SINOPSIS WADI (SLOT ZEHRA TV3) - Monolog Aku Cuma Di Kiri

June 26, 2015

SINOPSIS WADI (SLOT ZEHRA TV3)

Wadi TV3

JUDUL : WADI
SIARAN : Slot Zehra, TV3
HARI / MASA : Setiap hari Jumaat, jam 9 malam
PENGARAH : Heykal Hanifah
GENRE : Drama
PELAKON : Syafie Naswip, Ardell Aryana, Naim Daniel, Shafieq Shazwan, Fimie Don, Azhan Rani, Amyza Aznan, Lisdawati, Faezah Elai & Zamarul Hisham

SINOPSIS
Wadi, (Azwadi,17Tahun), dan Widya saling mencintai. Mereka belajar satu sekolah. Wadi miskin dan tinggal di kampung setinggan. Ayah Wadi terkorban kertika cuba menyelamatkan Wadi yang hampir lemas ketika mandi di lombong.

Sejak kejadian itu, Wadi tinggal bersama ibu tirinya, Zainah, dan dua orang adik perempuan tirinya, Zira dan Zana. Zainah amat membenci Wadi kerana dia mengganggap punca kematian suaminya punca dari Wadi.

Biarpun Zainah selalu memukul Wadi dengan penyapu dan membaling Wadi dengan barang-barang sehingga Wadi cedera, Wadi tetap bersabar membiarkan dirinya diperlakukan dengan kejam. Zira sendiri tidak tahan melihat ibunya mendera Wadi. Zira begitu menyayangi dan bersimpati dengan Wadi. Berbeza dengan Zana yang turut membenci Wadi seperti ibunya. Macam-macam yang dilakukan oleh Zainah dan Zana untuk menyakiti Wadi kerana mahu mengusirnya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.