June 24, 2015

RESEPI - Udang Masak Serai Wangi



Boring dengan masakan yang sama? Boleh try ni.. guna udang besar laaa macam udang galah ke.. udang harimau ke... kalau korang kaya, lobster pun boleh... aku teringin nak makan udang rupa kalajengking tu... tapi tuan suami kata untuk manusia alergik macam aku, lupakan saja... memang gatal miang habih....

UDANG MASAK SERAI WANGI
Bahan-bahan :
  • 500gm udang harimau - goreng setengah masak
  • 4 batang serai
  • 100gm cili kering
  • 100gm bawang merah
  • 100gm cili merah
  • 70gm bawang putih
  • 70gm halia muda
  • 3 sudu besar pati asam jawa
  • 30gm belacan
  • 100gm santan
  • Garam & gula secukup rasa
Cara-cara :
  1. Kisar halus serai,cili kering, bawang merah, bawang putih, cili merah dan halia muda.
  2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
  3. Masak atas api sederhana sehingga kuah pekat.
  4. Masukkan pati santan dan udang.
  5. Masak hingga naik bau.
Selamat mencuba ! Aku memang takde harapan nak mencuba... MamaNora rajin masak sejak dia tukar kerja ni... balik pun awal.... aku tukang makan je... lalalalala...

MENARIK UNTUK AMBIL TAHU NI : 
SEKARANG NI PERGI MANAPUN UNTUK MAKAN MESTI DIKENAKAN GST ! - TAHU TAK KORANG BOLEH SPEND RM10 UNTUK MAKAN SEDAP DI SEKITAR KL & PJ ?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.