KISAH ARUNA SHANBAUG : MANGSA KEKEJAMAN SEKSUAL YANG KOMA SELAMA 42 TAHUN ! - Tunsha Ayunie Punya Belog

June 04, 2015

KISAH ARUNA SHANBAUG : MANGSA KEKEJAMAN SEKSUAL YANG KOMA SELAMA 42 TAHUN !

KISAH ARUNA SHANBAUG : MANGSA KEKEJAMAN SEKSUAL YANG KOMA SELAMA 42 TAHUN ! - Assalamualaikum wbt. Penyeksaan wanita bagi negara luar mungkin suatu kebiasaan. Para pelaku yang berstatus iblis ni layaknya dapat balasan setimpal dari Tuhan.

Benar, dia bukanlah seorang yang sama agama. Tapi dia seorang wanita dan aku dapat merasakan penyiksaan yang dirasai oleh wanita bernama Aruna Shanbaug ini.


Aruna Shanbaug - Mangsa

ARUNA RAMCHANDRA SHANBAUG - Seorang jururawat India yang menjadi perhatian di dalam mahkamah akibat eutanasia. Dia hidup dalam keadaan koma selama 42 tahun akibat serangan seksual.

Dia bekerja sebagai jururawat terlatih di King Edward Memorial Hospital (KEM) di Mumbai. Semasa diserang, dia sudah bertunang dengan doktor tempat yang sama dia bekerja.

Tahun 1973, semasa bekerja di KEM, Aruna telah dicekik dan dirogol oleh seorang petugas disitu, Sohanlal Bhartha Walmiki. Sohanlal mencekik Aruna dengan rantai anjing dan melakukan seks anal terhadap Aruna. Aruna ditemui berlumuran darah para 7:45 pagi oleh seorang petugas kebersihan. Ianya menyebabkan Aruna menghadapi kerosakan otak yang membuatnya koma.


Aruna Shanbaug's rapist. IBN Live.
Sohanlal Bhartha Walmiki - Si Pelaku


Aruna mati pada tanggal 18 May 2015 akibat pneumonia. Mengikut sumber, keadilan tidak menyebelahi Aruna apabila si pelakunya langsung tidak disabitkan sebagai perogol. Dia hanya dihukum penjara 7 tahun dan bebas kembali..

Pelbagai perdebatan dilakukan untuk mendapat keadilan bagi pihak Aruna. Tetapi, masih tidak berjaya. Si pelaku bebas dengan gembira.



Hurm... kesian kan?? Banyak perilaku kejam sebenarnya kat dunia ni. Sama-ada mendapat liputan ataupun tidak. Entahlah... aku harap dan berdoa supaya orang sekeliling aku tak menjadi mangsa kerakusan manusia seperti ini. Tak dapat aku bayangkan kemusnahan kehidupan seorang wanita akibat jantan durjana. Teringat kisah Junko Furuta , turut menjadi mangsa kekejaman spesis iblis latnatullah ni...

Sekian.

2 comments:

  1. kesiannya kat dia.. macam mana boleh si pelaku terlepas dari tuduhan berat tu.. haihhh

    ReplyDelete
  2. kat india itu la berlaku .. harap di malaysia keadilan di utamakan .harap si myvi kuning dikenakan tindakan sewajarnyanya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.