USAHA COLONEL HARLAND SANDER, SATU INSPIRASI !

USAHA COLONEL HARLAND SANDER, SATU INSPIRASI ! - Kentucky Fried Chicken (KFC) adalah kegemaran hakakkk dari kecik especially ayam dengan mashed potato. Fuhhh hakakkk memang addict sangat weyyyy ! Dulu ayam sedap... rangup... berperisa... bila makan mesti rasa nak lagi dan nak lagi.



Hmm tu dululah.. Sekarang ni, KFC telah dijahanamkan oleh budak2 kita jugak. Hakakkk so far makan KFC sekarang tak puas. Rasa kosong je. satu lagi, kes budak dapur yang tak jujur. Letak kasut la, perah lelehan minyak dari kain buruk la. Yarabbi.. tak semenggah! Tahu tak rezeki menganiaya nanti... hangpa jawab kat akhirat?? tak takut ke?? emo plak hakakkk ni...



Colonel Harland Sanders

Alkisah Sanders ni sememangnya pakar dalam bidang masakan dan digelar Kentucky Colonel oleh Gabenor. Beliau pernah membuka restoran sendiri bernama Court And Cafe. Disitu, beliau telah menciptakan satu resepi rahsia yang osemmmm sangat malangnya restoran itu jatuh bankrap.

Seorang Sanders memang tak kenal erti putus asa. Beliau ingin mengembangkan resepi rahsianya dan yakin bahawa resepinya itu terlalu istimewa!

Sanders merantau hampir ke 1,000 restoran untuk menjual resepinya namun semua restoran itu tidak mahu bekerjasama. Mungkin saja ketika itu ramai perlekehkan Sanders yang bagi mereka, Sander hanyalah... " Situa yang ada hati mahu menjual resepinya yang tak laku"...

Dah kata kan Sanders ni bukan jenis yang berputus asa. Beliau gigih mencuba dan terus mencuba. Sehinggalah beliau sampai ke restoran yang ke 1,008 dan restoran itu sudi menerima dan membeli resepi rahsianya itu.

Dan perniagaan itu terus berkembang dan KFC adalah buktinya ! Sampai sekarang kita kenal apa itu KFC kan??

Sebuah kisah inspirasi untuk aku dan yang lain. Agar tidak cepat putus asa. Sekian.
USAHA COLONEL HARLAND SANDER, SATU INSPIRASI ! USAHA COLONEL HARLAND SANDER, SATU INSPIRASI ! Reviewed by Tunsha Ayunie on May 24, 2015 Rating: 5

2 comments

  1. "takde rasa.. emm tu satu.. satu lagi, kes budak dapur yang tak jujur.... depa letak kat kasut laa.. perah lelehan minyak dari kain buruk laa.. yarabbi.. tak semenggah"

    Betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh Kak JM... ada tunjuk dalam video sebelum ni...

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.