SINOPSIS MENANTI HARI ITU (ASTRO)

Dah lama cerita ni sebenarnya.. ditayangkan waktu Ramadhan 2013... cuma hakakkk berapa kali tengok cerita ni.. nampak nilai2 murni.. berapa kali layan pun tak bosan sebab ada Wan Sharmilla, Ellie Suriaty & Norkhiriah.. pelakon2 yang memang menjadi kegemaran hakakk... depa ada karakter tersendiri...

Snapshot 5

Kisahnya mengenai seorang pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak, dan seorang ibu tunggal beranak dua. Ina (Norkhiriah) bersahabat baik dengan Ipah (Ellie Suriaty).. Ina menginginkan anak tapi rezeki tak ada ke arah itu.. Dia memujuk Ipah untuk menjaga Adi (Naim Daniel) dan mengambilnya sebagai anak angkat kerana Adi masih bayi ketika itu..

Konflik berlaku apabila Ina dihasut oleh Senah kerana Adi lebih memberi perhatian kepada ibu kandungnya sedangkan Ina yang yang menjaganya dari kecil.



Snapshot 3

Ipah ni kira pelayan pelanggan karaoke je berpewatakan kasar.. tapi dia punya sayang kat anak tu.. dia tak peduli pun anak dia kurang ajar dengan dia... dia berjasa besarkan anak dia dengan baik termasuklah Hanis (LakonanWan Sharmilla). Walaupun dia sering dihina oleh suami Ina kerana pekerjaannya, Ipah tidak peduli.. dia percay Tuhan adalah segalanya.

Ina pulak, seorang wanita bertudung yang lemah lembut tapi termakan dengan hasutan Senah.. Dia takut Adi akan tinggalkan dia sedangkan kasih sayang antara Ipah & Ina dibagi samarata pada Adi..

Hakakk suka skrip Ipah dalam cerita ni.. :

"Kau cabut je la tudung tu kalau kau tak percaya Tuhan !"

Moral of the story, jangan tengok siapa ibubapanya... tengoklah corak didikan yang diberi (",)

SINOPSIS MENANTI HARI ITU (ASTRO) SINOPSIS MENANTI HARI ITU (ASTRO) Reviewed by Tunsha Ayunie on May 20, 2015 Rating: 5

3 comments

  1. tak pernah layan pulak cerita ni. cek tak perasan. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cek berapa kali dah tengok siap boleh hafal scene lagi..

      Delete
  2. Tak pernah tengok lagi citer nie...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.