REVIEW FILEM INSIDIOUS CHAPTER 3

kk

Show-off jap...
macam kanak2 je rasanya... hiks ~

Akhirnya, setelah sekianlama tunggu... keluar jugak Chapter 3 ni... puas pujuk tuan suami akhirnya beliau mengalah jugak... hmm... ingatkan nak berjimat, tapi aku dalam keadaan depress beberapa ketika ni... tengok movie je laa pengubat jiwa...




Cerita ni adalah kisah prekuel dimana kisah sebelum kejadian kuasa jahat menghantui keluarga Lambert (Insidious - Chapter:2) .. 

Plot
Dalam Chapter : 3 , ianya mendedahkan bagaimana Elise mendapat kuasa psikik. Quinn Brenner, seorang gadis yang kehilangan ibu,  Lilith Brenner, merasakan bahawa ibunya cuba menghubungi dia melalui alam lain.. Quinn meminta pertolongan Elise. Mulanya Elise ingin membantu tetapi dia merasakan bahawa ada kuasa jahat lain yang mengganggu Quinn dan yang pasti, itu bukanlah Lilith.

Selepas berjumpa Elise, Quinn Brenner mula diganggu sesuatu. Kuasa jahat yang mengganggu Quinn dipanggil sebagai "Lelaki Yang Sukar Bernafas" (The Man Who Can't Breath), kuasa jahat itu cuba mempengaruhi Quinn supaya membunuh diri dan hidup bersamanya di alam lain..

Keluarga Brenner pada mulanya meminta bantuan Tucker & Spec, kumpulan ahli paranormal. Namun mereka juga tidak dapat membantu kerana kuasa jahat yang mempengaruhi Quinn sangat kuat.. Akhirnya dengan bantuan Elise yang bersatu tenaga dengan Tucker & Spec, mereka dapat merungkai kuasa jahat tersebut.


Kk... bagi aku, cerita ni agak slowwww banyak dari Chapter:2 ... babak terkejut2 tu hanya 5-6 kali je and overall cerita agak senyap... tapi tetap terkesan di hati aku sebab balik rumah tetiba je berdebar... hahahhaa banyak sangat terkejut kot...

ehem.... hakak bagi............................................

(3 out of 5 stars !)
3 stars1

REVIEW FILEM INSIDIOUS CHAPTER 3 REVIEW FILEM INSIDIOUS CHAPTER 3 Reviewed by Tunsha Ayunie on June 14, 2015 Rating: 5

1 comment

  1. Belum rasa nak g tgk wayang lately...sbb dok counting final exam -_-

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.