Adakah Alkohol Haram? Bagaimana Pula Dengan Arak? - Tunsha Ayunie Punya Belog

June 05, 2015

Adakah Alkohol Haram? Bagaimana Pula Dengan Arak?

Aku tetiba nak bukak topik ni since aku banyak buat research, borak2 dengan tuan suami, driver taxi yang banyak ''belajar'' , berbanding aku yang dibawah tempurung ni.

Melayu Tipikal dah tentu meroyan bila sebut mengenai alkohol, sebab kita dari kecik didedahkan dengan haramnya arak sebab mengandungi alkohol.

Adakah alkohol haram ?
Sebenarnya, alkohol tidaklah haram... kalau haram kenapa kita makan tapai? minum air nira @ tuak? sedangkan kandungan dalam makanan minuman tu pun menghasilkan alkohol... makan @ minum banyak, badan panas & mabuk.. so janganlah ambik berlebihan ye... oh ya, dalam ubat pun ada alkohol ...
Arak --- dah tentu2 dalam Islam arak diharamkan, juga kerana ianya memabukkan sedangkan kandungannya hanya anggur yang diperam (juga menghasilkan alkohol semulajadi). Tapi kenapa Islam mengharamkan arak?

Firman Allah SWT dalam surah Al-Ma'idah, ayat 91 :
Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? 
So... arak ni haram sebab peratus untuk memabukkan antibodi manusia ni amatlah tinggi... Syaitan kan sudah berjanji... akan menyesatkan manusia.. Diriwayatkan dalam satu kisah tentang seorang pemuda yang kuat ibadatnya tergelincir berzina & membunuh gara-gara arak.
Arak adalah ibu segala maksiat.” 
(Riwayat al-Nasa’i no. 5666)
Arak itu alkohol, tetapi tidak semua alkohol itu adalah arak.
Wallahualam, semoga bermanfaat :)

3 comments:

  1. Haah... sedar tak sedar kita terkadang ada menggunakan alkohol... tapi, dalam dos yang dibenarkan....

    ReplyDelete
  2. Betul... jangan overdose pulak :)

    ReplyDelete
  3. alkhohol mmg byk digunakan terutama dalam kosmetik

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.