TELEMOVIE - HIDUPKU, SOLATKU, MATIKU (SEMPENA ISRAK MIKRAJ) - Monolog Aku Cuma Di Kiri

May 16, 2015

TELEMOVIE - HIDUPKU, SOLATKU, MATIKU (SEMPENA ISRAK MIKRAJ)



Cerita ini sedang ditayangkan di astro Oasis dan Maya HD .

Kisah tentang Nordin (Sharnazz Ahmad) yang mengidap penyakit kusta dan sentiasa dihina oleh orang kampung. Isterinya Lela (Fasha Sandha) sering dicucuk dan dihasut oleh jiran mereka kerana hidup Lela sekeluarga miskin. Mereka dikurniakan dua orang anak.

Lela berkeinginan untuk bekerja dan Nordin mengizinkannya walaupun hati Nordin berat. Lela terkena kejutan budaya selepas dirinya digoda seorang tunang orang, lelaki kaya, iaitu pelanggan butik tempat Lela bekerja.

Keadaan Nordin bertambah perit apabila Lela meminta cerai untuk bersama kekasihnya. Nordin dengan tabah menjaga kedua anak mereka sendirian dan menjadikan solat sebagai peneman dan penawar dukanya.

Dia juga tidak dibenarkan solat di masjid akibat sikap prejudis masyarakat di perkampungannya itu. Nasib Nordin baik apabila majikannya Encik Wong, sentiasa membantunya.

Pelakon : Sharnazz Ahmad, Fasha Sandha, Puteri Balqish
Arahan : Raja Ahmad Alauddin


Apa nilai moral hakakkk nampak... adalah apa yang berlaku di sekeliling kita.. masyarakat sesama bangsa sebenarnya agak prejudis dan rasist dengan golongan2 sebegini.. Dalam cerita ni juga menyelitkan betapa baiknya Encik Wong yang tidak jijik langsung dengan penyakit kusta yang dialami Nordin malah dia langsung tidak menghina Nordin... 

Isterinya juga sanggup menjaga anak2 Nordin.. banyak nilai2 murni yang dapat kita pelajari dalam cerita ni... warna2 kehidupan manusia.. dalam cerita ini juga uolsss... kita disarankan jangan menghakimi luaran seseorang... sebab Nordin tak tahu pun sebenarnya Encik Wong beragama Islam.

Hakakkk suka... hakakkk suka !!

2 comments:

  1. syurga di bawah tapak kaki suami...

    ReplyDelete
  2. kan... ada ja prejudisnya kan.. kesian kat orang yang bernasib malang tu,.,,,

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.