadian berlaku lebih kurang jam 5:30 petang kelmarin. 
"Saya jerit dan didengari oleh staff Oppo yang kemudiannya menghalang suspek daripada keluar dari bangunan", jelas See Ming Ho.
Menurut The Star Online, Lenovo S860 yang berharga RM799 itu tidak dijumpai bersama suspek yang ditangkap dengan bantuan pekerja Oppo itu.

Menurut See Min Ho, penilaian orang ramai tentang kes ini bahawa kedai Oppo telah menjual telefon bimbit tiruan adalah tidak benar
"Mereka hanya membantu saya menangkap lelaki itu. Dia mencuri dari kedai saya (Lenovo)", jelas See Ming Ho. 
Menurutnya suspek, seorang lelaki yang tidak berpuas hati datang kembali ke Low Yat bersama sekumpulan kawannya dan menyerang pekerja dan premis Oppo..

Sumber - Oh ! Media

Dari aku :- Kalau nak kata kedai Oppo jual barang palsu, itu syarikat & kedai berlesen... mana boleh jual barang palsu... aku terhidu bau perkauman di sini... stop to be rasist laa... orang lain dah merdeka, korang masih nak gaduh hanya sebab 1 henpon yang dicuri.. benda bley settle luar... tapi korang pilih jalan ni...

Selamat datang ke era penjajahan :)

July 12, 2015

SINOPSIS RAMADHAN JANGAN TINGGAL KAMI

9:56 PM 1
SINOPSIS RAMADHAN JANGAN TINGGAL KAMI
Ramadan Jangan Tinggal Kami

JUDUL : RAMADHAN JANGAN TINGGAL KAMI
SIARAN : Cereka Ahad TV3
HARI / MASA : Ahad, jam 10 malam.
GENRE : Drama
PENGARAH : Shuhaimi Lua
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Fasha Sandha, Sherry Al-Haddad, Habiel Lutfillah, Puteri Adrianna dan Nur Qistina Raishah.

SINOPSIS
Mengisahkan tentang adik-beradik yang inginkan ibu bapa mereka yang sentiasa sibuk bekerja untuk pulang ke rumah tepat pada waktunya. Mereka juga inginkan ibu mereka untuk sentiasa meluangkan masa bersama mereka dan juga memasak di rumah.

Sumber - infotaip.com

July 10, 2015

Koleksi Baju Melayu Yang Bikin Sakit Mata !

11:00 AM 1
Koleksi Baju Melayu Yang Bikin Sakit Mata !

JAHAT TERHADAP JIRAN

10:15 AM 1
JAHAT TERHADAP JIRAN

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
Tidak masuk syurga seseorang yang membuat jirannya tidak berasa aman dengan kejahatan dirinya.. 
(Riwayat Muslim)
Wallahualam.

Pengajaran -» Jiran adalah seperti keluarga kita sendiri..
Sentiasalah kita menjaga tingkah laku agar tidak melukakan hati jiran. 


Moga bermanfaat :)

Tips Sihat ESRF | Pengawalan Sodium (Garam)

10:00 AM 0
Tips Sihat ESRF | Pengawalan Sodium (Garam)


Sekadar perkongsian aku sebagai pesakit... yang sihat pun boleh follow... garam kan banyak chemical... ngeee ~ by the way... aku baru terasa nak buat entri sebegini sebab aku ni degil punya manusia... orang sakit kronik macam aku especially berkaitan buah pinggang ni... memang kena jauhi garam gula berlebihan... kalau tak... saja tempah maut awal2... dah laaa kain kafan belum beli lagi...

UPDATED !

12:50 AM 2
UPDATED !
Randomly update malam2 ni kira monolog diri yang tak sudah laa kan... aku tak tahu... aku jadi senyap dan bisu kejap.... cuma beberapa kali ni aku melatah dan melenting...

July 09, 2015

SINOPSIS HUJAN PAGI

11:15 AM 2
SINOPSIS HUJAN PAGI
hujanpagi

Saksikan telemovie berjudul Hujan Pagi,
pada 11 Julai (Sabtu),
jam 10 malam..

Disaluran @AstroPrima

Dilakonkan oleh :
Zulhuzaimy, Amar Baharin, Pekin Ibrahin, Sarah Hilderbrand, dan Fauziah Nawi.

Sinopsis :
Kisah Mak Esah yang mempunyai tiga orang anak namun hanya menyayangi Asraf dan Idris sementara Fendi sentiasa tersisih namun berusaha gigih untuk meraih kasih sayang Mak Esah.

Manfaat Bawang Putih Yang Perlu Korang Tahu

11:00 AM 4
Manfaat Bawang Putih Yang Perlu Korang Tahu


Siapa yang suka bawang putih?? Aku rasa tak ramai pun sebab bawang putih mengeluarkan satu bau yang tengik sikit... haha... ada orang tak suka makan bawang putih sebab takut ketiak busuk.... AKU? Aku pulak tak kisah dengan ketiak busuk.... asalkan apa aku makan tu sedap... bagi aku, bawang putih adalah penambat selera aku.....

7 Lovely Logics

10:30 AM 0
7 Lovely Logics
Just sharing... sebab kita ni kadang duduk dalam kepompong tak tahu nak buat apa bila stress... hahaha.. ! Moga bermanfaat ye...

Quotes #49

10:10 AM 0
Quotes #49

Some people feel the rain,
others, just get wet .

by : Bob Marley.

July 08, 2015

Wordless Wednesday #42

9:10 PM 0
Wordless Wednesday #42

APALAH DOSA SI BAYI HINGGA DIKERAT ENAM...??

12:31 AM 4
APALAH DOSA SI BAYI HINGGA DIKERAT ENAM...??
APALAH DOSA SI BAYI HINGGA DIKERAT ENAM...?? - Gamaknya kau taknak anak tu kau pergi kerat dia... apa punya fikiran ni...?? halusinasi?? tak tercapai dek akal aku bila seorang bayi yang tidak berdosa dikerat dan dibuang begitu saja... Ya Allah... dunia zaman apa sekarang sehingga manusia hilang hati nurani??


Sumber : Google

Kejadian berlaku di Jitra, Kedah, mayat bayi yang dikerat enam, ditemui di tangki najis.. Seorang wanita disyaki ibu kepada bayi itu, ditahan.. Dia mengaku membuang bayinya selepas mengerat bayi itu dengan senjata tajam...

Aku macam nak nangis dengan cerita macam ni... aku sebak sangat.... rezeki untuk orang macam aku jauh sekali... kenapa mereka tak hargai amanah Allah yang satu ni...??

Sumber - HMetro

July 07, 2015

Google Icon | Eiji Tsuburaya

11:24 PM 1
Google Icon | Eiji Tsuburaya
ult

Hari ini Google telah meraikan kelahiran  Eiji Tsuburaya yang ke- 114,
 iaitu pencipta dan pengarah siri Ultraman.

Eiji Tsuburaya.jpg

Eiji Tsuburaya - 7 Julai 1901 - 25 Januari 1970, dilahirkan di Sukagawa, Fukushima.. Dia seorang pengarah Jepun yang bertanggungjawab bagi kebanyakan filem sains Jepun, juga seorang pereka siri Godzilla, termasuk pencipta utama Ultraman.

ult2

Setelah lama berkecimpung dengan adegan "raksasa", Eiji Tsuburaya studio sendiri dengan efek praktikal yang diberi nama "Tsuburaya Production".


Set utama Tsuburaya Production.

IBU YANG CANTIK... SANGGUP GERGAJI ANAK !!!

11:00 AM 2
IBU YANG CANTIK... SANGGUP GERGAJI ANAK !!!
Credit - HMetro

Huwaaaa...!!! Aku tak faham apa lagi yang berlaku kat mukabumi ni... di Jakarta, seorang wanita dituduh menggergaji tangan anak kandungnya sehingga luka parah.. Agensi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) menerima laporan daripada jiran disitu...

Gaizka melarikan diri kerana tidak tahan didera ibunya, paling kejam tangannya digergaji walaupun tidak putus, tapi dia cedera parah... Sharon merangkap si ibu ditahan oleh pihak polis dan disoal siasat, malangnya Sharon tidak mengaku dan menafikannya... Anaknya kini dibawah perlindungan KPAI.

Quotes #48 - Strong !

10:30 AM 1
Quotes #48 - Strong !

Stop doubting yourself,
you are so strong !

Show the world what you got !

xoxo - tuca ~

July 06, 2015

RESEPI : Daging Dopiaza

2:15 PM 2
RESEPI : Daging Dopiaza


Daging / ayam dopiaza adalah makan tradisional yang popular di India yang kaya dengan bawang, rempah dan yogurt... Aku terjumpa resepi ni maka aku arkibkan jelaa dalam entri... nak try okkk je... tengok resepi pun senang je... Boleh digantikan dengan daging kambing atau apa saja yang korang suka :)

Cereka Ahad - Qasih Ramadhan (TV3)

12:11 AM 0
Cereka Ahad - Qasih Ramadhan (TV3)

Cerita karya Zul Huzaimy ini mengisahkan tentang seorang ibu penyayang, Norimah (Eja), yang sanggup berkorban untuk keluarganya.. Qasih amat merindui ayahnya dan acapkali menyebut & bercerita tentang ayahnya kepada Norimah..

Kesan dari desakan dan mengasihani Qasih, Norimah nekad membawa anaknya Qasih (Adik Puteri Shasha) mencari suaminya Ramadhan (Zamarul Hisham) di Kuala Lumpur.

Namun apa yang dicari tidak berjumpa, malah sepanjang perjalanan mencari ayahnya, Qasih jatuh sakit dan meninggal dunia semasa ibunya membeli tiket untuk balik ke kampung.Norimah tidak mengesyaki apa2 sehingga polis datang dan memberitahu Qasih telah meninggal dunia.. Namun, Norimah didakwa membunuh anaknya.

Teledrama ini dilakonkan oleh : Eja, Puteri Shasha, Normah Damanhuri, Zul Huzaimy, Wan Sharmilla dan Zamarul Hisham.

July 05, 2015

Antara Kisah Benar Tentang Mona Fandey Yang "Kejam" Tapi "Setia"...

2:32 PM 0
Antara Kisah Benar Tentang Mona Fandey Yang "Kejam" Tapi "Setia"...


Hangat kembali kisah arwah Mona Fandey ni.. aku tak sure sebenarnya sama ada betul atau tidak cerita ni benar2 diceritakan sendiri oleh penjaga sel Mona Fandey ditempatkan, tapi bila refer tuan suami, dia kata memang betul apa yang diperkatakan tentang arwah..

Dulu satu Malaysia dikejutkan dengan pembunuhan kejam melibatkan Mona Fandey dan suaminya, Affandi.. Banyak jugak kisah seram Mona Fandey yang diceritakan... Boleh terapung laa... boleh boloskan diri dari penjara laa.. baca Al-Fatihah terbalik dan sebagainya..

Tapi sahih ke?? Wallahualam bisawab... Cerita yang bakal dikongsikan adalam dari Pegawai Penjara Kajang, Sarjan Azizah atay Cik Jah, yang ditugaskan menjaga Mona Fandey ketika itu... dia menceritakan personaliti sebenar Mona Fandey sepanjang dalam penjara...



Awalinya Cik Jah sangat takut bertemu dengan Mona Fandey... actually aku awal2 dimomokkan dulu pun takut... rasa tak sanggup nak tengok muka dia...

Cerita dari Cik Jah :-
Masa itu saya sedang bercuti tetapi saya dah tahu yang Mona bakal ditempatkan di sel akhir bawah jagaan saya... Saya sangat takut apabila dapat tahu saya akan berjumpa dengan Mona sampaikan saya minta air penawar dekat ustaz....Sel akhir Mona berada paling depan sekali dan tentulah dia orang pertama yang akan saya lalui dulu. .. Waktu saya melangkah masuk pada hari pertama selepas bercuti....  saya dengar ada orang bagi salam... saya tahu itu Mona... saya buat tak tahu je... Hari kedua dan ketiga pun...  saya dengar Mona beri salam lagi tapi tetap saya buat tak tahu... Pada hari keempat apabila dia bagi salam... baru saya jawab salam dia.... Mona kata antara ramai-ramai staf di penjara, dia paling suka saya....saya tanya kenapa? Dia jawab gerak hati....  Saya tak pernah sangka seumur hidup saya, dengan ‘salam’ yang diberikan Mona itu telah menjadikan dia seorang sahabat saya,” katanya.

Screen Shot 2015-07-02 at 11.53.57 AM

MONA FANDEY TIDAK PERNAH BERKATA BURUK TENTANG ORANG

Mona Fandey adalah seorang yang peramah dan mudah diajak berbual.. antara topiknya mesti tentang anak-anak, bekas suami, suami terbaru (Affandi) dan juga resepi makanan.
“ Mona merupakan seorang wanita yang sangat sopan bila bercakap.. walaupun peramah dia masih menjaga adab pertuturannya..  Sepanjang berbual dengannya, Mona tidak pernah cerita buruk tentang orang lain walaupun ramai kakitangan penjara yang mengatanya.. Mona sentiasa sabar dan positif. Cik Jah nampak Mona adalah seorang yang ikhlas dan penyayang... Dia tidak berdendam langsung dengan orang-orang yang mengatanya...

mf 9 

MONA FANDEY TAK PERNAH TINGGAL SOLAT 5 WAKTU

Siapa sangka kan? Aku baca kisah ni betul2 terharu dengan Mona Fandey... in fact, aku memang ikut kisah dia dan obsessi jugak, sebab bagi aku dia macam ada "sesuatu"..
“ Saya panggil Mona ‘Makcik’ dan dia panggil saya ‘Cik Jah’... Mungkin ramai tidak percaya, Mona ini seorang wanita yang sangat menjaga solat lima waktu... solat sunat dan wirid pun tidak pernah ditinggalkannya... Setiap hari Cik Jah mendengar Mona mengaji Al-Quran sehingga dia berasa terpegun. 


BOLEH TERAPUNG? NONSENSE ~ 

Mona pernah disuruh oleh Cik Jah untuk apungkan diri seperti dalam akhbar, Mona kata Cik Jah gila.. hehhee paling logik aku baca adalah tentang kononnya Mona mampu keluar dari sel dan pergi ke Chow Kit.. dan Mona menafikan, dia kata dari dia pergi Chow Kit, baik dia balik rumah.. tak payah susah2 masuk sel lagi.. logiknya, baik Mona pergi somewhere else yang orang takkan jumpa dia kan...?? haaa

Seterusnya kisah............ Mona Fandey tak bersalah dalam pembunuhan ni...

Sumber : Oh!Bulan

Bagi aku cerita ni... ada logik ada yang tidak.... kalau benar Cik Jah bercerita, siapakah Cik Jah... dalam fikiran logik aku lagi, boleh ke mahkamah bunuh orang tak bersalah walaupun depa insist benda tu?? aku bukan dalam bidang undang2 tapi berlegar2 jugak laa dalam hotak aku...

Apapun, andai Mona difitnah, dia bersama Allah Swt, andai benar pun.. dia sempat bertaubat sepanjang dia didalam sel... Semoga roh2 mereka yang terdahulu menemui-Nya.. dicucuri rahmat.

July 03, 2015

Gamaknya Bangga Sangat Bergambar Bogel Kot.... Kali Ni Di Gunung Irau, Cameron Highland ~

10:30 AM 4
Gamaknya Bangga Sangat Bergambar Bogel Kot.... Kali Ni Di Gunung Irau, Cameron Highland ~
Image result for bogel Gunung Irau, Cameron Highland

Pelik aihhh.... awat ntah depa ni.... suka sangat tangkap gambar bogel atau berbogel depan awam kat Malaysia ni... aku tahu laaa Malaysia sekarang mengalami kepanasan global yang melampau... tapi kalau nak bogel silakanlah dirumah... tak kiut langsung pun burung gagak kamu tu....

Seorang lelaki yang tidak dikenali memuatnaik gambarnya yang sedang berbogel di Gunung Irau, Cameron Highland.. Gambar tersebut berlatarkan Jalur Gemilang dan papan tanda ke Brinchang ...

Nak gelak ada, nak marah pun entahlaa... malas nak doakan bala.. Ini bumi Tuhan... kadang DIA bagi bala bukan sebab perkara macam ni... cuma nak ingatkan kita gak, hari kiamat tu ada... entahlah... sedih gak terkenang hidup kat tanahair sendiri... macam2 orang dok pulun buat... dapat pemimpin pun haprak gak... sorry lah penyokong si pemimpin... this just my 2-cents... 

July 02, 2015

Ajar Anak Berpuasa Lebih Dari Solat

11:00 AM 7
Ajar Anak Berpuasa Lebih Dari Solat


Dipetik dari sumber Facebook | Ada satu kes.. Seorang murid tahun satu diserang stroke haba hanya kerana berpuasa dan meminta untuk meminum air pada petang itu, tetapi ibunya tidak mengizinkan dan berkata sedikit lagi masa berbuka.. ibunya menyuruh dia tidur dan akhirnya si anak tidur selama-lamanya..

Setelah dikenalpasti, rupanya anak itu terkena serangan stroke haba kerana cuaca terlalu panas dan haba panas itu telah naik ke kepala menyebabkan badan dehydrated @ air didalam badan semakin kurang..



Sooo kepada parent yang berwajib, jangan terlalu paksa anak tu fully puasa kalau dia mengadu nak minum air... cuaca sekarang sangat tak sesuai bukan macam zaman tok nenek kita dulu... Sekarang ni panasssssssssss sangat ! Dan ingatlah, stroke haba amatlah bahaya bagi kanak2...

Kadangkala aku perasan, parent ni bila bulan puasa, terlalu tekan anak-anak berpuasa sedangkan solat itu sangatlah penting... tapi tak ramai yang paksa anak untuk solat, kan? Tetiba teringat mama, aku yang dah kawin ni pun dia tak habis berleter pasal solat... haha !

Semoga bermanfaat ya :)

Ambil Tahu Tentang Stroke Haba @ "Heat Stroke" !

10:30 AM 1
Ambil Tahu Tentang Stroke Haba @ "Heat Stroke" !


Malaysia sekarang ni mengalami keadaan pemanasan global yang mengakibatkan suhu badan menjadi terlalu tinggi, dan kita terdedah pada stroke haba atau dikenali sebagai "heat stroke" iaitu paras suhu badan meningkat kepada 40.5 darjah Celcius.. Kiraan suhu badan normal adalah 37 darjah Celcius.

Air Nabeez ?

10:15 AM 1
Air Nabeez ?
11403386 973922625972263 5749528277098293089 n

AIR NABEEZ | Air rendaman buah kurma / kismis. Buah kurma / kismis direndam dalam air suam dan dibiarkan semalaman, dan diminum keesokkannya.

July 01, 2015

Kad Raya Pertama Dari Kak Kathy R'Bain !

5:04 PM 3
Kad Raya Pertama Dari Kak Kathy R'Bain !

Dah lama dapat baru update... Rasanya ini jelaa kot kad raya yang aku terima tahun ni... hahaha... tupun menyibuk gegedik dengan Kak Kathy... nak jugak !

Aku tak ramai kawan in fact member blogger pun datang dan pergi... in fact jugak, sebenarnya dah tak ramai orang amalkan kiriman kad raya ni... semua edit2 ... post kat FB.. Instagram.. Twitter... emmm zaman IT ni buat kita lupa diri kan... rindu zaman2 dimana aku tunggu posmen hari2 sebab mesti ada kad raya punya... haih

Thanks Kak Kathy !

Moga Mereka Diberkati....

4:36 PM 2
Moga Mereka Diberkati....

Aku ni kekadang segan... adakala marah gak... bila aku jalan dengan hasben... mesti ada yang nak hulur duit... kami tahu kami ni golongan OKU, tapi ada yang lagi dhoif... buktinya, aku dengan hasben mampu tengok wayang, mampu karaoke atau makan sedap lagi andai ada rezeki lebih.

Quotes #47 - Born & Why

3:50 PM 1
Quotes #47 - Born & Why
0104 newborn baby photographer

The two most important days in your LIFE,
are the day you BORN,
and the day you fint out WHY.

Kekadang kita pun kompius kenapa kita dilahirkan..
- just find it !

Untungnya Jadi Baju Che Ta !

3:00 PM 4
Untungnya Jadi Baju Che Ta !


Bukak je FB, penuh newfeed pasal Che Ta.... boleh kata setiap masa ada je laaa kisah Che Ta nak beli rumah kat oversea.... Che Ta nak bikin baju raya 60 helai... errr yang terbaru...

RESEPI NASI GORENG SARDIN YANG SEDAP DIHATIKU

11:00 AM 5
RESEPI NASI GORENG SARDIN YANG SEDAP DIHATIKU
RESEPI NASI GORENG SARDIN YANG SEDAP DIHATIKU - Assalamualaikum wbt. Biasanya kalau ada sardin kat rumah, memang inilah rutin aku... tapi dah lama pun tak buat... aku rajin buat waktu tinggal berdua dengan tuan suami kat Selayang dulu... sejak tinggal dengan in law, jarang jugak laaa aku masak... hiks

Saja nak kongsikan lagi resepi, walaupun aku dah share sebelum ni... nak tiru BammatGebus... ulangtayang resepi... mihmih

IMG 20150525 205707

RESEPI NASI GORENG SARDIN
Bahan-bahan :-
5-6 senduk nasi sejuk
1 tin sardin besar - lenyekkan dengan sedikit sosnya
1 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
setengah cawan cili boh
garam & gula secukup rasa
*Optional : Aku guna sedikit Pasti Sedap Knorr.

Cara membuatnya :-

Nasi digaul dengan garam secukup rasa. Kisar bawang dan cili. Tumiskan dalam minyak hingga garing. Masukkan sardin & biar garing sikit. Masukkan nasi & perasakan dengan garam dan gula. Nak letak sayur ke terpulang tapi aku tak letak.


Senang sangat kan? Aku pernah order nasi goreng sardin kat kedai tapi tak dapat yang macam aku buat ni. Resepi ni aku alter sendiri je sebab pernah makan kat kampung. Kat kampung jenis lauk tak habis memang jadi nasi goreng. So, selamat mencuba tau! Kalau sedap bagitahulaaa hakakkk...

Okbai.