Tips Mendapatkan Tidur Yang Nyenyak (Part-1)


Para pengidap Imsomnia memang derita dengan penyakit tidur kan... aku rasa aku dah termasuk golongan ni... rasa tak mampu tidur nyenyak... 5 minit lena dan aku tak boleh nak tido betul, boleh gigih berdiri depan kerusi main game Candy Crush ! huahuahua

 

  • Sediakan jadual tidur yang tetap : Tidur pada waktu yang sama setiap malam. Andaikan korang masuk tidur pukul 10pm harini, pastikan esok, lusa dan seterusnya macam tu jugak. Cuba jangan lari dari rutin tersebut. 
  • Tetapkan masa untuk bangun pagi : Kalau korang dapatkan tidur yang cukup, korang akan bangun secara on-time tanpa guna jam loceng korang tu.. Kalau nak jugak guna jam loceng, pastikan korang set time untuk dapatkan tidur yang cukup. 
  • Lelapkan diri diwaktu siang seketika : Kalau korang rasa tidur malam korang tak cukup, ambil masa sekejap di waktu siang untuk lelapkan mata... kekonon bayar hutang tidur la gittew...
  • Pilihlah waktu yang sesuai untuk tidur siang : Tidur pada waktu yang sama setiap malam. Andaikan korang masuk tidur pukul 10pm harini, pastikan esok, lusa dan seterusnya macam tu jugak. Cuba jangan lari dari rutin tersebut. 
  • Sediakan jadual tidur yang tetap : Kalau imsomnia adalah masalah korang, memang patut korang tidur siang, lakukan sebelum asar ye... kalau lepas asar orang kata ikut perangai saitonnnn plak... mihmihmih... amik laaa dalam masa 30 minit untuk lelapkan diri korang waktu siang tu..
  • Melawan mata dari terus rasa mengantuk : Hahhaha yang ni ramai gagal... termasuklah aku..  tengah taip entri pun boleh terlelap... emm... apapun kalau korang betul2 nak berdisiplin dengan timing tidur tu, korang leka-kan diri dengan basuh pinggan ke.. lompat2 ke.. supaya tak ganggu time tidur yang korang dah set-kan tu... tapi kalau tak tahan gak.. tidur je laa...
Semoga bermanfaat ye... ini untuk manusia macam aku yang tak reti nak tidur... untuk pengetahuan... kalau tidur tak cukup pun, oksigen dalam darah akan berkurang... maka terjadilah rasa nak pitam dan sebagainya....pisyaww !

Tips Mendapatkan Tidur Yang Nyenyak (Part-1) Tips Mendapatkan Tidur Yang Nyenyak (Part-1) Reviewed by Tunsha Ayunie on June 23, 2015 Rating: 5

1 comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.