HAK PENJAWAT AWAM DIKETEPIKAN? - Tunsha Ayunie Punya Belog

June 22, 2015

HAK PENJAWAT AWAM DIKETEPIKAN?

Masa aku memula sakit dulu, hak mama sebagai penjawat awam memang diutamakan... alhamdulillah, memang aku kat HKL dulu mama tak keluarkan satu sen pun.. (tak silap aku la).. cuma dalam kos perubatan tradisional laa kot duit mama banyak habis.... tapi lagutu je...

... aku hanya pulih bila dapat buah pinggang baru, itu pun tak kekal lama... 9 tahun, direject kembali... paling sedih bila mama yang bagi, tak boleh pakai... actually kenyataan tu aku tak mampu terima sampai sekarang... buah pinggang mak aku sendiri tak sesuai dalam tubuh aku :(

ka1
(Aku tak faham kenapa harus di-delete luahan rasa beliau)

Ini bukanlah cerita aku, tapi tentang Encik Khairul Anuar, merangkap kawan aku zaman Yahoo Messenger dulu, kami panggil dia Papa Roy... 

Tidak terlalu baru, tapi aku ikut jugak laa kisah dia... mempunyai seorang anak perempuan yang harus menjalankan kimoterapi... selepas pembedahan untuk membuang tumor di dalam kepalanya. Paparoy menghadapi permasalahan kerana sukar meminta bantuan...

paroy
(Ini status yang para komentar suruh Paparoy delete)

g1
g2

Aku disini hanya menggunakan medium blogging untuk membantu... Semoga ada yang sudi membantu dan bertanggungjawab terhadap keluarga ini... Aku faham perasaan bila golongan rendah macam kami selalu diketepikan... (cuma masa zaman aku dulu, aku & mama bernasib baik...)

Aku berharappppppp sangat, pihak yang bertanggungjawab dapat membantu mereka... aku seorang pesakit, aku pernah tengok mama abah bersusah payah menanggung aku.. kesana kemari mintak bantuan... ini je salah satu cara aku membantu.... menyelami perasaan mereka...

qiss1

Semoga adik Qistina Batrisyia tabah mengharungi dugaan ini...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.