Jenis Cap Tepung Beras Dan Kegunaannya...

Tepung beras.

Selalunya aku main rembat je asal nampak tepung beras... tak sangka pulak setiap "cap" dia ada kegunaan untuk sesuatu masakan... kira banyak jenis laaa tepung beras ni... hahaha... aku selalu beli tepung beras untuk buat laksam atau goreng pisang ajewww....





TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH | Tepung jenis ni laaa sesuai untuk buat goreng pisang ke.. goreng cempedak ke.. keladi, sukun... dan sebagainya... kira nak buat celup tepung, gunalah cap 1 gajah ni ye.. nak buat rempeyek also can... sebab tepung ni kategorinya... rangup !

29ft24pzok (1) (1)

TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH | Sesuai untuk kuih tradisional seperti kuih koci, apam beras dan kuih2 yang perlu menggunakan tepung beras.. ianya menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat !

intodex

TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH | Ianya sejenis tepung yang agak kental.. agak sesuai untuk membuat mee  & laksa.


TEPUNG BERAS CAP TERATAI | Untuk buat rempeyek dan apam... kalau apam rasa tepungnya tak laaa terasa sangat... rempeyek, akan jadi rangup.

Terima kasih pada Facebook sebab menurun ilmu.... huahua... semua hujung jari sekarang ni haaa... takde nak kelam kabut sangat... nih haaa... kalau tak jumpa cap2 tepung beras ni nak buat goreng pisang, guna apa yang adaaa je laa.... kalau aku, beli je mana2... janji goreng pisang... mihmih...
Jenis Cap Tepung Beras Dan Kegunaannya... Jenis Cap Tepung Beras Dan Kegunaannya... Reviewed by Tunsha Ayunie on June 24, 2015 Rating: 5

2 comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.