REVIEW MOVIE | THE FAULT IN OUT STARS : PERCINTAAN INSAN BERPENYAKIT - Tunsha Ayunie Punya Belog

May 22, 2015

REVIEW MOVIE | THE FAULT IN OUT STARS : PERCINTAAN INSAN BERPENYAKIT

The Fault in Our Stars adalah novel keenam yang dikarang penulis Amerika bernama John Green. Novel ini berkisahkan tentang seorang pengidap kanser berusia 16 tahun bernama Hazel.

Kisah mengenai Hazel Grace Lancaster yang mengidap kanser tiroid tahap 4, dan kanser tersebut mula merebak ke paru-parunya ketika dia berusia 13 tahun.. Hazel bergantung hidup dengan tong oksigen portabel.

Mak dan ayah Hazel mencadangkan Hazel menghadiri Persatuan Kumpulan Kanser untuk menambahkan semangat dia dalam kehidupan.. Mulanya Hazel taknak dan lepas mak dia pujuk, Hazel akur.

Semasa menghadiri Persatuan tersebut, Hazel sentiasa fokus pada seorang ahli didalamnya, Augustus Waters, yang mengidap Osteosakorma, dan akan bebas dari penyakit itu andai kakinya dipotong. Augustus jugak menjadi pembantu sahabatnya yang memiliki kanser mata sehingga menyebabkannya buta.


Sepanjang hubungan Augustus dengan Hazel, dia cuba membahagiakan Hazel dan menurut segala hajat Hazel.. Hazel meminati sebuah novel karya Van Houten bertajuk An Imperial Affliction. Kisah itu tentang seorang gadis yang juga pengidap kanser bernama Anna.

Hazel berhajat menemui Van Houten di Amsterdam untuk mengetahui kisah selanjutnya tentang novel tersebut dan kecewa Van Houten bukan seperti yang disangkanya..


Cerita berakhir dengan kematian Augustus kerana kansernya merebak.. Hazel sangat sedih dan tertekan dengan kehilangan Augustus.. Namun dia mendapat semangat baru untuk meneruskan kehidupannya..

Rate : 4 out of 5
5 stars1

Cerita yang mengingatkan hakakk dengan Tokis...
kami sama2 abnormal person jugak... haha ~

2 comments:

  1. seru ceritanya mba .. jadi penasaran pengen baca novelnya :(

    ReplyDelete
  2. Filem yang telah menang besar di MTV Movie Awards; Movie of the Year 2015, Best Female Performance dan Best Kiss Award. Saya bukan peminat Shailene Woodley atau Ansel Elgort tapi filem ini memang berbaloi untuk ditonton. Menangis woooo.. Sedikit sebanyak filem ini memberi inspirasi & pengajaran kpd kita.. =D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.