#REVIEW : Cuti-Cuti di Bagan Lalang ~

Assalamualaikum wbt...

Entri ni mungkin banyak gambar kot... hahaha... dah macam nak bikin album dah... tengah semangat la pulak nak bercerita.... 

Haritu balik Rawang lagi, mama cadang nak makan seafood kat Bagan Lalang... so kami pergi hari Ahad (07Jun2015) dan balik hari Isnin (08Jun2015).. bermalam sehari je di Seri Bayu Resort..


a1

Service Seri Bayu Resort amat teruk ! Kami check-in lambat sebab customer sebelum tu check-out lambat... tak on-time.. walaupun service teruk... bilik depa best... shower pun laju je... best laa... cuma lambat... tu je pun... heee ~ malangnya aku tak boleh tido sebab menghadapi masalah sesak nafas yang kronik malam tu...

a2

a3

Kami makan kat Wak Lau Restoran Bayu Malam... Makanan disini alhamdulillah... sedap... Seafood dia fresh... Walaupun ikan pari dia sebelum masak nampak macam tak fresh, lepas dia dah masak kemain lembut uolsss...

Cuma itulah... masa start makan tu... ada pulak serangga hitam berbadan tebal dok terbang2 kat lampu & jatuh kat baju & makanan kami... adoii... tengah sembang ni pun meremang bebulusss roma.... allergic serangga sebenarnya... huhu... itu je gangguan...

PESANAN : Sila makan sebelum waktu maghrib... insyaAllah boleh makan dengan tenang dan tidak akan menghadapi kerunsingan dan tekanan macam kami... 


a4a5
a6a7
a8a9
a10a11
a12a13

Antara minuman dan makanan yang kami makan haritu :

☛ 1 jag fresh oranges
☛ 1 jag air tembikai
☛ Ikan pari bakar sambal
☛ Kerang rebus
☛ Lokan goreng cili api
☛ Pepahat goreng telur bercili
☛ Kangkung goreng belacan
☛ Kailan ikan masin
☛ Sotong & udang goreng tepung
☛ Ketam sweet & sour
☛ Siakap 3 rasa

+++
☛ Air kelapa & otak-otak

Subtotal RM 398
(Recommended)


Mama kata ... murah ! erkkk....
ohhh mungkin sebab aku jobless so terbeliak demam jugak laa dengar total makan semua tu.... tapi memang kami kenyang dan puas hati berbanding makan kat NLP Seafood Kuala Selangor...

Walaupun time makan kami dicabul oleh serangga hitam... tapi kami tetap enjoyyyyyyyy.... thanks mama, abah, dan semua2 terlibat membelanja perut sikurus ini sehingga kenyang...

Sekian.. kbai !

Update (12/2/2016) * Kualiti gambar sangat teruk sebab tiba2 gambar hilang.... Puan blog terpaksa cari balik malangnya gambar yang dijumpai semua kekaburan... sobs :(
#REVIEW : Cuti-Cuti di Bagan Lalang ~ #REVIEW : Cuti-Cuti di Bagan Lalang ~ Reviewed by Tunsha Ayunie on June 12, 2015 Rating: 5

6 comments

  1. SERONOK SEKALI SEKALA KELUAR DARIPADA RUANGAN BIASA KITA KAN....SYUKUR NAMPAK SHA HAPPY!

    err...malas nya nak padam balik...tercapslock! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. capslock pun ok je... hahahah tenkiu sally !

      Delete
  2. makanan yang mengiurkan selera yang sememangnya tengah lapar ni... muahahaha...

    ReplyDelete
  3. bestnya pi jalan-jalan...tapi kenapa komputer akak ni tak boleh tengok gambar sha...huaaa

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.