RESEPI : NASI AYAM HAKKA


http://rasa-redynne.blogspot.com

Nasi ayam memang best kadangkala kalau makan... ni versi hakka lebih kurang macam hainan style jugak la kekdahnya...


Resepi Nasi Ayam Hakka

Bahan-bahan :-
  • 1 ekor ayam segar
  • Kicap cair (Cap Camel)
  • Minyak bijan
  • 1 labu bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ketul kecil halia muda
  • 2 tin beras
  • 1 sudu besar garam
  • sedikit pak aji *optional
  • sedikit lada putih

Cara memasak :-
  1. Rebus @ kukus ayam hingga masak.. Jangan masak terlalu lama.. cukup ayam tu masak. Boleh cucuk ayam dengan chopstick, kalau dah tak keluar darah & dapat ditembusi, kira masak la tu.
  2. Tos ayam tersebut dan letak atas pinggan. Tabur minyak bijan dan kicap cair ketika ayam masih panas.
  3. Biarkan ayam sejuk dan barulah dipotong.
  4. Air rebusan ayam digunakan untuk masak nasi. Tumbuk bawang & halia, tumis dengan marjerin/butter sehingga naik bau & tumis beras. Masak nasi macam biasa dengan menggunakan sup.
Untuk sambal : Hanya blend cili hidup (merah) , sedikit cili padi, halia muda, & bawang putih seulas.. blend dengan sedikit sup dan panaskan/masakkan seketika.. tutup api dan perahkan limau kasturi.. sesuaikan rasa garam.. (kuantiti blasah jelaaa)...

Moga bermanfaat.

RESEPI : NASI AYAM HAKKA RESEPI : NASI AYAM HAKKA Reviewed by Tunsha Ayunie on June 28, 2015 Rating: 5

4 comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.