HindiMovie | Humko Tumse Pyaar Hai - Tunsha Ayunie Punya Belog

June 20, 2015

HindiMovie | Humko Tumse Pyaar Hai



Cerita lama sangat ni... tahun 1995.. lama tak layan ZeeMovie kat Astro... harini berkenan plak nak tengok... sebenarnya aku tak suka sangat lakonan Amisha Patel ni sebab tak habis2 berlakon macam orang semput... tapi sebab dah takde cerita sangat malam ni, aku pasang je... aku tengok tuan suami yang focus bebenar... ehhh kata tak suka citer bangla (hindustan)... muahahahaha !!

Sinopsis/Plot
Durga (Amisha Patel), seorang gadis yang cantik tapi malangnya dia buta. Dia berkebolehan membuat tembikar dan arca. Dia hidup dalam kemiskinan dan tinggal bersama ibunya seorang balu, di sebuah rumah sederhana. Pada suatu hari, Durga hampir terjatuh ke dalam gaung dan dia diselamatkan oleh Babu Rohit (Arjun Rampal). Mereka bercinta dan bercadang untuk berkahwin.

Kerana terlalu sayangkan Durga yang ingin melihat wajah Rohit, Rohit telah membawa Durga ke hospital untuk operasi bedah mata, sementara itu, ada seorang lelaki yang menginginkan Durga dan cuba untuk membunuh Rohit, dan lelaki itu juga yang telah membunuh ibu Durga.



Alkisah berita yang disampaikan kononnya Rohit sudah mati, Durga menjadi tertekan. Doktor matanya, DR. RK Prasad, menjadi simpati lalu mengambil Durga sebagai anak angkat dan membawanya ke Swiss. Di sana, Durga bertemu dengan Raj (Bobby Deol), yang juga sedang berduka akibat kehilangan sahabat baiknya.

Raj jatuh cinta pada Durga dan Durga menerima lamarannya.. Akan tetapi, Rohit muncul kembali setelah dia koma selama 6 bulan.. Raj sangat bahagia mengetahui Rohit merangkap sahabat baiknya itu masih hidup. Bermula konflik apabila Rohit mengetahui Durga akan berkahwin dengan Raj..

Rohit sedia undur diri, tetapi sebagai sahabat yang terlalu menyayangi sahabatnya, Raj sanggup melepaskan Durga kepada Rohit.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.