RESEPI : Bar Bounty (Kelapa Parut Bersalut Coklat)

Selalunya kalau orang pergi Langkawi, aku suka kalau depa sedekahkan coklat Bounty ni... mama pun suka... kunyah slow2 penuh nikmat memang perghhhh..... bercinta dengan perasaan sendiri uolssss....

Terjumpa resepi ni dalam Resepi Sedap, so saja nak abadikan dalam entri... sebab kekadang aku lupa apa nama resepi yang aku nak buat... ngee ~

milk bounty bar 2


RESEPI BAR BOUNTY
Bahan-Bahan :
400g coklat - Boleh guna coklat cadbury atau jenama lain.
Kelapa kering/parut
susu pekat manis

Cara Membuatnya :
Cairkan coklat dengan kaedah double boiled.

Gaulkan kelapa dengan susu dan gumpalkan. Agak-agak sahaja berapa banyak kelapa dan susu supaya gumpalan tak terlalu basah atau terlalu kering.

Simpan sekejap bahan dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit.

Keluarkan bar dan celupkan ke dalam coklat cair dan bekukan sekali lagi selama 15 minit.

Terbayang2 rasanya... macam nak buat je balik Rawang nanti !
RESEPI : Bar Bounty (Kelapa Parut Bersalut Coklat) RESEPI : Bar Bounty (Kelapa Parut Bersalut Coklat) Reviewed by Tunsha Ayunie on June 24, 2015 Rating: 5

1 comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.