Kenali Apa Itu - Skizofrenia - Tunsha Ayunie Punya Belog

June 15, 2015

Kenali Apa Itu - Skizofrenia


SKIZOFRENIA adalah salah satu penyakit otak dan mental yang serius...Perkataan skizofrenia atau schizophrenia hanya kerap digunakan oleh para doktor.. Perkataan ini agak asing bagi orang ramai kerana ia jarang digunakan. 

Kita sentiasa menggunakan perkataan seperti "orang gila", "orang sakit mental" atau "psiko" terhadap mereka yang mengidapi skizofrenia.. Namun perkataan tersebut adakala disalahertikan kerana penyakit mental sebenarnya ada pelbagai jenis dan tidak semuanya dikategorikan sebagai skizofrenia.

Apakah tanda-tanda skizofrenia?

Tanda2 atau simptom penyakit skizofrenia ada banyak dan kompleks. Ianya boleh dibahagikan kepada beberapa tanda penting,

✍ Tanda-tanda positif (positive symptoms)
✍ Simptoms negatif (negative symptoms)
✍ Gangguan kognitif
✍ Gangguan Emosi

Psikosis :
Psikosis adalah simptom penting skizofrenia. Pesakit yang mendapat psikosis boleh mengalami delusi (delusion) atau halusinasi (hallucination).

Delusi paranoid (paranoid or persecutory delusion) :
Pengidap Skizofrenia percaya bahawa terdapat orang lain, atau kumpulan yang cuba untuk menganiaya , mencederakan, mendatangkan kemudaratan atau membunuh mereka.

Delusi kawalan ( delusion of control) :
Mempercayai bahawa perbuatan , kemahuan dan perasaan menjadi pasif dan hanya dikawal oleh kuasa dari luar tanpa kehendak diri sendiri.

Delusi pelik (bizarre delusion) : 
Mempercayai dengan kukuh sesuatu yang pelik.

Delusi grandiose (grandiose delusion) :
Mempercayai bahawa dirinya mempunyai kelebihan tersendiri yang melampaui orang lain di dunia ini. Contohnya; percaya bahawa dirinya adalah nabi yang turun untuk menyelamatkan dunia ini

Delusi nihilistik (nihilistic delusion) :
Mempercayai bahawa diri sendiri atau sebahagian daripada tubuh badan sudah tidak wujud lagi atau mempercayai bahawa dunia sudah tidak wujud lagi.

Delusi merujuk (delusion of reference) :
Mempercayai bahawa orang lain di sekeliling bercakap mengenai dirinya. 

Sumber adalah dari page Yayasan Kesihatan Mental Malaysia , aku hanya share sikit je... banyak lagi isi penting... sebab aku hampir mengalaminya atau mungkin pernah mengalaminya.... cuma aku takut nak check-up... ngeeee ~

2 comments:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.